“Dalam Peti Biar Ada Buah”. Ibu Ini Kongsi Caranya Disiplinkan Anak Tak Makan Jajan

Share

Boleh dikatakan setiap rumah pasti akan ada stok makanan ringan untuk anak-anak. Orang kata makanan ni untuk waktu kecemasan bila anak-anak lapar. Bagaimanapun, jika ibu ayah tak kawal pengambilannya dari awal ia boleh buat anak ketagih.

Seperti perkongsian seorang ibu, Puan  Intan Nornie Sheika, konsep makanan rapu adalah sebagai kudapan. Tapi disebabkan makanan ini diambil untuk isi perut, inilah yang menyebabkan ketagihan. Kenapa ketagihan? Kerana bahan di dalamnya.

Jadi macam mana nak buat kalau anak memang tak nak makan (realfood/makanan bernutrisi) sebab sukakan junkfood?

ARTIKEL MENARIK [Ada Anak Perempuan Sahaja? Buatlah Hibah Harta. Tiada Pewaris Anak Lelaki Antara Golongan Kritikal]

HENTIKAN TERUS SUPPLY JUNKFOOD. Jangan bagi langsung wujud junkfood dirumah mahupun diluar.

Penuhkan peti ais kita dengan buah-buahan. Sentiasa ada masakan di meja makan (realfood). Jadi kita kekalkan konsep kudapan. Yang berbeza ialah makanan apa jadi kudapan.

Kalau anak mogok lapar hingga tak dapat zat yang baik? Manusia normal akan cari makanan sebagai survival hidup. Beliau takkan biar dirinya mati kelaparan. Mereka akan makan buah-buah dalam peti tu, percayalah.

https://www.youtube.com/watch?v=mqQ-Gx9JC84

Lauk yang kita masak harian tu akan jadi survival food untuk anak-anak yang baru nak belajar tukar ‘healthy eating habit’.

Jadi ibu percayalah, jika anak mengamuk sekalipun, lama-kelamaan anak akan makan juga makana sihat jika kita terus disiplin dan tegas dengan mereka.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Rahsia Anak Dengar Kata, Lepas Wuduk Sapu Lebihan Air Pada Muka & Kepala Anak]

Mungkin awalnya susah tapi lama-kelamaan anak akan dapat kembali pada pemakanan sihat. Tak terlambat lagi untuk mulakan dari sekarang!

Sumber: Intan Nornie Sheika

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy