Luluh hati seorang ibu apabila bayinya yang baru di hantar ke rumah pengasuh telah pergi buat selama-lamanya. Bayi perempuan berusia empat bulan, Luna Aralyn Amar Ridhwan yang baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini petang 7 Disember.
Pengasuh beritahu muka anak biru
Ibu bayi berkenaan, Lilis Handayani Sukran, 24, berkata, dia sedih dengan pemergian anak tunggalnya yang baru dilahirkan akhir Julai lalu.
“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.
“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ, Seremban.
Belum dapat tahu punca kematian
Ads
Sementara itu, bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non, 32, berkata, buat masa ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan hasil bedah siasat hanya akan diperoleh dalam masa terdekat.
“Jenazah bayi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol selepas solat Zuhur hari ini,” katanya.
Keadaan lemah, tiada tindak balas
Ads
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.
Beliau berkata, sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya, Luna Aralyn, empat bulan, telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.
Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bapa saudara kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki didera ibu kandung dan rakan ‘tomboi’ di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang berharap hak penjagaan kanak-kanak itu diselesaikan segera.
Katanya, pihaknya bimbang jika hak penjagaan kanak-kanak itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini kerana kanak-kanak itu tidak mempunyai keluarga di sini.
Bapa saudara kanak-kanak tersebut (kiri) dan kesan deraan yang dipercayai dilakukan oleh ibu kandung dan rakan ‘tomboi’nya.
“Selama ini kita tidak tahu keadaannya di sini bagaimana, kesian apabila tahu. Jadi saya sangat harap pihak JKM boleh berikan hak penjagaan kepada waris, kita takut kalau JKM jaga dia di sini, dia seorang diri, keluarganya tiada.
“Dia (kanak-kanak itu) juga sudah tidak sabar hendak pulang ke kampung halaman,”
Bapa saudara yang merupakan abang kepada ibu kandung kanak-kanak itu turut memberitahu, keluarganya telah menjaga kanak-kanak itu serta kakaknya yang berusia sembilan tahun sejak ibu bapa mereka bercerai pada 2018.
“Lepas pasangan itu berpisah pada 2018, kami sekeluarga menjaga mereka sejak kecil lagi, kakaknya juga bersekolah seperti rakan sebaya lain. Kami juga sudah berbincang dengan bapa kandungnya, dia setuju untuk serah penjagaan kepada kami sekeluarga.
Sebelum Ini Si Ibu Pulangkan Anak Pada Keluarga Dengan Baik
“Sebelum ini tidak timbul sebarang isu semasa ibu kandung kanak-kanak itu ambil anak-anaknya dan bawa mereka berjalan-jalan, kerana dia pulangkan kembali dalam keadaan baik sahaja.
“Tetapi pada September tahun lalu, ibunya pinjam kerana hendak bawa berjalan ke Singapura. Namun pada Mac lalu, ibunya hanya menghantar anak perempuannya.
“Dia mendakwa adiknya iaitu mangsa dera gembira menetap di Johor dan dia sedia ambil tanggungjawab menjaganya dan menyekolahkan kanak-kanak itu di sini,” ujarnya.
Pernah Nak Buat Laporan Polis, Tapi Disebabkan Kanak-Kanak Itu Bersama Ibu Kandungnya Sendiri
“Kerana bimbang kami mahu buat laporan polis, namun tidak boleh kerana kanak-kanak itu sedang berasa dalam jagaan ibu kandungnya sendiri, jadi itu bukan satu kesalahan.
“Kami tahu dia sudah berpindah ke Johor Bahru, namun kami tidak mempunyai alamat kediamannya, tidak sangka pula mereka tinggal di Pasir Gudang,” .
Kanak-Kanak Yang Sangat Ceria & Positif
“Dia (kanak-kanak itu) sangat baik, dia ingat dia kena pukul sebab ada buat kesalahan. Kami sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku, tetapi memang sedih kerana kami jaga dia sejak kecil lagi,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang bersikap cakna dengan keadaan kanak-kanak tersebut.
Suami kepada Puan Khatijah, Mohamad Suhaimi meninggal dunia, selepas lori dipandu terbabit kemalangan dan terbakar ketika dalam perjalanan menghantar bekalan minyak ke Lumut, Perak.
Video arwah yang cuba memadam api yang merebak keseluruh badan di lebuhraya tersebut selepas kemalangan juga turut viral.
Menurut beliau, dia ingin meneruskan kehidupan seperti biasa dengan menjual kuih di sekitar rumah dan fokus membesarkan tiga anak serta bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.
Itu yang diharap Khatijah Abdul Karim, 36, selepas dia hilang tempat bergantung berikutan kematian suami, Mohamad Suhaimi Khamis, 38, dalam kemalangan ngeri di Kilometer 372 Lebuh raya Utara Selatan arah Utara dekat Slim River, semalam.
Wanita itu yang sarat mengandung tujuh bulan berkata, perlu terus kuat demi anak termasuk kembar, Mohd Ammar dan Mohd Amir, 9, dan Afikah, 8.
Katanya, dia sangat bersyukur apabila keluarga dan rakan terdekat tidak putus memberi sokongan dan semangat berikutan kejadian itu.
Buat masa ini Khatijah mengambil masa untuk memulihkan emosi dan akan menjual kuih seperti biasa selepas tenang.
“Selepas semua urusan selesai, saya akan menjalani rutin seperti biasa iaitu menjual kuih-muih di kawasan Taman Puchong Intan, Puchong bermula 12 tengahari hingga 6.30 petang.
“Ketika ini, itulah sahaja sumber rezeki saya dan anak-anak selepas ketiadaan suami,”
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada jam 8.30 malam semalam.
Perbelanjaan sekolah anak kita hari ini bukannya murah. Namun sebagai ibu bapa seboleh-bolehnya kita nak bagi kesempurnaan pada anak.
Disebabkan ini juga ada sesetengah ibu bapa rasa sedikit terbeban. Sekiranya kita bergaji besar tiada masalah tetapi bagi yang bersederhana dan anak ramai sedikit terasa.
Mungkin ini juga berita baik untuk golongan berpendapatan B40 apabila anda boleh memohon bantuan kewangan daripada YAPIEM sehingga maksimum RM500 bagi satu keluarga yang layak.
Apa tunggu lagi, cubalah memohon dan jika memang rezeki anda layak dapatlah menampung pembiayaan sekolah anak. Nak tahu apa menarik mengenai bantuan ini saudara Mohd Fariz ada kongsikannya.
BANTUAN PENDIDIKAN!!! CEPAT SHARE! NANTI PRINT DAN MOHON!
Bantuan Persekolahan YAPEIM untuk keluarga B40 pelajar sekolah menengah dan rendah. Maksima bantuan RM500 satu keluarga. Isi borang ini, hantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM berhampiran, hebahkan kt group lain yang tak tahu maklumat tu.
Senarai Semak Dokumen Sokongan
NOTA:
Bagi yang ada masalah untuk print borang ini cuba dapatkan borang dekat cawangan YAPIEM berdekatan ye.. Isi maklumat dan hantar ke YAPIEM berdekatan.
Sementara itu, menurut seorang ibu Puan Noor Haslina Hassan, dia juga telah pergi ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM mengambil borang tersebut.
Ambo g ambil doh borang bantuan pendidikan anok…photostat pon boleh jugok….moga2 ada rezeki anak…amiinnn…
Bantuan Persekolahan YAPEIM untuk keluarga B40 pelajar sekolah menengah dan rendah. Maksima bantuan RM500 satu keluarga. Isi borang ini, hantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM berhampiran. Borang maklumat mesti lengkap.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.