Sesekali nak juga makan sedap-sedap kan? Jadi apa kata mama buatlah ayam goreng ala KFC untuk anak-anak di rumah. Cuma yang jadi masalah, ramai yang kata tak dapat keranggupan tepung seperti yang dijual di kedai tu.
Ok untuk resipi dari Reha Rahma, memang sangat senang nak dapat salutan tepung yang elok tu. Nak tahu macam mana ikuti satu persatu cara yang dikongsikannya.
Nak juga makan sedap tapi kalau boleh cara masaknya tu yang paling simple dan cepat. Macam saya ada anak-anak kecil memang tak dapat duduk lama kat dapur. Saya share masakan ayam goreng KFC versi saya dengan 2 bahan perapan saja.
Bahan perap:
Kunyit
Stok ayam maggi
Bahan salutan ayam :
Tepung gandum
Tepung bistari
Cara-cara masak ada di setiap gambar
Satu sudu kecik serbuk kunyit. Sukatan ni untuk sekilo kepak ayam.
Saya guna stok ayam pekat maggi, perasa ni dah lengkap semua bahan untuk jadi bahan perapan.
3 sudu makan stok ayam pekat maggi. Kemudian perap ayam dalam sejam atau lebih. Lagi lama lagi sedap. Saya selalu perap semalaman. Perap malam ni untuk masak esok hari. Simpan dalam peti.
Untuk bahan salutan saya guna tepung bistari dan tepung gandum.
1 cawan tepung gandum, setengah cawan tepung bistari. Saya campur tepung gandum sebab bila semua salutan guna tepung bistari boleh rasa muak bila makan banyak.
Sebati kan tepung gandum dan tepung bistari. Salut ayam perapan dengan tepung.
Petua nak bagi ayam tu ada keriting2 ayam dibasahkan dengan air. Sediakn air dalam mangkuk, masukkan ayam bersalut tepung dlm air rendam dlm beberapa saat.
Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak keriting2 macam tu. Nak lagi banyak keriting boleh ulang dengan rendam ayam sekali lagi dan salut dengan tepung macam proses awal tu.
Goreng ayam dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Siap dan ranggup sangat. Selamat mencuba 🙂
Kredit: Reha Rahma
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI