Selepas Rizman, kini rakan seperjuangan di bawah jenama Rizman Ruzaini yang juga sahabat baiknya, Ruzaini Jamil pula bergelar bapa selepas isterinya, Nurul Hidayati Yahya selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada Selasa lalu.
Ruzaini memaklumkan khabar gembira itu menerusi instagram miliknya. Menunggu sekian lama, akhirnya si comel pengikat kasih sayangnya dan isteri selamat dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Assalamualaikum w.b.t semua. Tarikh penting untuk saya 27/10/2020 Selasa ini…Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan khalifah kecil kami.
“Kehadiran khalifah kecil kami ini adalah lebih awal dari jangkaan namun alhmdulillah persiapan untuk menyambut beliau telah kami sediakan lebih awal,” katanya penuh rasa syukur.
Paling mengharukan, Ruzaini turut menitiskan airmata ketika pertama kali melihat dan memegang sendiri zuriat kurniaan Allah padanya. Dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah buatnya dan isteri.
“Dua hari sebelum kelahirannya, saya sempat mengabadikan momen isteri yang sarat dalam photoshoot yang saya akan kongsi nanti. Isteri mula mengalami contraction pada jam 12.30am tadi dan tepat jam 6.35am, lahirlah putera yang kami nantikan.
“Mendengar tangisnya, mengazankan khalifah kecil ini, dan menggenggam jari mungilnya…sungguh saya menangis. Betapa besar rezeki Allah kurniakan buat saya dan isteri.
“Walaupun kelahirannya tidak dapat dirai oleh keluarga terdekat berikutan pandemik covid-19 dan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur ini, Alhmdulillah Allah kurniakan doktor dan nurses yang sangat-sangat memberi sokongan moral buat saya dan isteri memandangkan kami tiada pengalaman. Terima kasih buat Dr. Noor ‘Aini dan nurses di @subangjaya_medicalcentre,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ruzaini juga turut memohon doa agar terus mendoakan kesihatan yang baik buat isteri dan khalifah kecilnya. Moga baby dan ibu cepat-cepat sihat.
“Dikesempatan ini saya dengan rendah hati ingin memohon agar kalian dapat mendoakan kesihatan buat isteri dan khalifah kecil kami,”katanya lagi.
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhoi dan perbaikilah keturunanku (Surah Al Ahqaf, Ayat 15).
Rakan-rakan selebriti dan para pengikutnya di instagram tidak terkecuali mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan kepada ibu dan bayi.
Terdahulu, Ruzaini dan isterinya, Nurul Hidayati Yahya mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Tahniah buat pasangan ini!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Sumber: @ruzaini.jamil