Di dalam fasa endemik sekarang, kita seharusnya bersyukur kerana keadaan nampaknya semakin pulih. Dapat menghela nafas panjang tanpa masalah juga adalah nikmat yang harus kita hargai. Namun, untuk bekas pesakit Covid-19 mereka mungkin mengalami kesukaran untuk bernafas seperti biasa.
Sekiranya mama papa atau anak-anak antara bekas penghidap Covid-19, kini tiba masanya untuk kuatkan semula paru-paru anda. Dapatkan semula paru-paru yang sihat untuk memastikan kita sekeluarga dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Antara punca kenapa paru-paru mungkin mengalami kesukaran untuk berfungsi dengan baik adalah kerana faktor cuaca atau pencemaran udara. Untuk bekas pesakit atau kita yang mungkin tak pernah dijangkiti virus ini juga perlu ambil berat tentang kesihatan paru-paru supaya dapat menjalani kehidupan yang berkualiti.
Macam Mana Nak Tingkatkan Kesihatan Paru-Paru?
Mama papa yang mahu memastikan kesihatan anak-anak berada di tahap terbaik perlulah peka terhadap beberapa perkara ini. Tidak semestinya bekas pesakit Covid-19 sahaja yang perlu ambil berat soal kesihatan, tapi kita semua!
Ads
Sangat penting untuk mama papa peka dengan beberapa perkara ini supaya kita sekeluarga dapat mengelakkan jangkitan virus berbahaya ini. jom, semak sama-sama!
Kalau papa merokok, BERHENTILAH!
Sekiranya papa seorang perokok, ada baiknya papa hentikan tabiat itu segera. Merokok sangat menjejaskan kesihatan paru-paru. Lebih teruk lagi walaupun isteri dan anak-anak tidak merokok, tetapi asap rokok memberi lebih kesan terhadap kesihatan mereka. Sanggupkah papa melihat keluarga tersayang jatuh sakit, kerana tabiat MEROKOK anda?
Lakukan SENAMAN KARDIO, perbaiki fungsi respiratori
Ayuh, ajak satu keluarga bersenam! Senaman kardio sangat digalakkan untuk menjaga kesihatan paru-paru terutamanya untuk bekas pesakit Covid-19. Pakar menyarankan untuk kita buat senaman fizikal seperti berjalan atau melakukan aerobik untuk meningkatkan kadar jantung dan menggalakkan aliran darah. Dengan itu, kesihatan paru-paru pun akan berada di tahap terbaik. Bagus kan, sambil jaga kesihatan kita juga boleh kuatkan bonding dengan keluarga!
Ads
Tingkatkan KUALITI UDARA, belilah mesin penapis udara
Antara faktor yang mengganggu kesihatan paru-paru dan membuatkan kita sukar bernafas adalah udara berkualiti rendah. Sebaik-baiknya elakkan daripada berada di kawasan yang berasap dan mempunyai pencemaran udara. Untuk mama papa yang mungkin tinggal di kawasan perindustrian, belilah mesin penapis udara. Selain mengemas rumah kerana habuk (disebabkan asap kilang), mesin penapis udara terutamanya dengan penapis HEPA juga dapat membantu untuk mengekalkan ruang yang lebih sihat untuk seisi keluarga di dalam rumah.
Ambil Makanan Yang MEMBANTU KESIHATAN PARU-PARU
Selain elakkan makanan proses, mama boleh sediakan hidangan sihat untuk keluarga. Banyakkan pengambilan makanan segar dan organik seperti buah-buahan dan sayuran. Paling digalakkan untuk ambil makanan tinggi Vitamin C untuk membantu menguatkan sistem imuniti. Sumber Omega 3 pula dapat membantu mengurangkan risiko masalah pada sistem respiratori.
Mama juga boleh galakkan anak-anak untuk minum lebih banyak air masak. Tubuh manusia memerlukan lebih kurang 70 peratus air bagi membantu melancarkan fungsi sistem saraf. Minum air masak juga dapat membantu mengelakkan sembelit dan bagus untuk mengelakkan tekak daripada menjadi kering dan dapat membantu serangan batuk kerana mungkin fungsi paru-paru yang terjejas.
Ads
Selain penggunaan madu, ada cara lain yang boleh membuatkan kita minum air masak tanpa rasa bosan. Mama boleh campurkan dengan Ubat Batuk Cap Ibu & Anak! Biar betul ni? Kalau mama papa nak tahu, dengan mencampurkanya sedikit ke dalam air masak, ia bukan sahaja sedap tetapi baik untuk membantu menyegarkan serta meredakan dahaga seisi keluarga. Ubat ni juga mengandungi ramuan herba yang dapat membantu menyihatkan paru-paru. Bagus kan?
Jadi, apa tunggu lagi mama papa? Mari kita kekal sihat dan selamat demi anak-anak kesayangan!
**Sumber foto:www.shutterstock.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak Selesa! Itu perkongsian pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang meluahkan rasa ketidakselesaannya apabila perutnya yang semakin sarat disentuh oleh segelintir individu ketika bertemu dan bergambar.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ayda yang kini hamil tujuh bulan mengakui rasa kurang senang malah dirinya kini menjadi terlalu sensitif dengan perkara itu namun masih menghormati peminat yang mahu bergambar dengannya malah sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Ibu selesa tak kalau tengah mengandung, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut?
