Apa yang anda makan semasa tempoh berpantang akan mencerminkan kesihatan anda kemudian hari. Oleh itu, anda perlu mengetahui amalan pemakanan yang betul semasa menjalani tempoh berpantang.
Melalui perkongsian dari Kak Engku Bidan Bersalin, pemakanan antara aspek yang amat penting dalam rawatan semasa pantang bersalin. Keperluan ini perlu diutamakan kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon dalam badan anda. Jika tidak dikawal dan dijaga pemakanan dalam tempoh berpantang, anda akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang akan mengganggu penyembuhan dalaman dan luaran anda.
Lazimnya pada awal minggu pertama, digalakkan makan makanan yang kering untuk tujuan mengecutkan rahim. Pastikan waktu makan anda tepat untuk mengelak perut masuk angin. Jika anda mengambil nasi, makan semasa nasi masih panas dan ambil dalam kadar yang sederhana.
Jangan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Jika masih lapar, anda boleh makan secara kerap. Untuk minum petang pula, anda boleh makan biskut tinggi serat (elakkan mengambil roti kerana kandungan yis yang tidak elok untuk proses pengecutan rahim).
Apabila memasuki minggu kedua dan seterusnya, anda sudah boleh mulai makan makanan yang berkuah seperti sup ikan, sup sayur dan buah-buahan supaya anda mendapat khasiat yang seimbang dalam pemakanan anda.
Semasa dalam pantang juga makanan yang dilarang makanan adalah bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa. Minuman berais tidak dibenarkan. Ini adalah antara amalan pantang larang yang mesti dilakukan semasa berpantang untuk menyembuhkan dan menyegarkan kembali badan selepas menjalani proses bersalin.
Elakkan Makanan Berlemak
Semasa berpantang kuantiti dan kualiti makanan yang diambil akan memberi impak besar terhadap berat badan dan kesihatan anda. Jadi, anda dilarang untuk mengambil makanan yang boleh menggemukkan sewaktu berpantang. Anda disyorkan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman di samping masakan yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus yang terbukti dapat memulihkan kesihatan dan mengurangkan masalah berat badan yang anda alami ketika ini.
Melancarkan Proses Penghadaman
Halia dipercayai memiliki sifat panas dan kering. Sekiranya anda kerap mengambil makanan yang mengandungi banyak halia sepanjang berpantang, anda sebenarnya telah membantu diri untuk memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.
Atasi Masalah Kemurungan
Salah satu jenis ulam-ulaman yang terkenal di kalangan ibu berpantang ialah daun pegaga. Daun ini disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya yang membantu merehatkan dan menambahkan ingatan. Antara kelabihan lain yang ada pada daun pegaga ialah ia dapat mengatasi kemurungan yang mungkin timbul disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.
Ads
Pembuang Angin
Bagi masyarakat india, sayur sawi menjadi keutamaan bagi wanita india yang berpantang. Ini kerana pengambilan sayur sawi bertujuan untuk membuang angin. Sebaik-baiknya sayur ini dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.
Penambah Pengeluaran Susu
Pengambilan peria, pegaga, lobak putih dan cekur manis oleh ibu berpantang dapat mengatasi masalah kesukaran membuang air besar dan menambah penghasilan susu ibu. Sekiranya kerap diamalkan ia dapat membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
Kecantikan Wajah
Dalam usaha mengekalkan kesegaran tubuh, makanlah ikan haruan dan tenggiri sebagai makanan tambahan (boleh dibuat sup). Selain dapat melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ia terjadi hasil daripada kandungan asid amino dan lemak yang ada pada kedua-dua jenis ikan ini. Apa yang lebih menarik ialah daging ikan-ikan ini yang bebas kolesterol akan membuatkan wajah kelihatan lebih berseri.
Lawas Buang Air Besar
Dengan mencampurkan perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang, ia dapat memudahkan anda untuk membuang air besar selain daripada menyegarkan tubuh anda.
Ads
Hindari Kembung
Seelok-eloknya setiap hidangan dimakan bersama nasi putih yang baru sahaja dimasak. Tujuannya ialah untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Oleh itu, elakkan daripada memakan nasi sejuk kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kembung perut.
Minuman Penambah Tenaga
Bagi mengembalikan semula tenaga tubuh, anda digalakkan untuk minum air rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan meminum air rebusan ini setiap pagi dan malam, badan anda akan kembali menjadi ringan dan tambah bertenaga.
