Selepas dua minggu kelahiran Baby L, kemunculan Scha Alyahya di Instagramnya sering dinantikan seluruh peminatnya. Mana tidaknya, hari demi hari, wajah Baby L yang bakal dikongsikan oleh Scha atau Awal begitu dinantikan.
Tidak mahu peminat tertunggu-tunggu, Scha tampil berkongsi beberapa keping fotonya namun masih tidak mendedahkan wajah bayi keduanya itu kepada umum.
Satu hantaran Scha menerusi Instagramnya beberapa hari lepas membuatkan peminat Scha teruja malah memuji kecantikan semulajadi yang dimiliki ibu kepada dua orang cahaya mata ini.
Menariknya walau hanya berkongsi gambarnya sambil berbaring menidurkan bayinya. Walaupun tanpa mengenakan sebarang olesan pada wajah, Scha kelihatan cukup cantik dan sempurna.
“They say sleep when your baby sleeps hmmmkayy,” kata Scha selepas menidurkan bayinya.
Pun begitu, kecantikan Scha ketika di dalam pantang lebih menarik perhatian peminatnya. Terbaru menerusi satu entri berlainan, Scha turut menyatakan dia bernasib baik kerana filter membantunya kini.
“All i can say..Instagram filter saved my life,” kongsinya lagi.
Meninjau di Instastory miliknya, Scha dilihat sering berkongsi mengenai kisah berpantangnya. Tidak terkecuali bertanyakan kepada peminatnya mengenai menu berpantang dan sebagainya untuk dirinya ketika berpantang.
Malah rutin berpantang ibu cantik ini juga banyak dipenuhi dengan berurut dan bertungku yang menjadi kegemarannya.
Bagi peminat Scha dan Awal, jangan lupa menyaksikan Schawal Baby Boom yang bersiaran di Astro Ria pada setiap Khamis jam 9.30 malam. Malam ini pula, Scha sudah pun dibenarkan pulang ke rumahnya.
Dan pastinya momen Lara bertemu adiknya begitu dinantikan oleh semua. Jangan lupa menonton jam 9.30 malam ini.
Artikel berkaitan: Sebijik Kakak Lara, Awal Reveal Muka Baby Baru, Comel Sangat-Sangat
Kesiannya Daddy, Awal Hero Pada 3 Bidadari, Video Usikan Scha Buat Warganet Terhibur
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Berpantang Lalui Baby Blues Tu Wujud, Orang Sekeliling Jangan Ambil Mudah!
Sudah dikurniakan cahaya mata tapi enggan pula menyentuh dan menguruskan kerana merasakan suasana hati yang tidak keruan, berbelah bahagi. Apakah itu tandanya ibu baru melahirkan terkena stress yang juga dikenali sebagai baby blues?
Melahirkan adalah sesuatu perkara yang cukup besar. Banyak hal-hal baru yang bakal dialami dan sebagai ibu kita harus mengadaptasinya dengan cepat. Setelah bersalin merupakan keadaan paling kompleks apabila ibu baru perlu melalui perkara baru dalam kehidupan. Apatah lagi yang uruskan sendiri bayi.
Justeru perkongsian Nur Hafizah M Sobri tentang jika ada ibu yang baru bersalin mengadu keletihan, anak sering menangis dan sebagainya, sangat penting orang disekeliling terutamanya ahli keluarga sendiri tidak memandang enteng tentang apa yang diperkatakan. Bimbang perkataan yang keluar mengundang tekanan terhadap ibu-ibu baru ini.
KALAU ADA IBU YANG BARU BERSALIN MENGADU
Kalau seorang ibu baru mengadu
‘saya letih jaga baby, semalam tak tidur sangat
‘tolong jangan balas
‘alaaa dulu makcik/mak/nenek jaga 8 orang anak takde masalah pun. jangan mengada’
Kalau seorang ibu baru berkata
‘ boleh tengok kan baby sat, saya nak makan’
tolong jangan balas
‘eleh dulu makcik/mak/nenek jaga seorang, takde orang pun tolong’
Kalau seorang ibu baru mengadu
‘kenapa baby tak boleh berhenti nangis’
tolong jangan balas
‘tak kenyang minum susu badan hang tu, cuba bagi makan tak pun susu formula’
SEMUA INI TIDAK MEMBANTU LANGSUNG
kenyataan yang ringkas yang keluar dari mulut tu cukup untuk membuat ibu tersebut
– lebih marah
– leih penat
– lebih stress
– lebih menyampah
selepas itu tak akan dah ibu tersebut nak minta tolong dari anda, sebab tahu apa yang akan terjadi hanya menyakitkan hati
Apabila ibu baru takde tempat mengadu, atau minta tolong ini yang membawa kepada masalah meroyan atau post partum depression.
ibu baru, ibu muda, ibu ramai anak semua boleh kena.
APA YANG PATUT DIBUAT
kalau diminta tolong….
No 1.
boleh saja..kebanyakan ibu memang perlu pertolongan sebab baru sahaja nak biasakan diri dengan role mereka
No 2
jangan buat apa apa perbandingan. kata ya atau tidak saja untuk tolong. tak perlu banding zaman dulu dengan sekarang.
hangpa bukannya duk terperap zaman dulu, ada je kan guna benda benda baru. bukan main lagi air fryer la, astro la, lcd tv tapi asik nak duk banding zaman dulu dengan sekarang,
Kalau suka sangat zaman dulu, pi amik air perigi, dan teruskan masak guna kayu api.
No 3.
Jangan buat benda belakang ibu. Kalau ibu tu kata tolong tengok sat sebab nak mandi. Tengok je…. tak payah nak kbagi makan la, susu formula la..nak buat pape tanya maknya dulu.
Kalau apa apa jadi, mak pak baby tu yang susah bukan hang.
ada faham?
kesian bila melawat ibu baru asik dengar je ayat ayat dekat atas.
kesian ibu tersebut kecewa sangat dengan sikap orang yang terdekat.
Bantu apa yang boleh, maklum sahaja ibu baru melahirkan masih lagi dalam fasa penyembuhan diri. Jangan mudah tempelek apa yang dikatakan dan cuba selami masalah yang dihadapi. Barulah ibu yang sedang berpantang dapat lalui pantang dengan lancar dan tidak timbul soal tertekan sepanjang tempoh tersebut.
Sumber: Nur Hafizah M Sobri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amal Puasa 16 Jam Turun 13.5kg Dalam Masa 4 Bulan. Hanya Diet Kalori & Senaman
Ibu ini mengamalkan puasa 16 jam, diet kalori & senaman. Hasilnya dia berjaya turun 13.5kg dalam masa 4 bulan.
Ramai yang melakukan intermittent fasting untuk menurunkan berat badan termasuklah Puan Nurain Sazila, 33 tahun yang telah berkongsi tip dan cara dilakukannya hingga dapat menyingkirkan 13.5kg. Berat asalnya 74.5kg kini menyusut ke 61kg.
“Saya suri rumah, kedua-dua orang anak dilahirkan secara pembedahan caesarean. Saya amalkan intermittent fasting sejak bulan Oktober tahun lepas dan masih mengamalkanya sehingga sekarang. Selain itu saya cuba mengubah corak pemakanan saya secara perlahan-lahan dan mengikuti diet kalori,” kata Nurain.
BMI OBES & TEKANAN DARAH NAIK
“Penyebab utama saya tiba tiba mempunyai kesedaran dan tindakan adalah apabila BMI saya telah masuk ke fasa obes. Selama ini saya sedar yang saya overweight tetapi tahun lepas merupakan pertama kalinya berat saya melepasi fasa obes dan saya rasa saya perlu mula mengambil tindakan kerana darah tinggi saya semakin naik,” kata ibu dua anak ini.
BERAT TURUN 4KG BARU MULA SENAMAN
Ada yang kata senaman tanpa kawalan pemakanan tidak berkesan untuk menurunkan berat badan. Menurut Nurain, dia memulakan kawalan pemakanan atau diet terlebih dahulu. Hanya selepas turun 4kg barulah dia mulakan senaman.
Pada awalnya, dia hanya berjalan kaki cepat atau briskwalk sahaja dan selepas satu tempoh baru dimulakan senaman berintensiti tinggi seperti aerobik, zumba dan weight training. Kini selepas 4 bulan, Nurainmula kerap bersenam seperti aerobik, zumba, weight training dengan mengikuti video-video senaman di Youtube.
MESTI FAHAM KONSEP DEFISIT KALORI
“First, saya bukan dietitian/nutrition/coach atau yang sewaktu dengannya. Saya cuma mak anak dua yang ingin kongsi ilmu diet percuma supaya kita semua boleh kawal berat badan kita tanpa fikirkan ketidakmampuan bayar coach sebab ekonomi setiap orang tak samakan. Tapi semua orang nak sihat dan memiliki BMI normal.
“Badan kita memerlukan tenaga untuk menjalankan sistem pencernaan, peredaran darah, pernafasan dan lain-lain. Tenaga itu datangnya dari makanan yang kita makan dan dikira dalam bentuk kalori.
- Secara umum, kita memerlukan diantara 1500-1800 kalori sehari (setiap badan berbeza, boleh check google tdee calculator) bila kita terlebih kalori intake (makan banyak) ia akan ditukar menjadi lemak.
- Apabila kita makan sikit atau kurang kalori intake berlakunya kalori defisit , dimana kekurangan sumber tenaga dari makanan, maka badan kita akan membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga. Oleh itu kita mengurus atau kehilangan berat badan.
- Oleh itu asas bagi semua diet ialah menghasilkan KALORI DEFICIT.
- Sebanyak 7700 kalori deficit akan membuatkan kita kehilangan 1kg.
- Macam mana nak hasilkan kalori defisit? Paling mudah makan sikit dan makan makanan berkalori rendah.
- Cara lain yang mudah dan happy dan boleh makan apa yang kita nak makan tanpa stress tapi masih ada kalori deficit? Downloadlah apps myfitnesspal (saya pakai free version je)
- Cara efektif untuk pastikan kita makan tak terbabas, sebelum makan log dulu makanan kita. Macam saya, biasanya akan maintain 1200-1400 kalori intake dari makanan. Sangat mudah. Try dulu. Kalau tak faham nak guna macam mana tengok post² saya sebelum ini.
- Macam mana nak banyakkan lagi kalori defisit ? Bersenam. Aerobic/Zumba 30 minit boleh bakar dalam 300kalori. Kalau tak nak bersenam. Just jaga kalori makanan betul².
- Macam mana saya boleh hilang hampir 13kg? Jawapannya -saya diet kalori dan pastikan ada kalori deficit setiap hari. IF membantu pembakaran lemak juga, tp kalau buat IF dan makan tanpa kalori deficit – berat tetap juga susah turun.
INTERMITTEN FASTING
Ibu ini juga turut menyimpan jurnal berat badannya dan aktiviti yang dilakukan untuk memantau penurunan berat badannya. Dia juga mencatat jumlah kalori diambil, senaman dan intermittent fasting (IF) yang dilakukannya.
“OMAD tu singakatan bagi one meal a day. Ia adalah satu cabang dalam intermittent fasting yakni kita berpuasa 23 jam dan waktu makan 1 jam. Saya mulakan IF dengan amalan 16 jam berpuasa dan 8 jam waktu makan (16:8) perlahan lahan saya tingkatan fasa berpuasa kerana melalui Dr Fung (penulis buku Obesity Code) beliau mengatakan lebih lama badan kita dalam fasa berpuasa, lebih banyak lemak yang akan terbakar,” kata wanita ini.
Bagi anda yang ingin memulakan, Nurain memberikan 8 tips;
- Mencadangkan langkah pertama join dulu group sokongan di Facebook “Intermittent Fasting Malaysia” Ada banyak maklumat dan penerangan dari beginner sampailah yang dah otai yang buat Snake Diet. Nak masuk group ni free. Tiada bayaran. Dan banyak ahli² dan admin yang rajin bantu kita clearkan doubt.
- IF ni maksudnya puasa berkala. Pola puasa-makan-puasa-makan. Sama je macam kita puasa masa bulan Ramadhan cuma IF ni masanya lebih flexible.
- Untuk beginner dicadangkan mula dengan 16:8 iaitu 16 jam puasa, 8 jam makan.
- Time 16 jam tu flexible kita boleh arrange masa tu ikut kesesuaian kita. Dan 16 jam puasa tu termasuk waktu tidur. Jadi sebenarnya x adalah lama sangat puasa tu
- Bila saya buat 16: 8 biasa, petang hari ini jam 6pm saya dah start tidak makan (tapi boleh minum air kosong) dan akan makan esok paginya jam 10am. Senang kata, bila kita buat 16:8 tu … Tak makan malam dan breakfast lewat esok harinya
- Lapar tak malam tak makan? Mestilah lapar dah nama pun puasa. Tapi tahan sikit ok, nanti lama-lama perut tu terbiasa. Bila tengah time lapar kemuncak tu biasanya antara pukul 7pm-10pm elakkanlah dari tengok rancangan masakan, scroll IG makanan ya.
- Bila perut dh ok boleh tahan puasa next boleh extend fasting hours. Benda ni kita boleh buat slow²…ubah cara pemakanan pun kita buat slow². Bagi Atam, tak perlu drastik sebab kita nak badan kita belajar adapt. Dari drastik tapi x boleh nak kekalkan, lebih baik slow and steady je tapi x pernah stop.
- Bila waktu nak mula IF? Paling baik, kalau terdetik hari ni, buatlah hari ni terus.
MAKAN SAYURAN MENTAH
Apa yang menarik, ibu ini mengambil banyak sayuran mentah. “Lobak merah dan timun memang saya suka makan mentah sebab lagi sedap pada selera saya. Sayur sayur yang lain seperti brokoli, bunga kobis, bayam biasanya saya celur dalam air panas, kukus atau panggang.
Sayur sayuran memang lebih baik kalau kita makan mentah seperti ulam ulaman sebab khasiatnya tidak luntur/kurang. Biasanya sayur sayuran kalau kita masak dalam keadaan yang lama atau sangat panas, khasiatnya akan berkurangan,” kata Nurain.
HIDANGAN CANTIK BERI KEPUASAN
Ibu ini selalu berkongsikan gambar-gambar hidangan yang diambil, berwarna-warni dan tersusun cantik. “Melalui pengalaman saya, susunan makan yang cantik dan berwarna warni memberi kesan kepuasan ketika kita makan walaupun makanan kita itu mungkin kurang rasa kerana kita kurangkan garam, gula dan perasa. Tetapi platting makanan sihat yang cantik akan meningkatkan selera kita untuk menikmati makanan tersebut,: katanya.
MULA PERLAHAN
Kepada ibu-ibu lain yang ingin mencuba Pesanan saya, kita cuba ubah secara perlahan lahan. Tidak semestinya hari ini kita mula menjaga pemakanan (diet) , hari ini kita potong secara total gula, karbo, minyak dan garam. Kita mulakan dengan perlahan lahan sehingga badan kita boleh terima perubahan citarasa makanan. Saya sendiri merupakan pengemar minum air kopi bersusu pekat manis, sebelum ini saya boleh minum sampai 3 cawan sehari. Apabila saya mula diet, saya tidak berhenti terus minum tetapi saya kurangkan menjadi secawan.
Selepas sebulan saya bertukar ke kopi berkrimer dan akhirnya setelah empat bulan barulah saya berjaya minum kopi kosong tanpa gula.
Diet merupakan perjalanan seumur hidup kerana bukan secepat mana kita boleh kurangkan berat badan dan turunkan BMI tetapi selama mana kita boleh kekalkan berat badan dan BMI yang ideal tanpa berpatah balik ke pola pemakanan yang lama.
TIDAK MENJAUHI NASI, TETAPI PATUH DIET KALORI
Tidak seperti kebanyakan diet yang tidak menggalakkan pengambilan nasi, Nurain tetap mengambilnya tetapi dalam kadar yang sesuai dengan kalori harian atau menggantikan dngan kobis bunga atau roti.
“Saya tidak menjauhi nasi kerana nasi merupakan makanan kegemaran saya. Setelah saya lebih fahami kesan karbohidrat kompleks terhadap aras gula dan insulin dalam badan serta kesannya pada pembakaran lemak, saya cuba mengurangkan pengambilan karbohidrat kompleks secara berkala. Biasanya saya akan makan sebanyak 3 kali sehari dan saya akan cuba untuk pastikan hanya 1 kali yang mengandungi karbo kompleks.
“Contoh minggu ini karbo pilihan saya ialah roti, jadi nasi gantikan dengan kobis bunga. Minggu hadapan saya akan memilih nasi, maka roti saya akan gantikan dengan kobis bunga,” kata Nurain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Banyak Cara Untuk Elak Vagina Terkoyak Ketika Bersalin. Yang Penting Dengar Arahan Doktor & Nurse
Ramai ibu hamil takut vagina akan terkoyak ketika melahirkan anak. Kalau diberi pilihan, memang tak nak ada insiden terkoyak. Berikut ada beberapa tip untuk elak vagina dari terkoyak ketika bersalin.
TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK MASA BERSALIN
1. Jangan lar panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK
2. Amalkan senaman Kegel: Kemutkan otot pelvis/vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung
3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yang anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.
4. Meneran dengan cara yang betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit
5. Jangan meneran awal jika belum tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.
6. Pastikan posisi yang betul ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Macam nak tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari
7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh keluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa dan raga mcm tertelan microfon
Yee, memang saya tak pernah bersalin dan tak rasa sakit bersalin. Pelbagai karenah manusia saya dah jumpa sepanjang masa saya bekerja mengendalikan kes-kes bersalin tak mengira kes berisiko rendah atau tinggi, benda sebegini perlu dimaklumkan supaya pesakit membuat persediaan fizikal dan mental.
Sumber: Facebook Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & kehamilan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI