Berpantang selepas bersalin tak boleh malas, tak boleh culas atau pun sekadar ala kadar saja kerana bimbang kesannya di kemudian hari. Lagi-lagi bagi ibu yang berpantang sendiri.
Banyak kes ibu lepas bersalin meroyan dan macam-macam emosi dirasai sehingga diri pun jadi tak terurus dan anak dibiarkan. Dalam hal ini peranan suami sangat penting. Sebenarnya tak ada masalah nak pantang sendiri atau nak pantang di rumah ibu bapa.
Cumanya jika nak berpantang sendiri, pastikan mental dan fizikal kita bersedia dan suami kena ringan tulang, ambil berat serta selalu ada jika isteri rasa penat.
Perkongsian dari Dr Farhanah Ibrahim berkenaan Bahaya Ibu Berpantang Jika Dibiar Bersendirian ini perlu diambil tahu oleh semua pasangan yang akan menjalani tempoh berpantang.
Pengalaman sendiri masa berpantang anak 1st #iffahsolehah dulu pun sangat mencabar. Lepas discharge wad kakhana balik rumah, duduk seorang dengan baby. Suami kerja, mak pun kerja.
Mencabar jugak 1st time mom ni hentam berpantang sendiri. Tapi alhamdulillah masa tu ada yang ziarah. Satu hari tu kawan baik hati tolong belikan makanan. Ada kawan yang postcall sanggup datang ziarah baby.
Tak sempat kakhana nak sunyi sangat. Lepas seminggu, suami hantar balik Arau rumah mak mertua, sambung pantang sana.
Syukur tak ada kejadian yang tak diingini berlaku. Tapi kalau ikutkan, ibu berpantang ni bahaya tau kalau dibiarkan sendirian.
Tukang urut cerita banyak kes yang dia dapat, ada ibu sampai dengar suara bisikan, nak cekik anak dan sebagainya. Nauzhubillah.
3 BAHAYA TINGGALKAN IBU BERPANTANG SENDIRIAN
1. #STRESS YANG MELAMPAU
Sakit bersalin tak hilang lagi. Datang pulak sakit rengat. Pastu sembelit. Luka tak cantik, terbuka semula. Kena cuci pulak hari-hari kat KK.
Baby menyusu tak melekap elok. Nipple crack, luka berdarah teruk. Bengkak susu sampai demam. Dalam keadaan sakit teramat, baby pulak meragam. Menangis sepanjang malam.
Ada suami yang memahami dan sama-sama tolong salinkan lampin, dodoi dan tenangkan baby, alhamdulillah.
Ada suami pulak yang terus keluar dan tidur bilik lain tinggal isteri terkontang-kanting, sebab tak tahan dengar baby nangis.
Allahu akbar. Waktu genting macam ni kalau tak ada support especially dari suami dan famili, boleh breakdown sang isteri.
2. POSTPARTUM #BLUES
Stress yang melampau boleh bawak kepada postpartum blues. Kecelaruan emosi yang bercampur baur jadi lebih teruk disebabkan paras hormon yang berubah mendadak lepas bersalin, ibu pulak masih sakit, tak cukup rehat, rasa terasing dan lain-lain.
Postpartum blues ni boleh berlaku ke atas 80% ibu dan biasanya akan hilang menjelang 2 minggu lepas bersalin.
3. POSTPARTUM #DEPRESSION (PPD)
Ni yang kita sebut gila meroyan. Simptomnya lebih teruk dari sekadar stress dan baby blues, dikatakan 10-20% wanita mengalaminya lepas bersalin tapi actually ramai lagi yang tak didiagnos.
Dalam PPD, ibu-ibu boleh hilang pertimbangan. Ada yang dah tak peduli pasal baby dan anak-anak. Ada yang menangis sepanjang hari. Ada yang rasa nak bunuh diri (suicide) atau bunuh baby (infanticide).
PPD juga boleh dapat postpartum psychosis (i. e. dah mula ada halusinasi).
Kadang tak sedar dia dah cekik anak. Kadang datang bisikan suara suruh kelar leher baby.
Waktu ni ibu dah takda rasa bersalah sebab dia dalam satu mental state yang tak waras.
Nauzhubillah, nauzhubillah, nauzhubillah min zhalik.
PPD yang teruk perlu dapatkan rawatan di hospital dan mungkin baby perlu dipisahkan dari ibu untuk elakkan kejadian tak diingini.
Ada suami mungkin beranggapan “alah bini aku mesti dah expert, takkan nak meroyan jugak, ni dah anak no. 5 kot!”
Bayangkan kalau ibu berpantang perlu uruskan baby DAN anak-anak kecik yang lain seorang diri, tentunya mencabar juga.
Ketahuilah, setiap kali bersalin tetap ada risiko ibu berpantang mengalami stress, baby blues atau PPD.
Tak kisah anak no. 1, no. 2, atau no. 8 sekalipun, semua ada cabaran tersendiri. Setiap anak dan setiap kelahiran tak sama.
Ok, ada lagi satu bahaya, no. 4. Yang ni pelik sikit. Ibu sihat dan happy, luka pun dah baik, najis lembut tak sembelit, rengat tak ada, bengkak susu pun sikit-sikit saja.
Bila ibu ni dibiar sendirian, mungkin dia akan menggunakan kad kredit suami untuk shopping online bagi mengisi masa lapang sepanjang berpantang.
Ni pun bahaya juga takut kang tau-tau je tetiba card credit dah exceed limit😅
Ok no. 4 ni gurau, kalau ye pun apa salahnya reward isteri sebab lahirkan anak-anak kita kan🤭
Tapi no. 1-3 tu serius, jadi suami tolong pantau isteri-isteri anda lepas bersalin.
Nampak tanda-tanda pelik sikit, isteri mula senyap, nampak stress, asyik menangis, rasa nak marah pada suami dan baby, etc. Please get help and support.
Kalau Allah sendiri pun iktiraf pengorbanan wanita dalam Quran sebagai wahnan ‘ala wahnin, kesusahan atas kesusahan. Mengandung, berpantang, pastu menyusu pulak sampai 2 tahun atau lebih.
Jadi suami pun bolehlah hargai isteri dan support mental, fizikal & emosinya especially sepanjang mengandung, berpantang, dan menyusu.
Sumber: Dr Farhanah Ibrahim