Selepas berkongsi video dengan bayangan baby bump yang jelas di Instagramnya, pelakon Izreen Azminda tampil mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun berusia empat bulan.
Menerusi akaun Instagramnya, Izreen memaklumkan perkhabaran gembira itu kepada umum dengan berkongsi sekeping gambar bersama suami tersayang.
” Bismillahirrahmanirrahim. Dan Journey pun bermula,” tulisnya ringkas.
Namun dalam pada itu, menerusi tanda pagar, #4months yang dikongsikan Izreen pada entri itu turut mengesahkan lagi kehamilannya yang kini sudah pun memasuki usia empat bulan.
Malah Izreen juga turut memohon doa dari semua pengikutnya di Instagramnya untuk terus mendoakan agar perjalanan kehamilannya dipermudahkan. Begitu juga dengan kelahirannya kelak.
Ads
” Tiada apa yang dipinta hanya doa yang baik-baik dari semua.. #4months,” tulisnya lagi.
Terdahulu, melalui entri berlainan pada minggu lepas, Izreen tampil berkongsi satu video yang jelas penampakan baby bump nya. Namun semalam, Izreen tampil berkongsi khabar gembira ini kepada umum.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga pengikutnya tidak terkecuali mengucapkan tahniah di atas kehamilannya itu.
Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019. Dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia 2 tahun.
Melalui perkahwinan terdahulu, Izreen turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, manakala suaminya mempunyai dua orang cahaya mata bersama bekas isterinya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izreen.azminda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kecil lagi malah sejak berada di dalam kandungan lagi, anak sudah boleh dirangsang untuk menjadi lebih baik. Nak tahu apa tipnya?
Tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad wajib ibu ayah praktikkan sejak di dalam kandungan lagi. Cuba amalkan ni!
TIP UNTUK ANAK SIHAT DAN BIJAK SEJAK DALAM RAHIM
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahim. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil.
Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap.
Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.”
Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan.
Jadi pendidikan juga harus berumur sebaik saja bayi ditiupkan roh (mula bernyawa).
Apakah pendidikan yang harus diberikan pada tahap ini? Ibu dan ayah harus banyak berkomunikasi secara baik sesama sendiri dan bersama ‘anak dalam rahim’.
Pertama, ia harus dimulakan dengan pemberian nama yang baik untuk anak. Pemberian nama yang baik ibarat doa dari ibubapa. Nama yang baik (setelah mendapat nasihat dari ibubapa dan agamawan), harus difikirkan sebaik si ibu hamil. Pertimbangkan beberapa nama. Pilihlah yang sesuai.
Kedua, sering berkomunikasi dengan anak dengan bercakap-cakap sambil mengusap perut. Kata-kata yang baik, nada yang lembut disertai dengan perbuatan berkasih sayang, seperti gerakan mengusap akan memberikan isyarat bahawa ibubapa sangat menyayangi anak dalam rahim.
Gunakan bahasa yang indah, nada yang lembut dan usapan kasih sayang. Biar anak dalam rahim tahu ibubapa mereka menyayanginya.
Ketiga, bagi si ayah yang mungkin sibuk bekerja atau tidak berada di sisi ibu yang hamil, boleh cuba bercakap dengan anak dalam rahim juga.
Cuba bercakap melalui telefon dan si ibu merapatkan telefon tersebut dekat dengan abdomen. Biarkan seolah-olah si ayah berada di sisi dan bercakap dengan anaknya. Getaran suara si ayah akan sampai kepada anak dalam rahim.
Keempat, banyakkan mendengar bacaan Al-Quran. Sama ada dengan membaca sendiri atau mendengarnya dari siaran yang dirakam di komputer, radio atau di kereta. Ini akan memberikan ketenangan pada anak dan si ibu.
Si ayah juga boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika solat berjemaah dengan si ibu. Atau membaca bersama-sama dengan si ibu pada bila-bila masa.
Kelima, wujudkan suasana harmoni dalam keluarga. Jauhi pertengkaran. Kawal emosi ketika marah. Jangan naikkan nada suara jika keadaan tidak perlu.
Keenam, makan makanan yang bernutrisi. Makanan yang bernutrisi adalah makanan yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Ini akan membina kerangka otak yang sihat di samping mampu memahami pendidikan yang diberikan dengan lebih baik.
Jaga pemakanan waktu hamil Jadi dalam tempoh kehamilan, harus meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Pastikan dapat makanan yang ada karbohidrat kompleks (yang tidak berproses) seperti sayur-sayuran, protein yang sihat seperti ikan, daging, susu dan dapatkan juga minyak atau lemak sihat seperti avokado, minyak zaitun dan buah zaitun itu sendiri yang mengandungi antioksida yang banyak dan unsaturated fatty acid.
Cuba amal kekacang seperti buah badam, kacang kuda yang direbus, almond dan banyak lagi jenis kekacang sebagai makanan ringan untuk kudapan.
Elakkan makanan berproses yang banyak pewarna,perasa dan pengawet. Minum air secukupnya.
Jika mahukan sesuatu yang manis, dapatkannya secara segar dan natural seperti potongan buah-buahan, madu, gula kabong dan jus yang diperah segar.
Pastikan juga apa yang kita makan dan minum adalah sesuatu yang halal, toiyyib dan tidak membazir.
Minum air kosong secukupnya bagi meningkatkan daya tahan dan tahan. Air sangat penting untuk menjana tenaga yang banyak diperlukan.
Bila masuk pertengahan usia kehamilan, boleh ambil minyak zaitun, kurma atau delima bagi memudahkan proses kelahiran. Jangan lupa berdoa kerana Allah yang akan permudahkan segala urusan kita.
Setiap kehamilan mempunyai cabarannya. Setiap anak berlainan. Selebriti Raja Farah resah kandungan anak keduanya ini masih songsang pada usia kehamilan 8 bulan setengah serta air ketuban sedikit.
Ibu kepada Imran Iskandar ini juga mengalami diabetes ketika hamil atau gestational diabetes dan memaklumkan keadaan ini mungkin menjadi punca air ketubannya sedikit dan bayi tidak dapat berpusing.
Pengorbanan ibu ini sanggup meninggalkan makanan dan minuman manis untuk memastikan paras gula dalam darah terkawal. Perkara ini dimaklumkannya menerusi Instagram;
rajafarahraziz Assalammualaikum semua..Post ni sepatut nye nak buat Mlm smlm…but something else came up, so tergendala…ok here goes a little update on my pregnancy journey.. — 1st of all gender baby….Mm..ada jugak yg dah teka Farah pregnant baby apa on my previous post..but….tak de yg teka betul… ? Sbb this time *** ? InsyaAllah.
BATU DALAM HEMPEDU KETIKA BULAN KELIMA HAMIL
2nd of all nak story sikit pasal some conditions I have to face in this pregnancy…masa pregnant 5 months, Farah kena admit di ward sbb ada gallstones dlm gallbladder..ttg yg ni, Farah akan cerita pnjg lagi dlm 1 post khas nnt..InsyaAllah..Mm..selepas 4 hari di ward, semua makin Baik..sakit perut pun dah tak de smpi skrg…syukur sgt ??
MINGGU KE 33, BAYI MASIH SONGSANG
3rd of all kedudukan baby…masa pregnant 33 minggu lebih hari tu, baby masih belum pusing kepala kebawah…tapi tak de lah merisau kan, Sbb masih ada masa utk baby pusing….tapi….
Farah jadi risau balik, bila my gynae said, my amniotic fluid or air ketuban, tak cukup…dkt borderline je.
AIR KETUBAN SEDIKIT PUNCA BAYI SUSAH PUSING
Jadi kemungkinan….baby susah nak pusing sendiri, Sbb Air ketuban tak byk…
tapi Doctor tetap suruh pujuk baby utk pusing kan kepala kebawah..betul lah method tu…mmg bayi dlm rahim kita ni mendengar bila kita ckp dgn dia
PUJUK SUPAYA PUSING KE BAWAH
so Farah selalu pujuk baby supaya pusing kebawah…termasuk lah Abg dia Imran tu..everyday akan ckp “baby….shinggg”… ?? so base on my 35 weeks checkup, Alhamdulillah….baby dah pusing…! Sekali lagi syukur sgt… ??
AIR KETUBAN KURANG KERANA GULA TINGGI
Ttg Air ketuban pulak, so far belum ada good progress…masih di paras borderline…next check up will be next week pulak for 35 weeks pregnant…my gynae said, low amniotic fluid ni disbb kan gestational diabetes I had in this pregnancy..aih..! Mama suka mkn manis this time….tu yg Gula tinggi…akibat nye Air ketuban rendah…Doctor said antara, Air ketuban terlalu byk atau terlalu sikit bila Gula terlalu tinggi atau terlalu rendah..
NO MORE SWEET FOOD & DRINKS
So again Farah down sikit..no more sweet foods & drinks for me…seharian minum plain water je skrg ni….sungguh terseksa rasa…
? sbb tekak mmg nak benda2 manis…tapi kena fikir kan utk kebaikan baby…Mama kena berkorban demi baby Mama ni…InsyaAllah…pray for my strength yea everyone…to be continue….
Perubahan hormon, morning sickness dan keletihan semasa hamil adakalanya membuatkan ibu-ibu jarang bersiap semasa kandungan makin sarat.
Hanis Zalikha juga mungkin berhadapan situasi yang sama. Dalam entri Instagramnya, Hanis memuatnaik foto yang menampakkan baby bump.
Katanya kalau tidak bersiap untuk keluar, maka tiada foto yang dirakamkan pada kehamilan anak keduanya ini. Jadi dia cuba untuk mengabadikan foto di Instagram sebagai kenangan untuk tatapan anak yang bakal lahir nanti.
haniszalikha “Kalau tak keluar bersiap, memang takde gambar time pregnant ni ?
“Mommy tried sayang, so one day I can tell you, this was me when I was pregnant with you ❤️.
Hanis jarang memperlihatkan baby bump nya di Instagram membuatkan peminat teruja. Masing-masing memuji kecomelan baby bump milik selebriti ini dan menyatakan tidak sabar untuk menatap adik Yusuf Iskandar yang bakal lahir kelak.
Para peminat tidak ketinggalan meneka jantina bayi. Ada yang meneka lelaki dan ada pula yang mengatakan perempuan.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.