“Dapat Sentuh Afnan Masih Melekit” Pengalaman Luar Biasa Azmi Saat Bergelar Bapa, Berterima Kasih Pada Isteri!

Share

“Pengalaman semalam benar-benar luar biasa.” Begitu kata Azmi Caliph Busker yang kini bergelar bapa selepas isteri tersayangnya selamat melahirkan bayi sulung mereka pada Isnin lalu.

Kata Azmi lagi, dia seakan masih tidak percaya yang dia kini telah pun bergelar seorang bapa selepas 10 tahun menantikan zuriat.

Malah menurut Azmi lagi, biarpun banyak kejayaan yang diraihnya saat membina kerjayanya dalam dunia hiburan namun seakan tidak sama dengan pengalamannya menimang cahaya mata sulungnya bersama isteri.

“Apa pun anugerah atau kejayaan yang pernah saya terima sebelum ini tidaklah terlalu menyentuh hati. Itu hanyalah sekadar warna yang indah dalam kehidupan saya.

Namun, pengalaman semalam benar-benar luar biasa. Takkan mungkin saya lupakan,” kongsi Azmi menerusi Instagramnya semalam.

Airmata meluncur laju saat dengar suara Afnan
Malah kata bapa kepada Afnan ini lagi, air matanya meluncur laju saat mendapat anak kecilnya itu, apa lagi ketika mengalunkan azan buat bayinya.

Azmi juga turut berkongsi video ketika mengazankan bayinya untuk seluruh pengikutnya di media sosial.

“Airmata kesyukuran meluncur keluar saat kali pertama mendengar suara Afnan yang baru sahaja dikeluarkan dari perut ibunya.

“Saya dapat sentuh Afnan dalam keadaan badannya masih basah melekit. Ya Allah, terima kasih atas anugerah ini.

“Moga Afnan membesar menjadi anak yang soleh. Sentiasa menghambakan diri pada Allah, menyangi dan mencintai Rasulullah, sentiasa dalam kebaikan di Dunia dan Akhirat. Amin Ya Allah,” tulisnya lagi.

Malah Azmi tidak terkecuali berterima kasih kepada isteri tercintanya yang berkorban serta bertarung nyawa melahirkan cahaya mata sulung mereka.

“Terima kasih Nazira Muhammad. Terima kasih OHANA Specialist Hospital. Terima kasih semua yang mendoakan,” kongsinya.

Menarik: Afnan Tanda Cinta Kami, 10 Tahun Tunggu, Isteri Azmi Caliph Busker Selamat Bersalin

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM