Dalam Pantang Pun Nak Makan Sedap. Resipi Ayam Kurma Tanpa Santan, Tak Pedas Tak Berlemak!

Share

Ramai yang sangka masak lauk pantang ni kerja mudah kan? Tapi sebenarnya tak semudah itu. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan supaya lauk yang dimakan oleh ibu berpantang tidak mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan ibu.

Pasti ramai yang suka makan ayam kurma ini bukan? Auranya memang boleh buat bertambah nasi berkali-kali, memang menyelerakan! Kebiasaannya jika nak masak ayam kurma ini perlukan penggunaan santan. Tapi ada juga resepi ayam kurma tanpa guna santan dan hidangan ini sangat sesuai untuk ibu berpantang.

Jom lihat resepi ayam kurma tanpa santan yang dikongsikan oleh Nurasykin Ali di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.

RESEPI AYAM KURMA TANPA SANTAN

Sumber foto: Facebook Nurasykin Ali

Hari ni kak ekin masak Kurma Ayam Tanpa Santan. Teringat waktu pantang dulu, makcik yang datang urut tu masakkan kak ekin lauk begini.
Kurma Ayam ni sesuai makan untuk ibu dalam pantang sebab tak pedas dan tak berlemak.
Dan yg penting, masak 1 lauk je cukup. Anak dan suami pun bole makan sekali sebab sedap hehe..

Ni kak ekin share resepi

Bahan – bahan:

• Ayam kampung atau organik 1/2 ekor
• Rempah kurma adabi (1 pek kecik)
• 4 sekawan :
• 3 biji pelaga
• 1 btg kayu manis
• 1 bunga lawang
• 2 cengkih
• Tumbuk :
• Bawang merah 3 biji
• Bawang putih 3 ulas
• Halia 1 inci
• Daun kari 1-2 tangkai
• Asam Jawa xtra 1/2 sudu kecik
• Hiasan Opsyenal ;
• Ubi kentang 1 biji (potong 6)
• Tomato (potong 6)
• Cili merah (1 tangkai)
• Bawang besar ( Belah 4)

Cara – cara:

1. Masukkan minyak 3 sudu. Tumis 4 sekawan sampai wangi. Kemudian masuk bahan ditumbuk dan daun kari. Tumis lagi sampai wangi.
2. Kecikkan api. Masukkan rempah kacau jangan bagi hangit. Masuk kan ayam. Kalau kering sangat tambah air sikit.
3. Kacau2 sampai ayam kecut. Masukkan air 1 cawan. Letak asam jawa.
4. Letak kentang. Tutup periuk biar ayam rempah dan kentang semua direnih dengan api sederhana.
5. Dah mendidih, nampak semua sebati sedap. Boleh perasakan garam & gula sikit je. Bole kalau nk tambah kiub ayam sikit.
6. Letak bawang besar supaya kuah rasa manis. Letak tomato dan cili merah besarkan api. Dah mendidih boleh tutup.
7. Selamat mencuba!

Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.

JOM DAFTAR SEGERA DI https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-baby-merangkak-

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
SRM