“Dapat Potong Tali Pusat” Ikhmal Amry Menangis Tengok isteri Tahan Sakit, Kini Bergelar Bapa!

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Ikhmal Amry yang selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya, Najla Shamsul selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.

Menerusi Instagramnya, Ikhmal berkongsi khabar gembira itu kepada umum malah turut memuat naik sekeping gambarnya yang memangku bayi sulungnya.

Ikhmal yang kini bergelar bapa meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan Allah buatnya dan isteri. Malah amat terharu dan sebak dengan kelahiran puteri sulungnya tepat jam 12.41 tengah hari di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

 

“Assalamualaikum sayang daddy! Alhamdulillah syukur atas nikmat yang tak terlinai ini.

Terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya ringkas di Instagram.

Malah Ikhmal juga meluahkan rasa terharu dan sedih bila mana melihat pengorbanan isteri yang bertarung nyawa melahirkan anak pertama mereka.

“Perasaan saya masa baby keluar tu rasa terharu dan sedih sangat sebab membayangkan pengorbanan isteri yang hamil dan bawa bayi selama sembilan bulan.

“Saya amat bersyukur baby dan wife sihat. Alhamdulillah, tak dapat saya nak gambarnya dengan kata-kata,” kongsinya lagi.

Malah kata Ikhmal, pengalaman pertama kalinya melihat kelahiran cahaya mata sulungnya itu ketika menemani isteri di bilik bersalin begitu mendebarkan. Hatinya begitu tersentuh malah dia gagal menahan air mata saat melihat proses kelahiran anaknya.

“Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak, sebab tu lah saya menangis. Semuanya macam tak disangka-sangka, macam mimpi pun ada.

“Doktor sambut kelahiran anak saya dan doktor beri saya peluang untuk potong tali pusat, saya rasa syukur sangat,” luahnya sebak.

Bintang kelahiran Hero Remaja itu juga bakal berkongsi nama indah yang dipilihnya dan isteri sehingga masa yang sesuai kelak.

Terdahulu, Ikhmal dan isterinya Najla Shamsul selamat disatukan pada 19 Disember 2020. Tahniah diucapkan buat Ikhmal dan isteri.

Menarik: Rumah Kami Tidur Lepas Subuh Satu Kesalahan, Biar Anak Nikmati Waktu Pagi, Badan Sihat

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: Mstar Online & @ikhmalamry

Published by
SRM