Perasan tak anak sulung selalu jadi mangsa kemarahan ibu bapa bila adik menangis. Cepat je mulut menyalahkan mereka dan kadang kala bila adik nak sesuatu kita akan suruh yang sulung mengalah.

Adakah kita sebagai ibu bapa memahami hati dan perasaan anak sulung? Ini yang perlu difikirkan. Tak semestinya apa yang terjadi dalam kalangan adik beradik, ibu bapa kena salahkan yang sulung.

Ini kerana jika mereka tak lakukan kesilapan tapi kita berterusan memarahinya, menjejaskan emosi dan mungkin meninggalkan kesan negatif untuk proses pembesarannya.

Dapat Adik, Anak Sulung Terpaksa Mengalah. Benarkah Begitu? Kalau Ya, Ini Nasihat Pakar

Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Pengasas Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar 

IKLAN

Dapat adik, anak sulung terpaksa mengalah. Benarkah begitu? Secara umumnya, ya, tetapi tidak semua begitu.

Sebagai ibubapa, kita seharusnya pandai menilai situasi dan tidak terlalu cepat meminta anak sulung mengalah hanya kerana dia lebih tua. Selain dari cuba membentuk sifat bertanggungjawab dalam diri anak sulung, kita juga seharusnya membentuk sikap dan akhlak anak yang lain juga.

IKLAN

Jika anak sulung seringkali disuruh mengalah setiap kali berlakunya konflik antara anak-anak, kita sebenarnya tidak membantu untuk membentuk karakter anak yang lain. Kita harus mendidik anak-anak untuk menguruskan konflik dengan penyelesaian masalah (problem solving) dan bukannya lari dari masalah.

Banyak faktor yang membentuk keperibadian anak-anak. Susun atur kelahiran (birth order) adalah salah satu daripadanya. Anak sulung selalunya mendapat perhatian 100% daripada ibu bapa kerana mereka tidak perlu ‘berkongsi’ perhatian selagi mereka belum ada adik. Perhatian ini membantu perkembangan emosi dan membentuk keperibadian mereka juga.

Selain itu jarak usia antara adik beradik, jantina, layanan dan harapan ibu bapa, persekitaran dan harapan masyarakat juga membentuk keperibadian seorang anak.

IKLAN

Dapat Adik, Anak Sulung Terpaksa Mengalah. Benarkah Begitu? Kalau Ya, Ini Nasihat Pakar

Kajian yang dibuat oleh Fakulti Pendidikan UKM dan diterbitkan dalam World Applied Sciences Journal pada tahun 2011 mendapati bahawa kualiti dan corak komunikasi antara ibubapa dan anak, dan juga agihan tugasan dalam keluarga oleh ibu bapa dapat mendidik anak-anak untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, tidak kira sama ada anak sulung, tengah ataupun bongsu.

Sumber: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI