Banyak yang tanya soalan pasal rumah tangga, dan ada yang meluahkan perasaan sebab tak tahu nak luah kat siapa. Nak luah kat pasangan nanti lain pula jadinya.
Memang manusia perlu meluahkan apa yang terbuku dalam hati, kalau disimpan lama-lama nanti membuku dan membeku, klimaksnya nanti boleh diserang depresi, anxiety, dan seangkatan dengannya.
Sepatutnya, pasangan hidup kita itulah kaunselor peribadi kita. Antara maksud perkahwinan adalah sakinah. Sakinah tu rasa tenang sebab ada tempat meluah isi hati. Malang sekali kalau ada suami, ada isteri tapi tak ada Sakinah.
Nabi SAW selalu sharing apa yang Baginda hadapi dengan Saidatina Khadijah r.ha, lalu Saidatina Khadijah r.ha lah yang memberi semangat pada suaminya yang mulia. Begitu juga sebaliknya, Nabi SAW adalah kaunselor hebat pada isterinya.
Kalau suami atau isteri kita bukan kaunselor peribadi kita, tak perlu susah hati, kita kan ada Allah tempat kita meluahkan isi hati!
Luah pada DIA, DIA boleh selesaikan ujian kita, bukan itu je, hati pun makin tenang dan bahagia!
Manfaat Yang Diterima Jika Suami Isteri Solat Jemaah Bersama
Harmoninya sebuah rumah tangga jika pasangan mempunyai rasa kasih sayang dan persefahaman yang baik. Ikatan yang dibina dari sebuah akad bukan perkara mudah untuk dijaga, tapi ia boleh didik dengan secara satu persatu.
Cara didikan hati yang paling baik sekali ialah dengan sang suami dan isteri ikhtiar untuk menjadikan solat jemaah sebagai rutin harian. Kalau tidak sempat untuk berjemaah lima solat waktu sekalipun, cuba ambil pada solat Maghrib atau Isyak. Mungkin secara zahirnya anda tidak nampak manfaat yang diterima, tapi percayalah ia tersemat didalam hati dan jiwa anda dan pasangan.
Ads
Suami isteri yang solat berjemaah secara perlahan-lahan akan menikmat suasana rumah tangga yang harmoni dan…
Kemesraan
Jalinan yang dibina melalui solat bersama ialah kemesraan selepas solat. Secara tidak langsung anda dan suami saling bersalaman dan memohon ampun antara satu sama lain. Hati juga sentiasa sejuk dan jauh dari segala anasir bisikan syaitan.
Ads
Jalan ke syurga buat suami dan isteri
Bila anda berjemaah, sekaligus anda bersama-sama membina jambatan ke syurga. Yakin kepada Allah memberi pahala buat anda berdua. Dari hadis Rasulullah SAW mengatakan bahawa sembahyang berjemaah akan mendapat 27 darjat dari sembahyang bersendirian.
Saling menghormati
Kekalkan rasa saling hormat-menghormati yakni si isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Ini sebab si suami menjadi imam (ketua) ketika dalam solat dan berdoa juga diaminkan oleh si isteri. Bersama dalam menuntut keberkatan membuat ibadah, barulah menjadi.
Selepas viral mengenai anak tetamu yang datang beraya dan berkelakuan tidak sepatutnya, pelbagai komen yang tak puas hati dilontarkan oleh kebanyakan individu di media sosial.
Sebenarnya nak menyalahkan anak-anak kecil pun tak boleh juga sebab kadang kala mereka mungkin tak sedar apa yang dibuat dan anggap semua itu perkara yang menyeronokkan. Sebab itu peranan ibu bapa perlu dengan mengajar anak dari awal dan bukanlah bila anak 4 atau 5 tahun baru nak larang itu tak boleh, ini tak boleh.
Bila dalam situasi ini, ibu bapa kena tahu apa yang sepatutnya dilakukan supaya anak faham adab bila di rumah orang atau semasa berada di khalayak ramai. Mungkin boleh mula ajarkan anak peraturan dan adab masa di rumah lagi dan bila berdepan dengan orang luar, anak-anak dah faham peraturan dan boleh bawa diri.
Melalui perkongsian dari seorang bapa, Abdul Muiez Ruslee dia memberikan pendapatnya bagaimana caranya dan isteri menguruskan hal ini.
Sehari dua ini kecoh cerita pasal kanak-kanak dan open house. Apa yang saya lihat, baik sebagai tuan rumah mahupun tetamu, semuanya berkait dengan adab.
Meh saya kongsikan bagaimana cara saya dan isteri menguruskan hal ini.
– Sebagai tuan rumah.
Sebarang barangan yang boleh mencetus keterujaan kanak-kanak, saya akan simpan dalam bilik. Antaranya, penapis udara Korea hutang 7 tahun, gajet seperti speaker, VR Box dan segala mak nenek yang saya rasakan ‘berbahaya’, saya simpan elok-elok. Apa yang diletak di ruang tamu termasuk stok permainan Ultraman, Kamen Rider adalah sedia untuk dimain oleh mereka.
Pintu bilik utama saya kunci dan kuncinya saya simpan di tempat yang hanya kami anak-beranak sahaja yang tahu.
Permainan anak yang biasanya bersepah di ruang tamu, saya letakkan dalam bakul dan masukkan dalam bilik anak. Kalau nak main, mainlah dalam bilik tu. Sepah ke, tergolek ke, tunggang langgang ke, lantaklah. Sampai masa, saya minta anak-anak kemas semula.
Saya sediakan 2 kain buruk di ruang tamu. Mesti akan ada air yang tumpah. Tak da hal lah.
– Sebagai tetamu.
Dari rumah sampai ke lokasi open house, berbuih mulut saya hamburkan nasihat beserta ugutan kepada anak-anak supaya jaga tingkah laku.
Pernah sekali, saya simpan rotan dalam kereta. Bila tak puas hati dengan prestasi mereka di rumah orang, masuk je kereta, saya rotan tapak kaki. Sampai kena sound dengan seorang kawan, “aku anak 7, belum pernah letak rotan dalam kereta.”
Nampak anak buas sikit je, saya jegil biji mata. Kalau tak dengar kata, mulalah tangan saya bertukar menjadi ketam. Jalan terakhir, “kau siap bila masuk kereta nanti.” Biasanya bila dengar ayat tu, insyaAllah semua akan taat.
Bila nampak anak saya ambil barang orang yang tidak sepatutnya, terus saya minta dan letakkan semula di tempatnya.
Kalau anak nak buka penutup bekas kuih raya, cepat-cepat saya tolong bukakan. Kena pula set bekas kuih raya yang harganya setengah bulan gaji. Mati la kalau pecah.
Kalau dihidang air dalam cawan dan piring yang harganya RM100 sepasang, saya akan pastikan mereka minum dengan cermat. Yang murah pun cermat juga, tapi kalau yang mahal, berdabel-dabel siap sedianya. Ini antara apa yang saya dan isteri lakukan. Saya tak minta anda ikut dan mungkin juga tidak sesuai untuk anda.
Percayalah. Perkara berkaitan adab ini perlu kerjasama kedua-dua belah pihak.
Takkan asyik nak saling salah menyalahi.
“Kalau tak reti jaga anak, jangan bawa pergi open house.”
“Kalau tak nak barang kena kacau, tutup je pintu tu, jangan bagi orang masuk.”
Come on. Kalau itu sikap kita (ibu bapa yang ada anak buas dan tuan rumah yang takut barang dirosakkan) percayalah, sikit masa lagi, amalan ziarah menziarahi akan terus pupus.
Mendidik anak-anak bukan sahaja sekadar dengan perkataan tetapi juga dengan tindakan.
Membesarkan anak-anak yang aktif bukan mudah. Sama seperti pelakon cantik manis, Puteri Sarah Liyana yang turut berkongsi pengalaman membesarkan dua cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Tambahnya lagi, dia merasakan seperti mampu untuk menjaga anak-anak sendiri namun mengakui bukan mudah dan kadang kala terasa penat.
“Letih… siapa kata tak letih..”
“Sometimes kita rasa boleh tapi sometimes penat juga nak jaga 2 kids yang super active”
Puteri Sarah juga terpaksa menegur kelakuan anak-anak supaya anak-anak dapat menjadi insan yang berguna kelak.
“Kadang-kadang kena tegur dan marah anak untuk disiplinkan mereka sebab sarah taknak nanti bila besar anak-anak jadi tak elok”
“Sumayyah baru lepas cry after kena tegur dengan mama…”
“Abanglah pengubat hati adik, abanglah yang pujuk adik”
“Bila mama marah bukan mama tak sayang tapi mama nak bentuk peribadi & akhlak anak-anak dari kecil. I love u both more than i love myself”
Rata-rata warga maya bersetuju dengan luahan Puteri Sarah dan turut memberi pendapat masing-masing.
Ayden Mikael bayi yang mudah, bintang cilik Pujaan Hati Kanda mendapat perhatian ramai. Bakal muncul sebagai penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Mac 2019, Ayden memang pandai pose!
Bayi 9 bulan seorang bayi yang ceria & easy going. Sepanjang tempoh shooting tak ada masalah besar malah dia memberikan pose yang baik. Cuma kadang-kadang menangis kerana mahukan perhatian mommy, nak mommy ada disisi & mahu minum susu.
Sesi fotografi dengan anak kecil ini tidak menimbulkan masalah. Photoshooting bertemakan outdoor dengan daun kering, bunga-bungaan & khemah teepee nampaknya mendapat perhatian daripada bayi ini.
AYDEN BUKAN MAT BUNGA
Seperti bayi seusianya yang mudah tertarik dengan objek yang ada disekeliling, Ayden tertarik dengan daun-daun kering dan suka untuk mengutipnya masuk ke mulut. Tapi bila diberikan bunga, dia tidak suka memegangnya! Comel betul aksinya tu, bukan mat bunga ye!
DUDUK TEGAK DI KERUSI & MUDAH DIAGAH
Bayi berambut halus & lebat ini juga makin fokus bila lagu-lagu bayi dimainkan oleh jurufoto. Ayden boleh duduk tegak di kerusi sambil dipantau penyelaras. Mudah diagah dan memberikan pose yang comel!
FOKUS BILA DENGAR OST PUJAAN HATI KANDA
Bila ada masanya Ayden kurang fokus, mommy meminta kru memasang lagi soundtrack Pujaan Hati Kanda nyanyian Adira Suhaimi. Comelnya aksi Ayden ni tau!
SUKAKAN ORANG SEKELILING YANG PERWATAKAN LEMBUT
Memegang watak Iqy dalam drama itu, ramai yang terbayangkan aksi Ayden yang manja dengan mamanya Tiara lakonan Mira Filzah. Ayden sukakan orang sekeliling yang berpewatakan lembut dan sensitif kepada keadaan bunyi sekeliling yang kuat.
SANA SINI DISEKAT PARA PEMINAT
Sepanjang jalan semasa berangkat pulang, Ayden disekat para peminat yang ingin bergambar. Malah semasa waktu makan tengah hari sebelum itu pun ramai yang meminta izin ingin bergambar dengan Ayden!
Kepada para peminat Ayden, jangan lupa dapatkan Pa&Ma keluaran Mac 2019 nanti ye!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.