Selepas berkongsi video dengan bayangan baby bump yang jelas di Instagramnya, pelakon Izreen Azminda tampil mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun berusia empat bulan.
Menerusi akaun Instagramnya, Izreen memaklumkan perkhabaran gembira itu kepada umum dengan berkongsi sekeping gambar bersama suami tersayang.
” Bismillahirrahmanirrahim. Dan Journey pun bermula,” tulisnya ringkas.
Namun dalam pada itu, menerusi tanda pagar, #4months yang dikongsikan Izreen pada entri itu turut mengesahkan lagi kehamilannya yang kini sudah pun memasuki usia empat bulan.
Malah Izreen juga turut memohon doa dari semua pengikutnya di Instagramnya untuk terus mendoakan agar perjalanan kehamilannya dipermudahkan. Begitu juga dengan kelahirannya kelak.
” Tiada apa yang dipinta hanya doa yang baik-baik dari semua.. #4months,” tulisnya lagi.
Terdahulu, melalui entri berlainan pada minggu lepas, Izreen tampil berkongsi satu video yang jelas penampakan baby bump nya. Namun semalam, Izreen tampil berkongsi khabar gembira ini kepada umum.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga pengikutnya tidak terkecuali mengucapkan tahniah di atas kehamilannya itu.
Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019. Dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia 2 tahun.
Melalui perkahwinan terdahulu, Izreen turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, manakala suaminya mempunyai dua orang cahaya mata bersama bekas isterinya.
Artikel menarik :Sayang Yang Tidak Berpenghujung Buatmu Anakku, Sambut Hari Lahir ke-12, Erra Buat Kejutan Untuk Aleesya!
Pandainya Nak Suap Sendiri, Fatima Cukup Enam Bulan, Fazura Teruja Suapkan Anak Makan
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izreen.azminda