Pelakon Adam Corrie Lee, bersikap terbuka jika anak lelakinya, Adam Fateh Lee, yang baru berusia setahun mahu membabitkan diri dalam bidang lakonan apabila dewasa kelak.
Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, 51, berkata, keizinan itu bagaimanapun, diberi bersama syarat, anaknya perlu menghafal dan memahami isi kandungan al-Quran sebelum melangkah ke dunia glamor.
“Sebagai ayah, saya turutkan apa sahaja yang anak mahukan, asalkan membawa dirinya ke arah kebaikan. Begitu juga jika Fateh mahu terbabit dalam industri hiburan.
“Saya terbuka dalam perkara itu, tetapi dengan syarat, dia perlu menghafal dan memahami al-Quran dahulu,” katanya.
Tambah Adam, dia percaya, dengan pegangan agama yang kuat, setiap langkah dan tindakan Fateh akan dilakukan dengan penuh berhati-hati.
Malah, katanya, mendalami al-Quran juga dapat membantu rakan seperjuangan yang memerlukan bimbingan dan kefahaman mengenai Islam.
“Ilmu sangat penting dalam hidup, malah setiap kali berdepan dengan kemusykilan, kita dapat memberikan jawapan berlandaskan ajaran al-Quran.
“Ia secara tidak langsung, mengelakkan diri daripada terpengaruh perkara yang tidak baik. Ke mana sekalipun kita pergi, kita pasti akan berbalik kepada ajaran al-Quran jika diterapkan dengan asas agama yang kukuh,” katanya.
Adam mendirikan rumah tangga dengan Fazema Mohd Fuad, 37, pada 2008 dan dikurniakan Fateh pada 11 Julai tahun lalu.
Sementara itu, Adam berkata, dia dan isteri turut merancang untuk mendapat anak kedua, namun mereka perlu terlebih dahulu merujuk pandangan doktor.
“Ketika mengandungkan Fateh enam bulan, isteri mendapat darah tinggi dan kami hampir kehilangan anak sulung. Untuk zuriat seterusnya, jika kesihatan isteri baik dan doktor izinkan, kami akan cuba.
“Semua itu bergantung pada rezeki. Memiliki Fateh adalah nikmat yang tidak ternilai. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya doa kami mendapat zuriat dimakbulkan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Anak Ruam, Kena Pandai Pilih Lampin. Jangan Biar Sampai Penuh!
Selepas si kecil lahir, keselesaan dan keperluan mereka menjadi keutamaan bagi setiap mama papa. Antara barang penting yang mesti ada iaitu lampin pakai buang. Persoalan yang selalu bermain di kepala adakah lampin yang dipilih sesuai selesa buat si kecil? Orang kata kalau salah pilih lampin pakai buang boleh jadi punca anak kerap ruam.
Hendak membeli biarlah berbaloi dan anak selesa memakainya. Murah atau mahal, daya penyerapan dan corak menarik perlu diambil kira. Jangan sampai anak terseksa rasa basah sehingga kerap mengalami ruam dan alami kebocoran. Ini adalah antara punca si kecil tidak selesa & meragam.
SAIZ LAMPIN
Adalah penting bagi ibu bapa memilih lampin yang sesuai dengan saiz dan tahap perkembangan bayi anda. Anda boleh meneliti saiz lampin pakai buang dengan merujuk berat bayi yang tertera pada pek. Drypers Wee Wee Dry menawarkan lampin pakai buang berpelekat yang mudah disesuaikan dengan bayi anda dari baru lahir (Newborn) hingga XXL.
Apabila bayi mula aktif, bolehlah bertukar kepada lampin pakai buang jenis pants yang lebih mudah dipakaikan. Drypers Drypantz menawarkan pelbagai saiz dari S – XXL. Lebih menarik lagi Drypers Drypantz memberikan keselesaan pada setiap tahap perkembangan bayi dengan Fit yang direka khas sama ada LayDownFit, CrawlFit atau MoveFit.
KESELESAAN BAYI BILA LAMPIN DIPAKAI
Antara fokus dalam pemilihan lampin kepada si kecil ialah keselesaan. Pastikan ia lembut pada kulit bayi dan tidak mudah bocor.
Lampin yang bagus terjamin kualitinya dan tidak mudah bocor. Drypers Wee Wee Dry lampin pakai buang pertama dalam industri yang mempunyai ciri TummyFit Guide di mana mama papa boleh mengenalpasti dengan mudah pita pelekat dilekatkan pada posisi ideal atau bahagian “Best FIT.” Terdapat juga indikasi “Next Size” sebagai panduan anda menukarkan lampin bayi kepada saiz seterusnya yang lebih besar. Ini sangat baik bagi memastikan bayi sentiasa dalam keadaan selesa. Ciri ini memudahkan lagi pemakaian lampin terutamanya bagi ibu bapa kali pertama.
Corak yang ceria & disukai si kecil. Tidak dinafikan ramai ibu bapa mementingkan corak pada bahagian luar lampin yang cantik dan berkarakter.
Imej karakter comel seperti lampin Drypers Wee Wee Dry dengan Pinkfong Babyshark comel ini memudahkan proses menukar lampin malah ibu bapa juga boleh menggunakan sesi menukar lampin untuk bonding dengan anak.
PEMILIHAN LAMPIN YANG SESUAI DENGAN KUALITI & BAJET
Lampin boleh dikatakan keperluan asas yang diperlukan sepanjang tumbesaran si kecil. Pastikan anda membeli lampin yang kualiti sesuai dengan setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan. Lampin yang Fit bukan sahaja memberikan keselesaan malah menggalakkan pergerakan bebas yang memainkan peranan penting bagi tumbesaran dan perkembangan bayi.
Mudah sahaja menguruskan si kecil memakai Drypers Drypantz. Dengan adanya Easy Disposal Tape or Pita Lekat Dan Buang, ibu bapa hanya perlu mengoyakkan kedua-dua belah sisi tepi lampin, gulungkannya dan lekatkan dengan Pita Lekat Dan Buang yang sedia ada pada lampin dan buang ke dalam tong sampah. Senang pakai, senang buang!
Drypers juga memiliki Baby Club. Dengan setiap pembelian pek lampin Drypers ibu bapa boleh mendapatkan mata ganjaran dan menggunakannya untuk menebus hadiah istimewa dari Drypers Point Shop.
Ini adalah salah satu cara berbelanja yang berbaloi. Pembelian lampin yang menyediakan tawaran hadiah yang menarik jangan dilepaskan. Tambahan pula sekiranya hadiah tersebut comel dan praktikal digunakan.
Dapatkan lampin Drypers Wee Wee Dry Edisi Terhad Pink Fong Baby Shark dan mama papa berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah menarik yang praktikal untuk digunakan si manja. Sambil membeli lampin, anda boleh menjadi pengguna bijak dengan memastikan wang yang dibelanjakan berbaloi dengan mendapat hadiah percuma seperti Beg Cubic Edisi Terhad Pink Fong, Baju T Edisi Terhad Pink Fong, Set Peralatan Makanan Edisi Terhad Pink Fong serta Beg Lipat Pinkfong dengan setiap pembelian Drypers Drypantz dan Drypers Wee Wee Dry Edisi Terhad Pinkfong.
LAMPIN YANG PRAKTIKAL & MENYERAP
Hendak membeli lampin pakai buang untuk anak, pilih yang mampy menyerap dengan baik.
Pastikan ia tahan lasak, menyerap lebih banyak cecair, menawarkan kekeringan berpanjangan.
Drypers Wee Wee Dry dan Drypers Drypantz yang diperbaharui mempunyai daya penyerapan yang tinggi. ciri yang dicari-cari. Kedua-duanya mempunyai kuasa penyerapan selama 10 jam.
Setiap lapisan lembut teras mempunyai fungsi berbeza untuk membantu menyerap urin dengan pantas dan menyalur dengan urin dengan sekata. Bukan itu sahaja, ia mampu memerangkap dan mengunci urin dengan berkesan untuk mengelakkan kebocoran supaya kulit baby sentiasa rasa selesa dan kering.
Comelnya hadiah edisi terhad Pinkfong! Dapatkannya dengan setiap pembelian Drypers Wee Wee Dry dan Drypers Drypantz dalam masa terhad!
Beg, baju, dan produk penjagaan bayi bertemakan watak Baby Shark ini perlu anda direbut segera!
• Percuma Beg Cubic Edisi Terhad dengan setiap pembelian Drypers Wee Wee Dry pek Mega Kembar.
• Percuma Baju T edisi terhad Pink Fong Baby Shark juga boleh diperolehi si manja dengan setiap pembelian Drypers Wee Wee Dry pek Mega.
• Percuma Set Peralatan Makanan Edisi Terhad dengan setiap pembelian Drypers Drypantz pek Mega Kembar.
• Percuma Beg Lipat Pinkfong Baby Shark dengan setiap pembelian Drypers Drypantz pek Mega.
• Keseronokan tidak terhenti disini. Kumpulkan kesemua edisi terhad produk penjagaan bayi Pinkfong Baby Shark yang comel ini dengan pembelian Drypers edisi terhad Pinkfong Baby Shark, Head To Toe 750ml, Head To Toe Fruit 750ml, Head To Toe Avocado 750ml dan Baby Wipes 100s x 2 menjadikan masa mandi si kecil lebih seronok.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari 6 Bulan Dia Perhati & ‘Tiru’ Kita. Tunjuk Yang Baik-Baik, Elok Untuk Perkembangan Anak
Setiap ibu ayah pasti bersemangat dan teruja untuk memerhatikan perkembangan anak-anak kan? Sejak mereka dilahirkan sehingga ‘dapat kaki’, dah tentu kita seronok melihat pencapaian mereka. Sebenarnya, seawal usia bayi 6 bulan dah boleh tiru gerakan ibu ayah. Sebab itulah penting untuk kita sentiasa berikan galakan kepada anak ni
Menurut perkongsian Pn. Wan Nurul Syakira yang merupakan penulis keibubapaan, apabila bayi mencecah usia 6 bulan mereka dah boleh mengikut pergerakan orang terdekat asalkan diajar setiap hari.
Ikuti penjelasan lanjut ini;
BAYI 7 BULAN DAH BOLEH TIRU GERAKAN IBU AYAH ?
Info penting! Bayi dah berupaya tiru gesture kita seawal 6 bulan kalau diajar setiap hari. Umur 6 bulan ke atas dah ada keupayaan untuk tiru gesture mudah dan bunyi.
Apa gesture yang boleh diajar ?
✅ Bye bye
✅ Flying kiss
✅ Angguk kepala
✅ Geleng kepala
✅ Tadah tangan tanda nak
✅ Salam
✅ Menoleh bila dipanggil
Penting tau gesture ( gerak isyarat ) ini sebab ia asas untuk anak bercakap. Ini tip dari terapis perkembangan kanak-kanak tau! Nak bercakap, kena pandai meniru dan faham apa yang kita cakapkan dan isyaratkan. Yang penting, rangsangan kena diberikan pada anak. Selalu latih gesture dengan anak-anak.
Baca Juga:
Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai
Usia Baru 7 Tahun, Impian Arkan Bergelar Pilot Jadi Kenyataan. Memang Ada Bakat!
Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!
Pengalaman peribadi,
👉Biasanya saya selalu mulakan dengan bye bye. “Bye bye macam mana adik?” dan saya angkat tangannya ke atas dan ke bawah untuk bantuan fizikal dulu. Buat hari -hari.
👉 Saya juga selalu tanya, “Mana Maryam Sofiyyah?”, dan saya lanjutkan dengan sebut “Saya” sambil angkat tangan bayi 7 bulan saya.
👉 Bayi umur 6 bulan ke atas ni dah boleh kutip benda kan. Jadi, bila nak ambil sesuatu yang kurang elok dia pegang , saya selalu tadah tangan dan cakap “Ummi, nak” dan ambil perlahan. Tekankan perkataan nak tu.
Apa gesture pertama bayi anda ?
Anak-anak saya kebanyakannya gesture bye bye. Seronok betul bila mereka dapat tiru kita buat bye bye. Rasa excited betul bila latihan setiap hari berjaya. Alhamdulillah. Biiznillah.
Inilah antara aktiviti boleh dibuat dengan bayi. Ajar mereka gesture ketika mereka bermain. Ketika mereka mandi. Jangan ingat kita tak boleh buat aktiviti dengan bayi tau. Kerja mereka bukan tidur, bangun, menyusu dan buang air saja. Nak mudahkan mereka bercakap, buat rangsangan dari awal.
Sangat rugi kalau lepaskan masa berharga anak-anak untuk bantu perkembangan mereka. Biar perkembangan mereka normal dan on track untuk mudah di kemudian hari. Sepatutnya baby seawal 16 bulan bersamaan 1 tahun 4 bulan mesti at least dah boleh buat 16 jenis gesture. Jangan berlengah untuk ajarkan gesture pada seawal usia.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Bayi Tak Mahu Stok Susu Ibu Beku, Mama Jangan Give Up! Ikuti 5 Panduan Ini
Bayi tak mahu stok susu ibu beku yang dicairkan? Ini memang memeningkan mama sebab perlu sediakan susu bekalan segar untuk bekalan di taska atau rumah pengasuh. Apa nak buat?
Ada sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk dalam masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau yang membuatkan si manja menolak. Jom siasat puncanya.
Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, konsultan laktasi IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun perlulah dielakkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan khuatir akan memudaratkan kesihatan si manja. Ibu juga perlulah mengambil langkah memeriksa beberapa faktor berikut;
1)BEKAS PENYIMPANAN
- Pastikan susu disimpan dalam bekas penyimpanan susu perahan yang sesuai.
- Material terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang bebas bisphenol A.
- Plastik biasa tidak mampu mengekalkan nutrien dan bahan antibodi.
- Bertukarlah kepada plastik liner khas untuk susu perahan.
2)CARA KENDALIAN
- Jika anda pasti tidak akan menggunakan susu yang diperah dalam masa lima hingga lapan hari, maka terus bekukan selepas diperah.
- Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24 jam.
- Susu yang terdedah lama kepada suhu bilik yang panas memang akan lekas rosak.
- Rasa dahulu susu sebelum memberikannya kepada si manja kerana ia boleh mengurangkan penolakan.
- Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk untuk mengelakkan susu lekas masam. Kuantiti pek ais perlulah seimbang dengan saiz beg pendingin supaya susu kekal sejuk sebelum dipindahkan ke peti sejuk di rumah.
3)PERIKSA PETI SEJUK
- Suhu peti sejuk memainkan peranan penting dan perlu mengekalkan suhu 3° hingga 7°Celsius supaya susu tahan selama lapan hari.
- Periksa bahagian compressor kerana ia mungkin rosak dan menyebabkan suhu di dalam peti sejuk menjadi tinggi.
- Pastikan juga peti sejuk dan tempat pembeku anda tertutup rapat.
- Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan di dalamnya.
- Simpan di bahagian belakang peti sejuk, bukan di depan atau pada pintu.
- Elakkan daripada kerap membuka dengan lama kerana suhu dalamannya boleh meningkat.
4)KEBERSIHAN
- Jika susu berbau sabun, besar kemungkinan botol atau perkakas tidak dibersihkan dengan bersih.
- Mama juga disarankan untuk menggunakan pencuci botol gred makanan untuk membersihkan botol, corong pam payu dara, puting dan botol penyimpanan susu perahan.
- Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau.
- Jangan sesekali menggunakan sabun biasa kerana ia boleh menyebabkan botol menjadi berminyak.
5)PEMAKANAN IBU
- Mama juga perlulah memerhatikan pemakanan dengan mengelakkan makanan seperti produk tenusu.
- Elakkan juga makanan yang berbau seperti petai, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah.
Tip kurangkan penolakan EBM oleh si manja daripada Siti Nur Suraya
- Langkah latihan anak menyusu botol empathari sebelum mula kerja.
- Pada hari pertama, Hantar bayi bersama pengasuh selama 2 jam. Purata 2 jam bayi akan minum 2.5 ke 3.5oz (bagi bayi berusia 2 bulan)
- Pada hari kedua, tinggalkan bayi 6 jam dengan 3 botol susu.
- Dalam masa yang sama tingkatkan jumlah jam dan jumlah botol susu perahan yang ditinggalkan.
- Ibu perlulah mengelakkan memberi susu botol ketika di rumah bersama dengan bayi kerana ini boleh membuatkan bayi menolak.
- Ibu perlulah bertenang dan jauhi kerisauan kerana hal ini mungkin akan menyebabkan trauma bagi bayi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI