Dalam Rumah Tangga, Ada Masalah Mengadu Pada-Nya. Ingat Allah, Allah Ingat Kita

Share

Banyak yang tanya soalan pasal rumah tangga, dan ada yang meluahkan perasaan sebab tak tahu nak luah kat siapa. Nak luah kat pasangan nanti lain pula jadinya.

Memang manusia perlu meluahkan apa yang terbuku dalam hati, kalau disimpan lama-lama nanti membuku dan membeku, klimaksnya nanti boleh diserang depresi, anxiety, dan seangkatan dengannya.

Sepatutnya, pasangan hidup kita itulah kaunselor peribadi kita. Antara maksud perkahwinan adalah sakinah. Sakinah tu rasa tenang sebab ada tempat meluah isi hati. Malang sekali kalau ada suami, ada isteri tapi tak ada Sakinah.

Nabi SAW selalu sharing apa yang Baginda hadapi dengan Saidatina Khadijah r.ha, lalu Saidatina Khadijah r.ha lah yang memberi semangat pada suaminya yang mulia. Begitu juga sebaliknya, Nabi SAW adalah kaunselor hebat pada isterinya.

Kalau suami atau isteri kita bukan kaunselor peribadi kita, tak perlu susah hati, kita kan ada Allah tempat kita meluahkan isi hati!

Luah pada DIA, DIA boleh selesaikan ujian kita, bukan itu je, hati pun makin tenang dan bahagia!

______________________________________________________________________

Manfaat Yang Diterima Jika Suami Isteri Solat Jemaah Bersama

Harmoninya sebuah rumah tangga jika pasangan mempunyai rasa kasih sayang dan persefahaman yang baik. Ikatan yang dibina dari sebuah akad bukan perkara mudah untuk dijaga, tapi ia boleh didik dengan secara satu persatu.

Cara didikan hati yang paling baik sekali ialah dengan sang suami dan isteri ikhtiar untuk menjadikan solat jemaah sebagai rutin harian. Kalau tidak sempat untuk berjemaah lima solat waktu sekalipun, cuba ambil pada solat Maghrib atau Isyak. Mungkin secara zahirnya anda tidak nampak manfaat yang diterima, tapi percayalah ia tersemat didalam hati dan jiwa anda dan pasangan.

Suami isteri yang solat berjemaah secara perlahan-lahan akan menikmat suasana rumah tangga yang harmoni dan…

Kemesraan

Jalinan yang dibina melalui solat bersama ialah kemesraan selepas solat. Secara tidak langsung anda dan suami saling bersalaman dan memohon ampun antara satu sama lain. Hati juga sentiasa sejuk dan jauh dari segala anasir bisikan syaitan.

Jalan ke syurga buat suami dan isteri

Bila anda berjemaah, sekaligus anda bersama-sama membina jambatan ke syurga. Yakin kepada Allah memberi pahala buat anda berdua. Dari hadis Rasulullah SAW mengatakan bahawa sembahyang berjemaah akan mendapat 27 darjat dari sembahyang bersendirian.

Saling menghormati

Kekalkan rasa saling hormat-menghormati yakni si isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Ini sebab si suami menjadi imam (ketua) ketika dalam solat dan berdoa juga diaminkan oleh si isteri. Bersama dalam menuntut keberkatan membuat ibadah, barulah menjadi.

Sumber: Hassan Adli & Wanista

Published by
Wan Amy