“Saya minta maaf, saya okay je kalau nak swafoto pegang bahu ke tangan saya tu dah biasa, tapi tengah mengandung ni sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau makcik-makcik jumpa terus pegang raba-raba perut kita,” tulisnya.
Bahkan kata Ayda lagi, dia tidak tergamak untuk menegur peminat yang mahu bergambar dengannya namun mengakui agak sensitif dengan perkara itu ketika hamil anak kedua ini.
“Nak tegur, tapi tak terkeluar pulak kata. Faham kadang-kadang acik teruja.
“Tapi, harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan bayi. Sudah memadai.
“Ada yang sambil pegang sambil ‘acik kalau kuis camni je dulu bayi dah tendang, jap tunggu anak Ayda tendang tak’ saya muka dah petak,” katanya.
Melalui entri yang sama juga, Ayda turut bertanyakan kepada pengikutnya mengenai hal itu sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan.
Rata-rata pengikut penyanyi kesayangan ramai ini turut bersependapat dengan Ayda serta menasihati penyanyi itu supaya lebih berhati-hati.
Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga bersama pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Baru dua hari hantar anak ke pengasuh, beri pengalaman yang sukar dilupakan buat ibu ini apabila anaknya Afeeya Aura, 6 bulan dipukul hingga memberi kecederaan di bahagian muka dan trauma buat si kecil ini.
Menurut Norfazilah Zilah yang berkongsi pengalamannya dengan Pa&Ma, dia tidak menyangka sikap pengasuh itu yang berperwatakan seperti seorang ibu dan sayangkan anak-anak sebenarnya silap.
“Memandangkan sebelum ini saya yang menjaga Afeeya, tapi setelah dapat tawaran kerja, saya mengambil keputusan untuk hantarnya ke pengasuh. Setelah mencari di kawasan rumah, saya berjumpa dengan pengasuh ini.
“Itupun selepas saya tengok iklan di papan notis di kawasan rumah dan terus menghubunginya. Niat saya cari pengasuh yang dekat dengan rumah kerana senang kalau ada apa-apa hal berlaku pada anak.
“Lagipun pengasuh ada juga menjaga dua lagi anak asuhan yang berusia 4 bulan dan 2 tahun. Jadi saya fikirkan tiada masalah untuk pengasuh menjaga anak kerana pengalamannya mengasuh anak orang lain,” katanya.
Hari pertama hantar Afeeya ke rumah pengasuh tiada pun rasa bimbang. Cuma menjadi persoalan ketika saya mengambilnya selepas pulang kerja, ternampak hidung Afeeya luka. Apabila bertanyakan pada pengasuh dia beri jawapan Afeeya tercakar kukunya sendiri.
“Waktu itu saya belum fikir negatif lagi dan balik rumah potong kuku Afeeya. Keesokan harinya saya pergi hantar macam biasa dan apabila pulang kerja ada lagi kesan merah bebirat di bahagian pipi anak.
“Disebabkan tak mahu fikir bukan-bukan saya tanya sekali lagi dan jawapannya Afeeya tidur dalam buaian dan mukanya tergeser-geser di kain buaian tersebut.
“Cuma peliknya, sejak saya sampai dirumah pengasuh petang itu, bila Afeeya nampak muka saya terus dia nangis tersedu-sedu sampai hilang suaranya. Seolah-olah dia nak beritahu sesuatu pada saya.
“Bila saya teliti betul-betul di pipi Afeeya jelas nampak kesan jari. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan saya waktu tu. Cukup bersalah rasanya saya hantar Afeeya ke pengasuh tersebut hingga dia pun trauma dan takut,” jelasnya.
Selepas buat laporan polis, pengasuh tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Sekarang Afeeya dalam proses untuk pulihkan kembali emosinya dan syukurlah tiada apa-apa lagi kecederaan teruk.
Doktor turut memberitahu setiap bulan Afeeya kena buat pemeriksaan susulan dengan pakar kanak-kanak untuk tengok semula bahagian dalamannya takut ada apa-apa kesan sampingan.
Nasihat saya buat semua ibu bapa, hati-hatilah pilih pengasuh. Bukan kita tak mahu percaya sepenuhnya tetapi bila nampak ada kelainan baiklah bertanya.
Mungkin bayi bawah setahun walaupun tak boleh nak beritahu yang dia takut atau sakit, melalui cara yang ditunjukkan itu pun ibu bapa boleh nampak.
Semoga semua anak-anak kita dilindungi dan ibu bapa yang keluar bekerja pun boleh rasa tenang kerana dapat pengasuh yang boleh menjaga seperti anak sendiri.
Sekejap masa berlalu, video terbaru anak keempat Dato’ Seri Eizlan Yusof, Zaelynn Rosa telah menarik perhatian ramai. Bila jarang-jarang kongsi, tahu-tahu dah besar si comel ini. Bulan April depan genaplah dua tahun usianya.
Zaelynn Rosa adalah anak kacukan Serani dan Melayu melalui perkahwinan kedua Eizlan Yusof dengan isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville yang berketurunan Serani.
Menerusi instagram Sasha Boudville, satu video yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Video tersebut memaparkan isteri Eizlan dan anak perempuannya di sebuah restoran sedang menikmati makanan.
Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Zaelynn yang semakin bijak dan comel serta dah mula faham arahan apabila disuruh oleh mommynya.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.