Kehadiran Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia dalam keluarga Abby ibarat rezeki tak ternilai dari Allah.
Walaupun bukan dari darah daging sendiri, impian Abby dan suami untuk mempunyai bayi dimakbulkan Allah dan mereka sekeluarga sangat gembira dengan anugerah ini.
Malah menerusi posting Abby di instagramnya, Abby sentiasa memuatnaik aktiviti anak angkatnya dan semua peminat pun gembira melihat kedua-dua bayi tersebut menerima limpahan kasih sayang.
Abby juga turut menyatakan kesyukuran atas rezeki ini. “Alhamdullillah, Allah izinkan saya dan suami menjadi Mama dan Abah pada bayi-bayi ini. Doakan yang terbaik ya,” tulisnya.
IKLAN
Bukan itu sahaja, Abby juga menyifatkan Daiyan dan Dayana sebagai bantal busuknya dan tak puas nak gomol mereka berdua. Pergi mana-mana pun mesti ingat.
Tambah Abby, dia berharap netizen tidak cepat menilai dirinya dan sebagai ibu dia berjanji akan berusaha yang terbaik untuk membesarkan dua bayinya itu.
IKLAN
“Kami akan usahakan yang terbaik, Lillahi Taala. Tak perlu rajin sangat menilai, itu tak kena, ini tak betul,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Abby menerusi posting berbeza memberitahu dia menyifatkan kehadiran Dayana sebagai kembar kepada Daiyan.
IKLAN
Kata Abby, dia sudah lama mengimpikan untuk memiliki dan membesarkan anak kembar dan bersyukur ia dimakbulkan oleh Allah.
“Lama dah Mama impikan ada baby kembar dan Allah izinkan, Mama ada dah Daiyan dan Dayana.
“Memang rasa sungguhlah macam jaga kembar… tak menang tangan dibuatnya hehe.. Tapi Alhamdullillah, Allah bagi sebab Allah tahu Mama dan Abahnya mampu,” ujarnya.
Sumber: instagram Abby Abadi & Daiyan Dayana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sebab kenapa bayi menanis. Bukan hanya kerana lapar, boleh jadi juga dia tak selesa dengan lampin yang basah ataupun perut kembung. Memandangkan bayi ni tak boleh bercakap, jadi mereka gunakan tangisan sebagai isyarat unuk menyampaikan sesuatu pesanan kepada mama papa. Namun kalau asyik menangis, buntu juga kita nak tahu apa masalahnya kan?
Sekiranya anda sudah biasa mengendalikan anak sendiri, anda akan tahu apa yang mereka mahukan apabila menangis. Sebagai langkah pertama sebelum anda memeriksa dengan lebih lanjut, anda boleh lakukan lima perkara ini dahulu:
Tukar lampin. Kemungkinan lampin basah menyebabkannya dia tidak selesa.
Berinya susu atau makanan. Mungkin dia kelaparan atau haus.
Periksa perut bayi jika dia alami kembung perut. Sapu minyak angin pada perutnya.
Cuba tidurkan bayi. Dia mungkin mengamuk kerana mengantuk.
Periksa pakaian yang dipakainya sama ada terlalu ketat atau tebal yang menyebabkannya tidak selesa. Tukar jika perlu.
Jika bayi masih menangis selepas anda buat lima perkara ini, mungkin anda boleh meredakan tangisan si manja dengan beberapa cara yang lain. Usah risau, ia tidak susah dibuat dan biasanya berkesan untuk menenangkan mereka.
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
Membuaikan si manja dalam dukungan seperti ini boleh meredakan tangisannya.
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Info Mengenai Kembung Perut/Kolik
Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Jangan susah hati okay mama papa, periksa betul-betul dan ambil tahu kenapa si manja anda menangis!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas melahirkan anak kedua pada 20 Mei lalu, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki berkongsi gambar dan nama buah hati kedua mereka buat tatapan umum.
Sejak dalam kandungan sehingga awal kelahiran Anzalna dan Hanif tidak memberitahu jantina anaknya itu sehingga diumumkan secara rasmi ketika tahnik anak.
“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.
“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” kongsi Anzalna dan Hanif diinstagramnya.
Selepas perkongsian tersebut, peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan yang baik-baik buat Anzalna seisi keluarga.
Sebelum ini, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 2016. Setelah 3 tahun berkahwin, kehadiran Mohamad Eidrees memberi sinar kebahagiaan buatnya dan seluruh ahli keluarga.
Apa yang buatkannya bersyukur ada juga generasi lelaki dalam keluarga Nasir setelah sebelum ini adik beradik dan anak saudaranya semua perempuan.
Sebagai anak selebriti yang popular, Siti Aafiyah sering mendapat perhatian. Buah hati kesayangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini sudah menawan hati peminat ibunya.
Menurut Rozi Abdul Razak, pengurus Dato’ Sri Siti Nurhaliza sambil berseloroh mengatakan populariti si kecil ini sudah melebihi ibunya.
Jelasnya, kini keadaan dah bertukar di mana orang akan bertanya banyak tentang Aafiyah pula. Ujar Rozi, penangan Aafiyah sudah ‘jatuhkan ranking’ ibu (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)!
rozisangdewi Aafiyah, dulu kalau orang yang kenal Mak Rozi, jumpa kat mana-mana, akan tanya, mana @ctdk (ibu Aafiyah) tapikan, sekarang ni, orang akan tanya, mana Aafiyah, Aafiyah sihat?. . Itu penangan Aafiyah dah jatuhkan ranking ibu Aafiyah tau..hahahaha. . Siapa pun kita, tak kisahkan Aafiyah, janji kita boleh jadi insan yang disenangi, dihormati kerana lisan yang baik, pekerti yang terpuji, menghormati, pandai menjaga diri serta membahagiakan ibubapa, juga menyumbangkan sesuatu yang baik kepada agama, bangsa dan negara. Pesanan khidmat masyarakat dari Mak Rozi yang sangat annoying ni. ???
Aafiyah yang dilahirkan setelah 11 tahun perkahwinan Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Dato’ Sri Khalid membuat para peminat teruja melihat dan mengambil tahu perkembangan si kecil ini.
Para netizen memberikan komen mengakui penangan si pipi merah, membuatkan mereka sentiasa menantikan update terbaru si kecil ini.
SELALU TERTUNGGU INSTASTORY TOKTI SEBAB NAK TENGOK AAFIYAH
Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 18 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!