Baru nak lelap mata, anak bangun dan ajak main. Masa ni nak marah ke nak layan sama banyak. Ibu bapa dah penat seharian tapi nak tak nak terpaksa la juga layan hingga anak tidur semula.
Bila dah macam ni, bangun pagi nak pergi kerja pun dah tak ada semangat. Nak tak nak anak juga yang dipersalahkan.
Nak pastikan rutin tidur anak tetap sejak dari dalam pantang, perkongsian dari Noraida Mansor boleh dipraktikkan.
Ini tip utama dari Tok Wan ANH sebelum Eda bersalinkan Adni lagi. Pesan dia, JANGAN bermain/agah keterlaluan dengan baby bawah umur 3 bulan.
Baby bawah 3 bulan kena jaga rutin tidur dia. Kena fahamkan dia, siang berjaga boleh bermain dan malam untuk tidur.
Selalu tak, anak-anak terjaga jam 12 malam ke pagi dan apa yang kita rasa nak buat?
Suka tengok anak buka mata ni? Segar bugar mata dia ni. Tadi tidur je kan.
Selalunya, kita fikir ohh marilah kita bergelak tawa riang wahai anak. Geram ni nak tengok anak gelak-gelak mengekekek, sengih-sengih ni. Walaupun umurnya baru 10 hari masa tu.
Ads
Kesannya, bila tiap kali terjaga lepas jam 12 pagi, anak-anak cari kita nak main-main, nak gelak-gelak. Sampai lepas pantang itu dah jadi rutin dia! Maka bermata panda la mak ayahnya. Bila kita tak larat layan, anak mula tantrum. Parah.
Jadi, apa Tok Wan tekankan kat sini, malam-malam tu tak perlu layan anak beria. Dah susukan, dah tukar pampers, zikir sikit-sikit, cakap sikit-sikit bagi dia tidur balik. Bilik kena suasana sedia untuk tidur.
Ads
Mudah je kan tip ni. Tapi impak dia besar. Mak ayah memang kena sabar. Siapa tak suka tengok baby comel sengih-sengih nampak gusi oiiii..geram yang amat! hehehe.
Tapi, kena sabar. Tunggu dia besar sikit.
Ini ada perkongsian dari kawan juga yang amalkan rutin macam Eda amalkan.
Ini hanyalah perkongsian peribadi. Alhamdulillah jika memberi manfaat.
Oh ye, kalau baby bangun terjaga pagi sangat tu dan mak nak pass pada ayah pesan juga ye kat ayah tu tak payah agah beria. Penting ni! Nanti anak dah mula akal asyik nak main, ayah berdengkur berlingkar mak kena bersengkang mata. No no no. Tak mahu tak mahu macam ni ok.
Gelagat Faliq anak Puteri Aisyah kali pertama makan ‘solid food’ buat warga maya ‘geram.’ Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi adalah satu milestone yang besar dalam perkembangan mereka.
Gelagat Faliq Anak Puteri Aisyah Kali Pertama Makan ‘Solid Food’ Buat Warga Maya ‘Geram’
Bagi ibu bapa, ia mungkin pengalaman yang mendebarkan, tetapi juga menimbulkan pelbagai soalan.
Menerusi satu entri terbaru Puteri Aisyah, ibu cantik jelita ini memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Faliq yang sedang menikmati ‘solid food’ yang pertama.
Paling menarik perhatian pastinya badan semangat Faliq yang begitu semangat dan kini semakin membesar.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga maya teruja melihat perkembangan sihat Faliq yang kini semakin sihat membesar dengan badan berketak-ketak. Rakan-rakan selebriti juga turut meninggalkan ‘jejak’ di ruangan komen.
Terdahulu, Puteri Aisyah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April 2024 lalu.
Bayi seperti melihat kita tetapi hakikatnya bayi kecil itu masih kabur penglihatannya. Bayi yang baru dilahirkan hanya mampu melihat sesuatu objek pada jarak yang terhad iaitu 20 – 25 sm dan memerhati dengan penuh minat pada wajah ibu yang memegangnya.
Pada jarak ini, dia dapat ‘membaca’ emosi yang terpapar pada wajah anda. Dia juga akan boleh tersenyum jika melihat anda senyum kepadanya. Walaubagaimanapun jarak penglihatannya masih agak sedikit. Dia tidak dapat fokus kepada apa yang dilihat.
Oleh itu, kerap jalinkan hubungan mata dengan bayi anda dan pastikan jaraknya antara 20 – 25 sm. Misalnya, ketika anda bermain dengannya atau ketika sedang menyusukannya. Kepekaan retina mencapai keseimbangan setelah menjelang akhir tahun pertama usia bayi.
Jangan letakkan bayi anda terlalu hampir dengan cahaya yang terlalu terang dan jangan pula kerap meletakkan bayi di tempat yang terlalu gelap kerana perkara ini akan melambatkan kepekaan retina bayi.
Pada peringkat umur bayi 0-3 bulan, daya penglihatan paling baik bagi bayi anda adalah pada jarak 23 – 30 sm. Anda boleh menggunakan objek berwarna kontra seperti merah dan putih dan diletakkan pada jarak yang berbeza iaitu tinggi dan rendah.
Aktiviti ini bagus bagi menguji perkembangan visual bayi anda. Malah ia juga membantu keupayaan otaknya untuk menyusun maklumat dan membentuk daya tumpuan penglihatan yang lebih baik.
Antara bulan keempat dan keenam, benda-benda optik yang berwarna-warni dan bergerak dapat menarik minat bayi anda dan mempesonakannya. Dia boleh bertahan selama beberapa minit tanpa melelahkan otot-otot matanya. Bayi anda pun semakin cepat menangkap rangsangan lebih kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Dengan memakai bengkung pada baby, bacaan jaundis/penyakit kuning pada baby akan turun mendadak” dakwa peniaga online tersebut. Mitos perubatan ini tidak mempunyai kajian saintifik mengenai keberkesanannya dan ada yang mempercayai tanpa mendapatkan kesahihan daripada pakar perubatan.
Peniaga Online yang menjual bengkung/korset rawat demam kuning
Peniaga tersebut turut sertakan testimoni
Kekuningan atau istilah perubatannya “Jaundice” adalah keadaan dimana kulit dan mata bayi menjadi kuning. Ia biasanya berlaku pada bayi yang baru lahir, dua atau tiga hari selepas lahir. Ia akan mencapai kemuncak selepas empat hari dan akan hilang selepas dua minggu. Jaundice tidak bermakna kita sakit.
Kekuningan biasanya dikesan dengan menekan hujung kuku kita dengan lembut pada kulit bayi. Kekuningan juga lebih mudah dikesan pada putih mata, muka sehingga ke dada. Ikuti Perkongsian dari Doktor Zubaidi;
Penggunaan herba jika betul, tidak apa, ini semua petua herba itu diambil dari majalah dan sumber internet yang boleh diragukan kesahihanya. Kemudian disampaikan dari mulut ke mulut, dari fb ke fb. Siapa mahu bertanggungjawab jika apa-apa berlaku kepada mereka.
Kekuningan bukanlah penyakit misteri. Ia adalah fenomena normal apabila darah pada bayi menjadi rosak dan pecah dan dicernakan oleh organ hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah pada ini akan menghasilkan bilirubin.
Biasanya bilirubin dapat dibuang memalui najis. Tetapi apabila terlalu banyak darah yang rosak dan pecah serta diuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat dalam darah. Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi.
Cara Rawatan:
Rawatan yang biasa diberikan ialah rawatan fototerapi jika tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL). Rawatan ini membantu bilirubin ditukar kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’ dan mudah dikumuhkan. Rawatan ini harus diberikan selama 48 am.
Menggalakan bayi menyusu juga akan menyebabkan bilirubin dikumuhkan ke dalam najis.
Jika rawatan fototerapi gagal, rawatan yang lebih agresif perlu dilakukan iaitu rawatan “exchange transfusions”. Ia adalah pemindahan darah bayi dan digantikan dengan darah yang lain. Ini hanya dilakukan jika tahap bilirubin melebihi 428 umol/l (25mg/dL).
Netizen turut mengecam perbuatan peniaga online dan ibu tersebut yang dianggap melampau dan menyiksa bayi tersebut.
Kesian baby
Dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan untuk rawatan anak anda.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.