Selalu dengar ramai ibu-ibu yang sembelit time pantang. Eh jangan buat main-main tau sembelit masa pantang ni risiko dia besar. Kadang ada yang boleh sebabkan sembelit sampai berdarah.

Ada sesetengah ibu yang bersalin jadi trauma bila alami sembelit teruk sampai rasa seram nak membuang. Orang kata kalau nak cepat baik luka jahitan tu kena elakkan push time membuang.

Dalam Pantang Kena Kawal Makan Ok Lagi, Tapi Kalau Sembelit Paling Fobia

IKLAN

Perkongsian dari Puan Aizah Zarirah untuk tip sembelit masa pantang boleh membantu ibu yang risau nak buang air besar.

Macam akak lepas bersalin, benda paling takut ialah “alamak, macam mana nak membuang, dah la jahitan baru lagi, boleh ke?”

IKLAN

Kalau pengalaman sayalah, doktor memang akan bagi ubat minum pelembut najis. Jadi untuk mommy tak payah risau ye. Kalau doktor tak bagi boleh beli dekat farmasi. Masa dekat hospital hari tu, serius ubat pelembut ni memang membantu sangat-sangat. Jadi kita tak perlu risau jahitan luka/terkoyak sebab bila dah consume ubat pelembut tu, mommy akan rasa perut tu macam nak cirit-birit. Pernah kena cirit birit tak? Bila cirit birit, tak boleh nak tangguh-tangguh, haa macamtu jugak bila makan ubat pelembut doktor bagi ni.

Jadi, selain ubat doktor ini adalah tip-tip macam mana akak rawat dan elakan sembelit masa pantang jadi lebih teruk. Kalau mommy-mommy ada pengalaman boleh la share.

IKLAN

Tip untuk rawat sembelit yang mungkin boleh diamalkan

  1. Pemakanan. Kena jaga pemakanan semasa dalam pantang. Banyakkan ambil makanan yang berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Masa pantang tak banyak sayur yang boleh makan kan, kalau macam saya, hari-hari lah makan sayur sawi. Nasib memang hantu sayur. Tak boleh kalau dalam sehari tak makan sayur! Tak lengkap.
  2. Suplemen. Suplemen memang banyak membantu terutamanya kalsium dan detox. Detox dia akan bawa najis kita terus parking ke usus besar dan kalsium pulak memang melawaskan. So bila dah membuang, badan u pun akan rasa lebih ringan dan rasa lebih sihat!
  3. Minum air putih banyak-banyak. Orang dulu-dulu tak bagi minum air banyak takut bawah tu kembang, tapi cara yang betul ialah nak minum banyak tu boleh tapi sekali minum ialah minum sikit-sikit tapi kerap. Lagi-lagi kalau ibu yang menyusu badan, air memang no 1 kena lebih, perlu minum air yang cukup untuk hasilkan production susu yang banyak. Air yang cukup bantu elakkan najis jadi keras.

  4. Guna toilet jenis duduk. Kalau jenis cangkung macam bahaya jugak rasanya.

Sumber: Aizah Zarirah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI