Siapa sangka, bayi perempuan yang kelihatan sihat sepenuhnya di dalam Rahim ibu dilahirkan tanpa keempat-empat anggota badan. Kes ini mengejutkan doktor yang merawat.
Doktor Madhya Pradesh, di India terkejut setelah melihat seorang bayi perempuan yang dilahirkan di kampung Sakla, Sironj Tehsil, Vidisha dilahirkan dengan kelainan yang jarang berlaku sehingga bayi tersebut tidak boleh bergerak.
Ads
Keadaan atau kes yang jarang berlaku dikenali sebagai autosomal recessive congenital disorder, atau Tetra-Amelia, dan dicirikan sebagai ketiadaan keempat-empat anggota badan.
Dalam gambar yang diambil, bayi itu dibungkus dengan selimut di sebelah ibunya, hanya kepala dan batang tubuh yang dapat dilihat. Gambar kedua menunjukkan bayi di sebelah ibunya sedang tidur, dan sekali lagi, anak itu dapat dilihat tanpa lengan atau kakinya.
Ads
Sindrom Tetra-Amelia adalah gangguan genetik yang disebabkan oleh mutasi pada gen WNT3 dan ianya sangat jarang berlaku.
Sindrom ini menyerang satu daripada 100,000 bayi baru lahir dan Dr Prabhakar Tiwari, pakar pediatrik di Bhopal CMHO, mengatakan ini adalah kes pertama yang pernah dia lihat.
Ads
Dalam banyak kes, paru-paru bayi kurang berkembang dan menjadikan bayi sukar. Bayi akan dibawa untuk penilaian lebih lanjut untuk memeriksa sama ada organ dalamannya telah berkembang seperti biasa.
Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya semua rakyat lebih bersedia.
Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.
Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya.
Please stay calm and don’t panic. Eventhough we have extended the Movement Control Order, you don’t have to unnecessarily stock up on food because the supply is sufficient. I assure you that food is enough for everybody.
I know you feel burdened but I don’t have a choice. I have to extend the Movement Control Order for your own safety.
Selain itu, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan buat pengumuman mengenainya. Yang
penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.
Saya juga telah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluanasas anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Yang penting semua keperluan asas mestilah sentisa tersedia dan mencukupi.
Ini termasuk bekalan makanan, elektrik dan air, perkhidmatan kutipan sampah dan pembentungan, kemudahan komunikasi dan logistik serta keselamatan dan ketenteraman awam.
Saya juga tahu bahawa dalam keadaan ini, ramai pihak yang memerlukan sokongan dan bantuan. Semalam saya telah umumkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi yang sukar ini.
Hari ini, satu lagi inisiatif iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat telah saya umumkan.
InsyaAllah, pada hari Jumaat nanti saya akan umumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh. Pegawai-pegawai saya di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus lumus menyediakan satu pakej rangsangan ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada semua.
Sama ada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. InsyaAllah, no one will be left behind.
Selain itu, saya juga berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri turut memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu para asnaf yang saya percaya sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini. Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat.
Saya sedar, sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan saudara-saudari. Ini amanah yang saya pikul. Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah SWT kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini.
Kepada petugas-petugas di barisan hadapan, saya doakan saudara-saudari terus cekal. Situasi yang dihadapi oleh saudara-saudari bukan mudah.
Saya tahu para doktor, jururawat dan kakitangan hospital amat keletihan pada masa ini. Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya memberikan sedikit masa untuk petugas-petugas kesihatan kita mengambil cuti rehat secara berperingkat sebelum mereka kembali bertugas semula. Sementara itu, tenaga sukarela dari kalangan doktor dan jururawat swasta dan badan-badan sukarela akan digerakkan untuk mengambil alih tugas mereka buat sementara waktu.
Begitu juga kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di lapangan. Jaga kesihatan anda dan terus cekal berkhidmat untuk negara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dua kanak-kanak berusia setahun dan dua tahun yang terperangkap di dalam kereta berjaya diselamatkan selepas ibunya menenangkan mereka dengan membuka video animasi kartun dari telefon sebelum pihak bomba bertindak membuka pintu kereta.
Ditinggalkan sendirian di dalam kereta
Kejadian jam 3.10 petang ini, kedua-dua kanak-kanak itu ditinggalkan sendirian dalam kereta oleh ibunya yang juga seorang jururawat dalam kereta itu di kawasan Jalan Langgar, Alor Setar kerana mempunyai urusan dengan rakannya.
Bagaimanapun sebaik kembali semula ke kereta, wanita berusia 26 tahun itu mendapati kereta Honda City itu terkunci dari dalam dan dua anaknya terperangkap dalam kereta berkenaan sebelum menghubungi pasukan bomba meminta bantuan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nozlan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.19 petang dan tiba di lokasi jam 3.23 petang.
Beliau berkata, operasi disertai lima anggota, dua anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan seorang anggota Unit motosikal RIM tiba di lokasi dan mendapati dua beradik itu masih dalam kereta berkenaan.
Dengan bantuan ibunya
“Ketika itu kanak-kanak itu sedang menangis dan saya mengarahkan orang ramai supaya menjauhi kawasan itu bagi mengelakkan mereka takut kerana kami dimaklumkan yang mereka sudah terperangkap hampir 15 minit.
“Dengan bantuan ibunya, kami berjaya membuka pintu kereta itu dengan menggunakan peralatan window airbag dan bar untuk membuka pintu yang terkunci itu,” katanya.
Berjaya dikeluarkan
Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada ibu mereka dan operasi tamat pada jam 3.38 petang
Pemergian insan yang paling rapat pasti akan dirasai apatah lagi setiap apa yang dilakukan sebelum ini selalunya akan mendapat nasihat dan rujukan terlebih dahulu. Tapi janji Allah itu pasti, apabila Ustaz MK Azman akui kehilangan ‘guru’ yang paling rapat iaitu arwah isteri, Ustazah Shadiya Abbas cukup terkesan buatnya sekeluarga.
Meninggalkan tiga cahaya mata yang masih perlukan belaian seorang ibu bukan sesuatu yang mudah. Namun hidup perlu diteruskan dan hanya doa sebagai pengubat rindu buat arwah di sana.
Menerusi coretan hati Ustaz MK Azman ramai yang bertanyakannya kenapa dia menganggap arwah Ustazah Shadiya sebagai gurunya selama ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu apa istimewanya arwah, namun apa yang diluahkan oleh Ustaz MK Azman ini benar-benar mengambarkan betapa hebatnya keperibadian Ustazah Shadiya.
DIA GURUKU
Ada anak-anak murid arwah whatsapp bertanya kepada saya kenapa saya menggelar Ustazah Shadiya Abbas sebagai guru.. Saya akui dia sebagai guru saya kerana:
1️⃣ Saya merujuk dahulu pada beliau apa yang perlu saya ajarkan pada jemaah masjid atau surau sebelum saya menyampai kuliah atau ceramah. Dia yang ajarkan cara penyampaian dan pengkritik tetap saya dalam aspek penyampaian ilmu agama.
2️⃣Dia guru saya sebab dia mempunyai khazanah doa-doa yang ma’thur. Dia hafal banyak doa dan dia amalkan. Seringkali dia akan ajarkan saya dan ingatkan saya supaya amal. Bukan saja pada saya, juga pada anak-anak. Sebab tu biasa penutup kuliahnya dia akan ajarkan doa-doa kepada jemaah untuk diamalkan.
3️⃣Dia guru saya sebab penyampaiannya sentiasa segar walaupun pada waktu petang. Dia akan turun bersama-sama saya ataupun berseorangan untuk mengajar penghuni-penghuni Pusat Bina Diri JKM Sungai Buloh. Dia bersemangat untuk mengajar walaupun tanpa bayaran kerana baginya adalah amal jariah. Jika saya datang berseorangan ke sana, pasti ada ibu-ibu di sana bertanyakan tentang Ustazah Shadiya. Ramai yang menyatakan rasa rindu. Kata mereka ustazah mengajar best.. Allahu.. Aku yakin mereka belum tahu ustazah yang menjadi kerinduan mereka sudah tiada.
4️⃣Orang kuat Emkays Future Training & Consultancy yang saya tubuhkan adalah Ustazah. Dialah yang kerap menyampaikan ilmu biar pun dia keletihan. Ada sahaja perkara yang dia nak kongsikan. Tiada lagi guru, mungkin tiada lagi… 😢😢😢
5️⃣Dia guru yang sering menegur salah silap saya sama ada sikap, perasaan dan ibadah saya. Naik kenderaan pasti dia akan ingatkan saya dan anak-anak baca doa.. Malah malam terakhir saya bersama beliau ke hospital pun dia sempat berpesan supaya baca doa. Saya sakit, dia ajarkan doa untuk saya baca dan amalkan. Alhamdulillah mustajab doa yang dibaca.
Sebab itulah saya menggelar dia sebagai GURU. Nanti anak muridmu ini akan menyusul bersamamu wahai GURUKU.