Menanti kelahiran cahaya mata kedua, Anzalna Nasir menyimpan hasrat agar anak kedua dapat berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan putera sulungnya, Mohamad Eidrees iaitu pada 31 Mei.
Berdebar tapi teruja
Sedang menghitung hari, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Mohd Nasir mengakui teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan bayinya nanti.
“Kalau ikutkan, saya mahu bersalin pada 31 Mei nanti. Dapatlah si adik berkongsi tarikh lahir yang sama dengan abangnya. Tapi apa-apa pun, saya tengok keadaan dulu.
“Saya dan suami sudah tak sabar untuk melihat wajah anak kedua kami. Kami juga sudah menyediakan 100 peratus kelengkapan bayi, memandangkan barang-barang ketika menyambut kelahiran Eidrees sudah diberikan kepada orang lain,” katanya.
Berat masih ‘maintain’, saiz perut besar
Ditanya mengenai pengalaman kehamilan anak kedua, wanita berusia 34 tahun itu memberitahu dia tidak mengalami masalah berat ketika hamil, kecuali terpaksa membawa saiz kandungan yang agak besar berbanding sewaktu mengandungkan anak sulungnya itu.
Tambah Anzalna, dia juga mengaku cepat berasa penat namun semuanya masih dapat dikawal.
Ads
“Tidak banyak perbezaan pun dengan kehamilan sebelum ini. Perbezaannya cuma kandungan saya kali ini agak besar.
“Jadi saya cepat penat ditambah perlu menguruskan Eidrees yang masih memerlukan perhatian kerana dia juga masih kecil,” katanya.
Lebih selesa jaga anak sendiri berbanding pembantu
Enggan anaknya diasuh oleh orang luar, Anzalna berkata, dia mahu memainkan peranan sepenuhnya sebagai ibu yang membesarkan anak-anak.
“Walaupun dalam keadaan sedang sarat hamil, saya masih menguruskan anak yang dijaga sepenuhnya tanpa pengasuh. Saya ada pembantu, tapi tugasnya hanya menguruskan kebersihan rumah.
Ads
“Cuma sekarang ini pembantu saya sedang bercuti, jadi kerja-kerja menguruskan rumah saya yang lakukan. Walaupun penat, tetapi saya gembira dengan apa yang saya buat. Ini merupakan pengalaman indah bergelar seorang ibu,” katanya yang sudah berjanji akan membesarkan dan mendidik anak-anak sepenuh perhatian di depan mata.
Dalam pada itu, Anzalna turut ditanya mengenai rahsia hubungan rumah tangga kekal bahagia.
Katanya setiap pasangan mempunyai pilihan dalam mengekalkan rumah tangga yang dibina supaya berada pada landasan yang baik.
Ads
“Apa yang penting perlu saling memahami. Alhamdulillah saya dan suami banyak saling bantu-membantu terutama bab menjaga anak. Apa yang kami lakukan selalunya bersama.
“Kalau suami nampak saya penat, dia akan ambil alih menguruskan anak, bukannya lepas tangan. Perkara kedua ialah saling mempercayai antara satu sama lain,”katanya.
Baby bump itu AURAT! Memandangkan ramai yang belum tahu, atau terlepas pandang tentang ini, harap perkongsian ini membantu kita semua.
Para lelaki wajib tahu kerana kalian merupakan seorang anak, abang atau adik dan akan menjadi seorang suami, ayah yang bakal mendidik, menyampaikan perkara haq, sekaligus menjaga maruah kaum wanita seperti ibu, adik beradik, isteri dan lain-lain.
Wanita, lagilah wajib tahu. Menunjukkan bentuk baby bump di khalayak ramai atau public adalah sesuatu yang dilarang oleh kerana baby bump seorang wanita itu aurat.
Cuba kita fikir dengan teliti, perut adalah anggota yang personal, tidak layak dinikmati oleh sesiapa kecuali sang suami.
Ada lelaki yang suka tengok wanita mengandung dan sangat menikmati baby bump seorang wanita. Oleh itu sentiasa berhati-hati tentang gambar yang kita post ke media sosial.
InsyaAllah maruah terjaga dan tidak diratah oleh mata-mata yang memerhati. Wahai suami-suami, doa dan usaha banyak-banyak agar kita sebolehnya tidak tergolong dalam golongan lelaki dayus. Jika benar sayang isteri, tidak seharusnya kalian pamer maruah isteri yang kalian cintai.
Jom biasakan apa yang betul. Jom jaga maruah seorang wanita. Islam begitu menjaga wanita dan mengangkat darjat wanita layaknya seorang ratu. Jom cintai diri.
Walaupun ramai yang lakukan perkara ini, jangan hanyut dan terbuai emosi ya. Surround yourself dengan lingkungan yang mentaati Allah, insyaAllah dapat kuatkan semangat dan membantu dalam istiqamah !
We dont need to do it for the gram even if everyone else is doing it, cause our main purpose in this dunya is to obey Allah SWT.
Kredit: Dayanaamerda
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu prosedur yang tidak digemari oleh wanita hamil adalah proses minum air gula. Kebanyakannya tidak suka melaluinya kerana khuatir akan termuntah. Bahkan sebelum mengambil air gula, perlu berpuasa pula. Sesetengah ibu mungkin merasakan minum air gula sesuatu yang biasa tidak dinafikan ada yang tidak mahu melakukannya terutama jika sedang mengalami alahan.
Bagi menjelaskan tentang prosedur ini, Dr Nurul Azwa Hasny, Konsultan Obstetrik & Ginekologi, Salam Specialist Hospital berkongsi info dengan para ibu yang dikehendaki mengambil air gula. Menurutnya, para ibu yang dikehendaki melalui prosedur Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) perlu berpuasa sekurang-kurangnya lapan jam sebelum prosedur. Sekiranya ibu berasa terlampau haus, air kosong dibenarkan untuk membasahkan tekak.
Prosedur ini diwajibkan kepada ibu mengandung yang berisiko kencing manis. Ia dilakukan pada awal kandungan semasa booking dan perlu diulangi pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu sekiranya ujian pertama adalah normal.
PEMAKANAN BIASA & AKTIVITI NORMAL 3 HARI BERTURUT-TURUT
Ibu-ibu perlu memastikan diri makan dan menjalani aktiviti harian secara normal selama tiga hari berturut-turut sebelum prosedur. Ibu juga perlu memastikan tahap kesihatan baik pada tempoh tersebut. Sekiranya ibu berkenaan mengalami masalah kesihatan, bolehlah menghubungi klinik atau hospital bagi memaklumkan dan mengubah tarikh prosedur.
MINUM AIR GULA
Setelah berpuasa, ibu digalakkan datang awal ke klinik untuk pengambilan darah pertama semasa puasa. Air gula akan diberikan dan perlu minum sehabisnya tanpa muntah.
Selepas itu ibu berkenaan perlu meneruskan berpuasa selama 2 jam lagi untuk pengambilan darah kali kedua. Setelah selesai, puan baru dibenarkan makan dan minum.
Ujian darah yang pertama menentukan kandungan gula badan semasa puasa manakala ujian yang kedua pula menentukan kemampuan badan puan memposes kandungan gula yang tinggi.
Sekiranya ibu muntah semasa prosedur, ujian ini perlu diulang semula. Oleh sebab itu, penting bagi ibu untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi menghadapi prosedur ujian ini. Ibu-ibu perlu dalam keadaan sihat pada hari tersebut. Kurangkan makanan pedas atau berempah malam sebelumnya. Datang awal supaya tidak perlu menunggu lama.
TARIK NAFAS DALAM-DALAM & CUBA MINUM DALAM SATU NAFAS
Trend memakai inai di kalangan wanita pada hari ini semakin menjadi popular. Kebanyakan kaum wanita menjadikan hiasan inai sebagai salah satu pelengkap gaya pada kuku mereka.
Walaupun pemakaian inai dikatakan selamat dipakai oleh wanita hamil dan menyusukan anak namun baru-baru ini tular satu video di TikTok seorang wanita menyatakan dia ditegur oleh jururawat kerana memakai inai ketika membuat pemeriksaan mengandung di sebuah klinik.
Pesan jururawat itu juga, wanita yang mengandung dan akan bersalin dinasihatkan mengelakkan diri daripada memakai inai buat sementara waktu.
Perkongsian video oleh pengguna TikTok @shafiqahathirahfazil itu menjadi perhatian ramai sehingga menjadi tanda tanya warga maya yang keliru apa punca wanita hamil tak digalakkan memakai inai.
Sebenarnya pemakaian inai bukanlah suatu yang salah atau boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Ia perlu dielakkan bagi urusan pemeriksaan kesihatan ibu hamil dan ibu nak melahirkan bayi atas sebab-sebab seperti berikut yang pernah dikongsi oleh seorang jururawat terlatih Bel Nawhen atau nama sebenarnya Nur Nabiila Masfuzah Abdullah di Facebook beliau satu ketika dahulu.
Menurut Bel kalau pakai pewarna kuku, memang jururawat akan pesan suruh cuci atau tanggalkan pewarna kuku tersebut.
Ini antara sebabnya kenapa ibu hamil disuruh elak daripada memakai inai:
1. Warna kuku yang pelbagai akan menyukarkan perawat untuk melihat kadar kekurangan oksigen melalui pemerhatian kuku seseorang individu.
2. Ukir inai atau memakainya di kuku, kalau boleh elak kerana inai ukir di tangan dan kuku menyukarkan untuk suntikan jarum jika ibu tiba-tiba perlu melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean.
3. Jururawat akan periksa darah pada kuku ibu hamil semasa pemeriksaan kesihatan untuk tengok sama ada kebiruan dan sebagainya.
4. Bagi ibu hamil yang ada masalah Anemia, pemeriksaan menerusi kuku boleh mengesan sebarang masalah abnormal yang berlaku.
5. Pemakaian inai pada kuku menyukarkan jururawat untuk memeriksa masalah Hypoxia iaitu kurang oksigen dalam darah yang paling cepat dikesan melalui kuku pesakit.
Tetapi kalau sudah pakai inai jangan tambah lagi inai sebelum melahirkan bayi. Tetapi kalau sudah terpakai kita tidak boleh buat apa-apa.
Sumber: Sinar Plus & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.