Caesarean : Kurangkan Lada Hitam
Tujuan utama penggunaan lada hitam dalam penyediaan masakan ibu berpantang ialah untuk memanaskan badan. Namun yang demikian, bagi ibu berpantang yang melahirkan anak secara ceaserean, anda kurang digalakkan untuk mengambil lada hitam dalam kuantiti yang banyak.
Anti Oksidan
Terdapat pelbagai jenis ulaman berkhasiat yang sesuai dimakan semasa berpantang antaranya daun pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daum kesum seta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan untuk menyegarkan dan membuang toksin dalam badan.
Ads
Pengambilan Cecair
Wanita selepas bersalin tidak dibenarkan mengambil air dalam jumlah yang banyak bagi mengelakkan perut menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah longgar serta berair terutama jika minum air sejuk atau air batu. Pengambilan air dibenarkan secara kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa. Air penting untuk proses penyembuhan dan mengalakkan pengeluaran susu ibu.
Pemakanan Ikan
Makan ikan segar dan tidak gatal seperti haruan dan ikan sardin yang segar (bukan dalam tin). Ikan haruan juga dipercayai dapat memulihkan luka luaran dan dalaman (bersalin caesarean). Elakkan juga ikan berbisa dan gatal seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam, terubuk dan parang. Kesannya menyebabkan kegatalan, timbulnya reaksi alahan dan boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Pengambilan Sayuran Dan Buahan
Setiap buah-buahan pula, ia mempunyai khasiat tersendiri antaranya buah oren yang mengandungi banyak vitamin C yang membantu pemyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan air besar. Manakala elakkan makan sayuran menjalar, sejuk dan berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, bayam, kacang panjang, petola, petai, jering dan terung.
Minuman seperti tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, nangka, cempedak dan pisang nangka, antara minuman jenis yang sejuk dan tajam. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.
Kecutkan Rahim
Kunyit yang sering diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu yang berpantang berupaya mengecutkan rahim dan mencuci darah. Selain itu, jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40 hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman.
Bayi sembelit dan susah untuk membuang air besar bukanlah sesuatu yang jarang dijumpai. Perkara ini akan menyebabkan ibu bapa cepat risau dan bimbang.
Bayi yang mengambil susu badan tidak semestinya akan berak setiap hari. Kesemua nutrien yang berada di dalam susu ibu selalunya habis diserap oleh bayi. Oleh itu, kebanyakkan bayi yang menghisap susu ibu selalunya tidak mengalami masalah bayi sembelit.
Bayi yang mengambil susu formula pula akan membuang air besar sekali ataupun lebih daripada sekali sehari. Oleh itu, masalah bayi yang tak berak sangat bergantung kepada jenis susu yang diambil oleh bayi. Ia juga bergantung dengan jenis makanan yang diambil oleh bayi ataupun kanak-kanak.
Apa nak buat bila baby sembelit berak keras. Ini antara tip yang dikongsikan oleh Puan Herny Hafiz mengikut pengalaman dan pembacaannya.
Bristol Stool Chart
TIPS UNTUK BABY SEMBELIT
6-7 bulan
– beri buah buahan ini sebagai snek 2x sehari (2-3 oz per serving)
– buah naga, avocado, betik,plum
– elak buah -buahan ini ( 2 jenis ni mommy selalu bagi tanpa sedar ia boleh sebabkan sembelit)
Awet sihat awet muda tentu menjadi impian setiap daripada kita. Mari ikuti tip daripada Dr Hamid Arshat dan nasihat Tun Dr Mahathir ini.
Dato’ Dr Hamid bersama cucunya.
Pakar O&G terkenal, Dato’ Dr Hamid Arshat baru-baru ini telah berkongsi tip berguna untuk sihat dan awet muda. Beliau yang dilahirkan pada 4 Januari 1945, masih cergas, kuat dan aktif berkhidmat di klinik beliau. Ini membuktikan tip yang diberikan beliau berkesan pada dirinya yang kini berusia kini pada usia 73 tahun dengan izin Allah. Berikut ialah posting Facebook beliau yang telah dikongsikan;
AWET SIHAT AWET MUDA
1. Bila umor sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit Alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu penghidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi-fungsi otak semakin terganggu sehingga fungsi-fungsi asas seperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukannya.
2. Sebenarnya sel-sel otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umur dengan syarat orang berkenaan mengamalkan cara gaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti-aktiviti kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur-jalur maklumat dan sambungan-sambungan synapses, masih ada ruang untuk peningkatan. Otak kita seperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.
3. Rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat-ayat quran kita perlu baca berulang-ulang tidak kurang dari 40 kali.
Ulang baca bila-bila masa, ketika solat atau memandu kereta dan dimana saja kita berada.
Saya hafal beberapa surah diantaranya Al-mulk, Sajadah, Assaf, Al-insan, Al Qiamah, separuh Al Wakiah dan lain-lain. Kena selalu baca untuk terus ingat.
Disamping menghafal Al-Quran, kanak-kanak perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira-kira dan hitungan cuba jangan bergantung kepada calculator atau komputer. Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini mungkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.
4.Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain memberi menfaat kepada kesihatan tubuh badan, membantu mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi, malah ia juga banyak memberi kebaikan kepada otak. Senaman menambah sel-sel neuron, menguatkan sambungan dan mencegah kerosakan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan disamping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.
Bersama Tun Dr Mahathir.
5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya seperti berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dan lain-lain. Dalam proses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yg kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran-kemahiran yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.
6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan telefon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa dimana kita letak barang tersebut.
7. Cukup tidur , 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses2 pembelajaran dan ingatan.
Kajian keatas kanak selepas tidur siang hari ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.
8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang-orang Jepun dan Korea juga berbuat demikian.
Seperti Imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia boleh mengingat semula segala yang dicatitkan ditapak tangan.
Satu kajian dilakukan ke atas kanak-kanak yang mempunyai tabiat melukis tentang perkara-perkara yang baru dipelajari mendapati mereka berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.
Buku coretan saya
9. Makan terbaik untuk otak.
Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting bagi pertumbuhan sel otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohidrat, fast food dan junk foods kerana meracuni sel-sel otak.
9.1 Kunyit dan kari dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yang menyebabkan Alhzeimer. Membersihkan salur darah dalam otak, meningkatkan ingatan dan meningkatan pertumbuhan sel-sel neuron.
9.2 Celery, peppers dan carrots mengandungi luteolin yg mencegah kerosakkan sel-sel neuron.
9.3 Broccoli dan cauliflour serta kuning telur mengandungi choline iaitu asid amino yang meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.
9.4 Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel-sel otak.
9.5 Pisang, sayur hijau dan kekacang mengandungi magnesium yg berfungsi mempercepat transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah kedalam otak. Kajian ke atas kanak-kanak yg diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.
9.6 Daging lembu adalah sumber B12 yg penting bagi pertumbuhan sel-sel otak.
9.7 Blue berries mengandungi antioxidant dan phyto kimia yg meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel2 otak.
9.8 Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil adalah makanan-makanan otak yang berkesan untuk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk. Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi-fungsi otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.
10. Permainan otak / brain games. Dalam internet terdapat beberapa websites saperti Luminosity.com. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.
11. Cegah stress dan rawat penyakit-penyakit.
Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca. Stress meracuni sel-sel otak dan merosakkan jalur-jalur maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stres. Penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana bolih mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksijen kedalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan
Pengalaman penyusuan setiap ibu tak sama. Ada yang susu meriah di awal kelahiran dan anak pandai menyusu. Tak kurang juga yang terpaksa tunggu beberapa hari untuk susu keluar selain diuji pula dengan anak yang menangis tak cukup susu dan ada jaundis. Keadaan ini secara tak langsung boleh menganggu emosi si ibu.
Menerusi perkongsian eksklusif pelakon Eyra Hazali yang juga ibu kepada permata hatinya, Muhammad Hayder Qhalish kepada Pa&Ma, perjalanan penyusuan untuk anak sulung sangat-sangat strugle ketika di awal kelahiran.
Ini kerana Hayder tak pandai nak menyusu lagi walaupun ketika mengandung Eyra dah tengok youtube, membaca untuk pastikan semuanya lancar. Namun bila hari kejadian ia betul-betul menguji sehingga Eyra pun menangis kerana risau.
Kebetulan pula Hayder ada jaundis. Jadi bila dia tak pandai nak menyusu susu tak cukup untuknya. Sedangkan jika jaundis perlu diberikan susu kerap. Sehingga Eyra minta nak pam dengan doktor. Bagaimanapun, doktor tak galakkan lagi sebab suruh bagi ‘direct’ dan tunggu 2 minggu baru pam.
Walaupun doktor minta tunggu untuk pam, hati seorang ibu tak sampai hati tengok kuning Hayder makin naik. Eyra tetap juga pam dan bagi Hayder minum susu Eyra dulu melalui botol.
Tiap kali jumpa dengan Hayder untuk beri dia hisap terus, jururawat siap ajar tapi gagal juga hingga menangis untuk diri sendiri. Kadang 20 minit cuba bagi Hayder ‘latch’ tapi tiap kali tu lah dia keluarkan semula. Biarpun doktor bagi balik ke rumah, kuning Hayder masih ada lagi. Di rumah lagi rasa cabarannya.
Orang kata, tanpa sokongan suami dan ahli keluarga, mungkin ibu dalam pantang boleh terganggu emosi. Syukur alhamdulillah dalam keadaan Eyra rasa tertekan itu, nasiblah suami dan ahli keluarga membantu.
Bayangkan daripada susu Eyra dapat 8-9 auns setiap kali pam, disebabkan stres memikirkan Hayder tak pandai lagi nak hisap dan asyik nangis, susu terus ‘drop’.
Paling sedih sampaikan Hayder tak ingat Eyra. Mommy kejutkan Eyra, masa tu usia Hayder dalam 2 minggu. Disebabkan rasa sedih sangat, Eyra cakap kat mommy bagi jelah Hayder susu formula.
Selepas kejadian itu, bila dapat nasihat mommy, Eyra mulakan semangat baru dan kembali pam setiap sejam sekali walaupun pakar syorkan sebaiknya buat 2 jam sekali.
Entah macam mana, kuasa Allah, Hayder menangis beriya-iya dan menolak susu formula yang diberikannya. Masa tu Eyra minta kakak bagi Hayder pada Eyra dan tak tahu macam mana bila Hayder ‘latch’ automatik dia terus boleh menyusu dengan elok. Eyra rasa gembira dan sebak sangat.
Jaga ‘supply dan demand’
Kongsi Eyra lagi, tiada apa-apa tip untuk susu badannya meriah selepas Hayder pandai menyusu. Cuma di awal kelahiran drop sebab Eyra stres. Bila Hayder mula menyusu dengan baik, Eyra hanya pegang pada supply dan demand. Ternyata cara ini buatkan susu akan meriah. Alhamdulillah sampai kadang tu terlebih pula susu.
Apa yang buatkan Eyra benar-benar bertekad nak susukan anak, sebab dari awal hamil lagi Eyra dah cakap nak breastfeed baby. Malah suami, ibu dan ibu mertua sentiasa sokong dan Eyra memang ikut nasihat orang yang berpengalaman.
Suami juga walaupun kami sama-sama muda dia sentiasa mempermudahkan Eyra untuk menyusu Hayder. Contohnya sebelum kes Covid ini, jika kami keluar ke mana-mana pun, sampai masa menyusu atau pam, Haziq yang akan cari lokasi yang sesuai untuk Eyra. Jika susah sangat kami akan duduk je dalam kereta.
Mesti kuat demi anak
Bila orang tanya Eyra dari mana datangnya kekuatan untuk BF anak, apa yang boleh Eyra bagitahu adalah bonding dengan Hayder. Jika diikutkan perancangan Eyra nak sehingga dua tahun tapi disebabkan masalah tulang belakang dan Eyra perlu buat pembedahan, doktor minta stopkan awal.
Masa nak buat keputusan untuk lepaskan Hayder yang sempat menyusu selama 11 bulan itu, memang sedih sangat sebab dah rasa special bonding antara ibu dan anak ni. Sebab ayahnya sendiri pun tak boleh dapat pengalaman ni dengan Hayder.
Jadi sebagai salah seorang ibu yang menyusukan bayi, Eyra nak bagi nasihat ibu kena kentalkan hati, banyak baca dan selalu dapat sokongan orang sekeliling. Insyallah ilmu yang kita dapat tu boleh dimanfaatkan. Lagi satu kena kuat demi anak sebab susu ibu ni lebih baik dan terbaik daripada mana-mana susu di dunia.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!