Kita mahu menjadi seorang ibu atau bapa yang terbaik untuk anak-anak. Namun bila terlalu marah dengan perangai anak-anak kita pula yang menjerit dan menengkingkan anak-anak.
Biasanya lepas tengking atau marah anak, kita akan menyesal atas keterlanjurannya. Kalau sudah terpukul anak, ada juga yang bukan sahaja rasa menyesal tetapi senyap-senyap menangis kerana rasa bersalah.
Ads
Kawal emosi kita. Bimbang terlalu marah atau pukul terlalu kuat akan mencederakan emosi dan fizikal anak-anak sehingga mereka ingat sampai bila-bila.
Ads
Elakkan memukul ketika kita marah. Yang penting, mereka mesti tahu kenapa mereka dimarahi. Terangkan alasan kita.
Ibu antara orang nombor satu anak-anak akan sayang sehingga ke akhir hayat. Walaupun sesekali garang, anak-anak tetap nak bermanja. Tak dinafikan ada masanya jika ibu terlalu penat, anak pula buat hal, akan terkeluar kata-kata yang tak diminta.
Selalu orang kata mulut ibu masin kan? Jadi untuk jadikan anak kita berjaya, soleh dan solehah cuba elakkan guna ayat yang tak sepatutnya. Betul ibu bukan berniat, tapi bila emosi marah menguasai diri, ibu seolah tak perasan apa yang diungkapkan.
Berikut antara perkongsian yang sangat bermanfaat dari Puan Adawiyah Abdul Rahman.
Elakkan berkata begini ketika marahkan anak-anak:
“Nanti kamu dah besar kamu rasalah susah dia macamana…”
“Nanti dah ada anak kamu rasalah macamana sakitnya kalau anak kamu buat macam ni…”
“Sekarang kamu rasa senang lagi , tunggulah kalau ibu ayah dah tak de masa tu baru kamu rasa susah…”
“Nanti dah besar mesti kamu rasa menyesal…”
Nauzubillah mi zalik. Dalam marah kadang lupa kata-kata kita adalah doa. Terjentik di hati pun kadang risau Allah makbulkan
Asbab berkat dan makbulnya kata-kata seorang ibu, maka,
Bila marah, elakkan lah terlampau marah
Bila marah dalam hati banyakkan berdoa…
Doakan anak-anak kita tidak merasa bagaimana susahnya hidup kita,
Doakan anak-anak kita dikurniakan keluarga yang soleh bila mereka berkeluarga,
Doakan anak-anak kita kaya dunia akhirat supaya dapat apa sahaja yang mereka mahukan,
Doakan anak-anak kita ditunjuki jalan yang lurus supaya anak-anak kita takkan pernah menyesal dengan apa yang dipilih dalam hidupnya.
Ibu ayah, gunakanlah kelebihan yang Allah beri untuk kebaikan anak-anak. Jangan berkira-kira untuk meminta kerana Maha Kayanya Allah dan Maha Pemurahnya Allah untuk mengabulkan !
Adab berkunjung ke rumah orang dengan anak kecil tak boleh diambil ringan. Sebagai ibu bapa kena peka hal ini. Lagi-lagi jika anak kita dah pandai melasak dan tak boleh duduk diam. Ini cabaran untuk ibu bapa supaya tuan rumah yang kita berkunjung ke rumahnya rasa selesa.
Mungkin mana yang faham ok, tapi yang jenis cerewet boleh buat kita jadi serba salah jugalah. Bukan saja kena jaga tingkah laku dan adab anak sahaja tapi bab buang lampin pakai buang pun ibu ayah kena ambil berat.
Jangan main terus campak dalam tong sampah semata-mata kerana boleh jadi cara kita itu salah walaupun tuan rumah tak bersuara masa tu.
Perkongsian dari Puan Fadzielah Ayub ada benarnya dan ramai ibu yang mungkin tak terfikir pun mengenai hal ini.
Adab tetamu, tetamu yang tak diundang. Ni pengalaman ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd baru 7 bulan lebih. Berkunjung ke rumah saudara yang tak ada anak kecil.
Ditakdirkan tengah rancak berbual dengan tuan rumah, Zayd buang air besar dan bau sangatt tak best. Serius busuk sangat sampai ummi pun tak boleh tahan. Ummi dah lupa Zayd makan apa.
Ummi Zayd pun minta izin guna toilet dekat dapur untuk tukar pampers. Bila dah siap tukar pampers, ummi Zayd cari tong sampah. Bila nak buang pampers dalam tong sampah kat dapur, ummi jadi serba salah sangat. Dalam tong yang terbuka ada sampah sisa makan dan beberapa plastik makanan.
Lama ummi termenung pandang tong sampah tu. Rasa malu dan bersalah sangat nak ‘tumpang’ tong sampah tuan rumah. Inikah adab tetamu? Nak tinggalkan ‘buah tangan’ dan bau yang tak best dekat tuan rumah yang hidang kita makanan best? Layan kita dengan sopan santun dan beradab?
Ummi tak jadi buang. Ummi pun mintak plastik, bungkus pampers Zayd dan buang masa dalam perjalanan nak balik rumah.
Lesson learnt untuk ummi, sejak dari peristiwa itu, ummi selalu bawak plastik diapers sendiri. Setiap kali tukar pampers, ummi akan bungkus siap-siap, ikat rapat-rapat untuk hilang rasa bersalah dan elakkan berbau.
Kita tak tahu, boleh jadi nampak remeh bagi kita, tapi boleh beri impak besar pada orang lain. Kita tak nak orang mengata buruk pasal kita. Ini bukan pasal betul atau salah.
Ini pasal adab dan tanggungjawab menghormati sesama saudara lain supaya kita tidak jadi tetamu yang tak diundang lagi.
Sekarang dah banyak jual diapers disposal plastic bag. Orang lain mungkin dah lama ada kesedaran, tapi ummi Zayd dapat kesedaran dari pengalaman. Ummi Zayd beli plastik yang murah harga tak sampai RM2. Kuantiti pun banyak dan jimat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila duduk rumah, tak dapat nak ke mana-mana, macam-macam idea datang secara spontan. Mencuba menu baru, nak hias rumah atau berkebun antara aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa lapang.
Bagi rumah yang ada banyak barang tetapi ruang agak terhad, kadang tu sakit mata lihat barang tak tersusun dengan elok. Nak beli almari agak mahal juga, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni.
Jadi apa kata, anda DIY sendiri rak menggunakan frame RM2.10 dan cantumkan menjadi sebuah rak yang cantik dan besar. Dengan bajet yang murah, kira berbaloilah untuk rumah nampak kemas.
Berikut perkongsian dari Puan Syamimi Lyana. Ini lah hasilnya! Encik suami DIY rak sendiri pakai frame ECO je. Jimat, kemas dan kukuh
Edit : Ramai tanya berapa modal. Saya share sini ye. Modal tak sampai RM50.
Bahan-bahan:
Frame 18 pcs
Skru
Paku
Kayu saiz 1×1 beli kat kedai kayu
Cara membuatnya:
1) Susun frame ikut saiz rak yang dikehendaki. Jika nak buat seperti dalam gambar, perlu 18 keping.
2) Selepas susun boleh mula cantumkan. Lapik kayu saiz 1×1 lepas tu paku antara frame dan kayu.
3) Dah siap dan boleh letak barang-barang. Nak letak di dapur boleh, bilik tidur pun boleh.
p/s: Jika anda nak buat saiz rak yang lebih kecil pun boleh. Ikut pada keadaan ruang rumah. Sekurangnya barang-barang boleh diletakkan secara lebih tersusun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!