Dapat Beli Emas RM2.5K Berkat Menabung RM1 Dari Awal Tahun, Akhir Tahun ‘Total’ RM3K!

Share

Emas sememangnya kegilaan para wanita kerana warnanya yang cantik dan nilai yang tinggi menjadikan ianya aksesori yang tak lapuk dek zaman. Emas juga dikira sebagai harta kecemasan kerana masih mempunyai nilai yang tinggi walaupun digadai tak hairanlah ramai yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan seutas gelang emas.

Baca: “Sempat Bantu Ibu Lain, Tukarkan Lampin Bayi-Bayi Di Wad Sementara Tunggu Bersalin” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Tempoh PKP

Sama seperti Puan Jessika ibu anak satu ini, keinginan untuk mendapatkan emas membuatkan dia nekad untuk menabung RM1 setiap hari bermula awal tahun lepas sehingga Januari tahun ini. Pa&Ma menghubungi Puan Jessica untuk mendapatkan maklumat lanjut. Ikuti perkongsian ini.

Saya mula simpan awal tahun lepas, dekat awal tahun ni baru saya pecahkan tabung. Tak perlu consistent pun jumlahnya, ada banyak not RM1 saya simpan banyak dalam 1 hari. Kalau hanya ada 1 keping not RM1 jadinya saya simpan sikit.

Sebagai contoh, kalau hari ini saya ada not RM1 sebanyak 20 keping jadi saya akan simpan kesemua 20 keping dalam 1 hari. Nak simpan duit perlukan disiplin yang tinggi walaupun RM1. Saya memang dah target nak beli emas jadi tak akan sentuh langsung duit tabung tu sampai cukup tarikh pecah tabung.

Awal januari setelah saya pecahkan tabung, hasil simpanan saya cecah RM3,000 Ribu. Syukur saya dapat beli emas dengan harga dalam RM2,500.

Saya mula menyimpan hanya guna tin nestum baby saya. Penutup tin tu saya gam dengan gam gajah supaya susah untuk dibuka. Kalau senang dibuka takut tak disiplin dan terguna duit simpanan tu. Ada juga niat nak korek tabung, dalam ada niat nak korek tabung tu tiba-tiba rasa terbantut sebab susah sangat nak buka penutup.

Kalau nak menyimpan dan rasa susah sangat, mulakan dengan RM1. Simpan duit RM1 tak terasa sangat macam simpan duit yang notnya besar-besar. Kalau not besar contohnya RM20, bila ada 2 keping dah jadi RM40. Bagi yang memerlukan, RM40 tu sangat besar jadi tak tersimpan. Mulakan dengan nilai yang kecil, lama kelamaan hasilnya sangat besar.

Baca: Laksam Hipster Resipi Simple, Warna-Warni Confirm Anak Makan Bertambah-Tambah

Masa nak pecahkan tabung untuk ambil hasil simpanan, saya minta pertolongan suami untuk pecahkan penutup tabung. Januari tahun lepas simpan, januari tahun ini buka. Dapatlah beli emas seperti yang saya idamkan.

Kredit: Jessika Lin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa