“Dapat Potong Tali Pusat & Mandikan Bayi” Akhmal Nazri Timang Cahaya Mata Sulung!

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon dan hos, Akhmal yang telah selamat menimang cahaya mata sulungnya selepas isteri, Lyssa Jean selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Berkongsi sekeping gambar melalui Instagramnya, Akhmal turut meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran bayi sulung mereka lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

Malah kata pelakon muda ini lagi, dia bersyukur kerana berpeluang menemani isterinya di bilik bersalin.

“Sebelum diberi kebenaran untuk menemani isteri di bilik bersalin, saya perlu menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu. Saya bersyukur sangat apabila proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Saya juga diberi peluang untuk memotong tali pusat dan mandikan bayi sulung saya. Lebih mengejutkan saya turut diberi peluang melakukan sendiri tahnik kepada permata hati saya,” kongsinya lagi.

Cuak dan takut di bilik bersalin

Menurut Akhmal, melihat sendiri proses kelahiran bayi sulungnya dengan berat 3.19kg itu adalah satu pengalaman yang cukup menakjubkan.

“Ini adalah satu pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya tak sangka diberi kesempatan untuk melihat segala keindahan dan kesengsaraan yang terpaksa ditempuh seorang ibu.

“Walaupun saya takut dan cuak di bilik bersalin, tapi saya kagum dengan ciptaan Allah yang cukup luar biasa. Isteri bersalin secara normal dan bayi dilahirkan seberat 3.19 kilogram,”katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 31 Disember tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

Menarik: Cara Nak Buat Apam Tapai Nasi Paling Mudah, Perap Sekejap Terus Kukus, Mudahnya!

Nak relaks-relaks, boleh belanja anak minum di Coconut Shake 336.

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?

Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sumber: Harian Metro

Published by
SRM