
Zalim juga bermaksud tidak meletakkan benda pada tempatnya.
Bersabar dengan fe’el anak akan timbul, bila kita memahami bahawa manusia ini melalui fasa di dalam perkembangannya.
Anak kecil akan melalui pelbagai fasa sebelum dia menjadi manusia yang memahami tanggungjawab dan berakhlak mulia.
Maka bila kita faham, kita menjadi ibu bapa atau orang dewasa yang lebih sabar kerana kita memahami pada usia 1 tahun contohnya, anak akan suka mencampak barang ke bawah atau mencampak barang.
Maka, tidaklah kita zalim menuduh anak kawan yang baru 1 tahun itu tidak berakhlak baik di meja makan kerana dia mencampak sudu dan makanan ke lantai.
Bila kita faham anak yang 1- 2 tahun, akan melalui fasa mengamuk kerana mula mempamerkan kehendaknya – individuating. Mungkin bila dia tidak dapat barang yang dikehendakinya dia akan memukul atau menendang. Kerana dia mahu menegaskan kekecewaannya dan mahu orang sedar dia wujud dan dia ada kehendak.
Bila ibu bapa, datuk nenek dan orang dewasa faham perkara-perkara penting ini, tidaklah kita menjadi zalim. Tidaklah ‘mulut’ itu cepat menuduh dan menghukum anak yang sekecil ini dengan tuduhan, “mak bapak tidak tahu mendidik”.
Atau ibu bapa sendiri, menjadi kecewa kerana menyangka anak itu mula berakhlak buruk.
SABAR akan datang bila kita ada ilmu.
Dan SABAR akan menjadi lagi kuat bila kita mempunyai skil.
Dan SABAR akan tersemat kuat bila kita menguatkan keyakinan dan menyemaikan mindset, anak kita boleh kita didik menjadi insan berguna dan berjasa kerana dia bukan anugerah yang telah rosak!
SABAR itu akan datang bila kita lebih FAHAM. Dan apa yang indahnya bila kita faham, kita boleh mendidik dengan lebih baik, tepat dan membahagiakan anak dan kita.
Bukankah SABAR itu sangat indah?
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
HP Memanjang Penyebab Pasangan Sentiasa Bermasam Muka. Lama-Lama Makan Hati!

Dalam setiap perhubungan rumah tangga, setiap pasangan pastinya inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina. Malah suami isteri harus bersikap terbuka dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan dengan positif.
Persefahaman dan sikap toleransi suami isteri penting dalam memastikan kerukunan rumah tangga. Bagaimanapun, dalam ikatan perkahwinan ini, ada beberapa perkara yang mungkin pasangan terleka sehingga menyebabkan rumah tangga sedikit goyah.
3 perkara yang mungkin dianggap remeh tapi merosakkan rumah tangga
1. Hadap phone memanjang
Gadget sebenarnya boleh menyebabkan ketagihan. Tambah lagi yang suka tengok video di phone. Tiktok, Insta, FB. Lepas habis satu, terus naik lg satu. Memang melekat jelah mata di phone.
Setkan rules bila boleh tengok phone. Dulu kami kerap bergaduh tentang phone. Yelah dah buat bisnes di phone kan. Sehinggalah kami bersetuju dengan rules:
No phone during driving
No phone for co-driver
No phone waktu makan dengan family
No phone bila spend masa dengan pasangan or anak2.
No phone when we are needed physically.
Contohnya pasangan tengah nak bercerita, or luah perasaan ke etc, janganlah dengar sambil hadap phone. That is so rude.
Or tengah sama-sama shopping, tapi sorang hadap phone memanjang. Lebih baik tak payah shopping sama-sama kan. Sometimes we may feel that aktiviti tu tak berkait dengan kita. Contoh tengah shopping ikan, ayam, sayur. Suami mungkin rasa lauk basah tu tak berkait dengan dia dan dia tak reti menyumbang pun dalam membuat pemilihan lauk, so lebih baik dia main phone je. Spesis orang macamni, lebih baik tak payah dijamu makan nanti. Selfish. Dia fikir isteri tu bibik dia ke?
2. Melengahkan solat
Solat awal waktu memang sangat bagus sebab melatih berdisiplin. Solat awal waktu juga menzahirkan kebergantungan kita kepada Allah. Kita nak cepat cepat buat perkara yang Allah suka, supaya Allah juga sentiasa memelihara hidup kita.
Cuba perhatikan kalau hidup keluarga kita porak peranda, mungkin disebabkan lalai dalam solat, lama tak baca quran, kurang tazkirah dan ta’lim dalam keluarga etc. Suami selaku ketua keluarga perlu memastikan seluruh ahli keluarga dekat kepada Tuhan. Hati yang sering mengingati Tuhan adalah hati yang lembut dan lunak. Hati yang jauh dari Tuhan akan selalu keras, degil dan memberontak.
3. Tidak jaga waktu tidur
Orang zaman dahulu, hidupnya tak banyak distraction/ gangguan. Jadi banyak masa dihabiskan bersama keluarga termasuklah tidur bersama. Zaman sekarang banyak distraction seperti phone, game, mamak dsb. Jadi ramai yang sebenarnya konon bersama keluarga tapi sebenarnya hanya jasad sahaja disitu.
Contoh begini. Isteri tidur jam 10pm. Suami main game sampai jam 2 pagi. Atau sama2 baring atas katil, tapi masing2 hadap phone berjam2 sehingga tertidur. Atau suami dah tidur jam 12pm, isteri browse Shopee sampai 4 pagi. Atau isteri tidur dengan bayi disatu bilik, suami tidur di sofa ruang tamu sebab taknak diganggu tangisan anak. Kononnya alasan kerja esok, maka kena cukup tidur.
Pasti akan ada hati yang terasa dan wujudnya communication breakdown. Padahal waktu sebelum tidur lah untuk suami isteri berkongsi cerita, meluah rasa eg kalau ada tak puas hati, meminta maaf dsb. Pillow talk kata orang. Hilang elemen ini akan menjadi punca keluarga mula berantakan.
Sekarang ni kes perceraian meningkat mendadak. Cuba fikir apa bezanya dulu dan kini. Mungkin 3 perkara diatas ini yang tidak dijaga.
Bolehlah audit keluarga semula, semoga keluarga kita menjadi safe and happy nest untuk semua ahli keluarga
Kredit: Maryam Aziz
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak 1 Tahun Suka Campak Barang, Mengamuk Bukan Sebab Kita Tak Pandai Didik! Meraka Dalam Fasa Individuating

Zalim juga bermaksud tidak meletakkan benda pada tempatnya. Bersabar dengan fe’el anak akan timbul, bila kita memahami bahawa manusia ini melalui fasa di dalam perkembangannya.
ADAKAH ANDA ZALIM TERHADAP ANAK?
Anak kecil akan melalui pelbagai fasa sebelum dia menjadi manusia yang memahami tanggungjawab dan berakhlak mulia.
Maka bila kita faham, kita menjadi ibu bapa atau orang dewasa yang lebih sabar kerana kita memahami pada usia 1 tahun contohnya, anak akan suka mencampak barang ke bawah atau mencampak barang.
Maka, tidaklah kita zalim menuduh anak kawan yang baru 1 tahun itu tidak berakhlak baik di meja makan kerana dia mencampak sudu dan makanan ke lantai.
Bila kita faham anak yang 1- 2 tahun, akan melalui fasa mengamuk kerana mula mempamerkan kehendaknya – individuating. Mungkin bila dia tidak dapat barang yang dikehendakinya dia akan memukul atau menendang. Kerana dia mahu menegaskan kekecewaannya dan mahu orang sedar dia wujud dan dia ada kehendak.
Bila ibu bapa, datuk nenek dan orang dewasa faham perkara-perkara penting ini, tidaklah kita menjadi zalim. Tidaklah ‘mulut’ itu cepat menuduh dan menghukum anak yang sekecil ini dengan tuduhan, “mak bapak tidak tahu mendidik”.
Atau ibu bapa sendiri, menjadi kecewa kerana menyangka anak itu mula berakhlak buruk.
SABAR akan datang bila kita ada ilmu.
Dan SABAR akan menjadi lagi kuat bila kita mempunyai skil. Dan SABAR akan tersemat kuat bila kita menguatkan keyakinan dan menyemaikan mindset, anak kita boleh kita didik menjadi insan berguna dan berjasa kerana dia bukan anugerah yang telah rosak!
SABAR itu akan datang bila kita lebih FAHAM. Dan apa yang indahnya bila kita faham, kita boleh mendidik dengan lebih baik, tepat dan membahagiakan anak dan kita.
Bukankah SABAR itu sangat indah?
Sumber: Ibu Rose
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suka Membantah, Kurang Tumpuan Antara Tanda Anak Menderita Gangguan Tingkah Laku!

Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri, kan? Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa. Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan.
Kebimbangan mengenai sikap anak
Sebagai ibu bapa, pastinya tertanya-tanya apakah perwatakan anak yang mungkin di luar batasan normal seorang kanak-kanak.
Tidak dinafikan pada tahap tertentu, anda perlu berdepan dengan tingkah laku anak yang mungkin mendatangkan masalah.
Pastinya cara anda bertindak balas terhadap sikap anak itu memainkan peranan utama. Pun begitu, terdapat beberapa perangai anak boleh dianggap sebagai petanda masalah yang lebih serius dan memerlukan bantuan profesional.
Fahami perangai anak
5 sikap anak berikut mungkin bermaksud mereka menderita gangguan tingkah laku atau didasari masalah tertentu.
Ia boleh digunakan untuk membantu anda mengenal pasti permasalahan anak, seterusnya membawa mereka untuk mendapatkan bantuan profesional bagi pencegahan awal.
#1. Membantah
Walaupun terdapat banyak penjelasan yang mendasari perangai anak ini, namun seringkali ia disebabkan gangguan tingkah laku seperti:
- Gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD)
- Gejala bertentangan dan bantahan (oppositional defiant disorder, ODD)
- Conduct disorder (CD)
Selalu tanda-tanda gangguan di atas sering bertindih kerana mempunyai gejala yang lebih kurang sama.
Namun, perwatakan anak yang suka membantah ini akan lebih terserlah pada anak dengan ODD dan CD.
Walau bagaimanapun tidak dinafikan, ia adalah perkara biasa untuk seorang anak menguji had kesabaran anda.
Jadi jika anak membantah permintaan anda, tawarkan sesuatu kepadanya, seperti, “Kalau Qila kemas mainan, kita boleh pergi berjalan di taman.”
Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengikutinya, berikan amaran yang diikuti dengan akibat. Paling penting, pastikan anda konsisten.
Jangan hari ini anda memarahi perangai mereka dan keesokan harinya, tiada sebarang hukuman jika anak mengulanginya.
#2. Kurang tumpuan
Antara sikap anak yang paling menguji kesabaran ibu ayah apabila mereka tidak memberikan fokus. Situasi ini seringkali berlaku jika mereka tidak berminat kepada sesuatu perkara itu.
Namun, sekiranya anda menyedari mereka sukar menumpukan perhatian atau kerap bertukar aktiviti tanpa menyelesaikannya, ia mungkin gejala ADHD.
Anak juga mungkin tampak impulsif – melakukan sesuatu dengan terpaksa dan terlalu aktif.
#3. Agresif secara fizikal
Bermula daripada tantrum hingga interaksi negatif dengan rakan sebaya lain, perangai anak yang agresif secara fizikal pastinya perlu ditangani segera.
Sebagai contoh, bagi anak dengan CD, perwatakan ini mungkin akan dikembangkan dengan mencederakan haiwan pula.
Secara keseluruhan, anak akan mungkin lebih terlibat dalam pengaduhan dan sukar mendengar kata.
#4. Menyalahkan individu lain
Apabila anak berkelakuan buruk, adakah mereka akan menyalahkan individu lain?
Secara umumnya, ia adalah sikap anak yang biasa untuk mengelak daripada mendapat masalah. Tetapi bagi anak yang mempunyai gangguan tingkah laku, perwatakan ini akan lebih ketara dan kerap dilakukan.
Anda akan melihat perangai anak yang secara berterusan tidak mahu menggalas tanggunjawab serta keengganan untuk menanggung kesalahan mereka sendiri.
#5. Tingkah laku antisosial
Jangan tersilap ya parents, sikap malu dan antisosial tidak sama. Biasanya kanak-kanak lelaki yang menghidap conduct disorder akan lebih cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial berbanding kanak-kanak perempuan.
Tingkah laku antisosial yang teruk pada fasa awal kanak-kanak akan membawa kepada diagnosis CD atau ODD.
Sebagai ibu bapa, anda juga akan melihat pelanggaran peraturan sosial, mengingkari autoriti dan mengabaikan individu lain.
Mengubah tingkah laku anak
Umumnya, seorang kanak-kanak cenderung meneruskan tingkah laku yang sama apabila diberikan penghargaan dan menghentikannya apabila tidak diendahkan.
Konsistensi tindak balas anda terhadap perangai anak adalah penting.
Ini kerana jika anda pernah memberi pujian di atas sikap anak yang tertentu, tapi pada hari lain hukuman diberikan untuk tingkah laku yang sama, ia boleh menyebabkan mereka keliru.
Apabila anda menganggap tingkah laku anak sebagai keadaan yang mendatangkan masalah, tiga pilihan berikut boleh dilakukan:
Tentukan bahawa perwatakan tersebut tidak menjadi masalah kerana ia sesuai dengan usia dan tahap perkembangan anak
Cuba untuk menghentikan sikap tersebut sama ada dengan tidak mengendahkannya atau memberikan mereka hukuman tertentu yang bersesuaian
Memperkenalkan tingkah laku baharu yang anda sukai dan perkukuhkan dengan memberi penghargaan pada anak jika mereka mengikutinya
Bersabar dengan sikap anak
Masalah tingkah laku kanak-kanak dapat diatasi dengan strategi disiplin yang konsisten. Perlu diingat bahawa adalah perkara biasa bagi anak-anak membuat perangai sekali-sekala.
Ini merupakan satu proses perkembangan yang perlu dilalui oleh anak anda. Tetapi, jika masalah tingkah laku tidak bertindak balas terhadap strategi disiplin atau sikap anak mula menjejaskan pelajaran dan hubungan rakan sebaya, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI