Penyanyi, Tajul Ariff dan isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka petang semalam.
Berita gembira tersebut disampaikan olehnya di laman Instagram, tajuk memaklumkan bayi seberat 3kg itu selamat dilahirkan secara normal di KPMC Kajang Plaza.
“Alhamdulillah, berkat doa korang semua. Tak smpai 1 jam bertarung nyawa dalam labour room wife tajul dah selamat bersalin dgn normal. Berat anak 3kg, baby boy❤️ sepasang dah dapat.”
Menceritakan kembali detik gembira tersebut, Tajul akui kepalanya terkehel ditarik oleh isteri ketika kontrasi kuat. Dia lega kerana bayi mereka selamat dilahirkan dan akan mengumumkan nama bayi tidak lama lagi.
“Walaupun kepala aku terkehel tdi, sebab bini aku tarik time contraction dia tengah kuat 🤣 Nasib baik masih selamat, tengok gambar tepi. nama baby nanti tajul akan umumkan ❤️”
Tajul turut mengucapkan terima kasih kepada pihak KPMC Kajang Plaza kerana memberikan layanan yang terbaik buat isterinya.
“Terima kasih banyak @kpmckajangplaza bagi service paling terbaikkkkkk kat kami & bilik VIP yg sangat selesa , dan doctor / nurse / staff banyak membantu 👍👍 tajul memang recommend kat korg untuk deliver anak di @kpmckajangplaza ✅ Dan tak lupa juga kepada Datuk hj Saroni hj judi, ketua pegawai eksekutif, KPMC Kajang. Terima kasih atas bantuan beliau terhadap kami. Alhamdulillah.🤝”
Tajul mendirikan rumahtangga dengan Nurul Shamieza pada tiga tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.
Kredit: Tajul
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pantau Bila Anak Kerap Batuk Mungkin Tanda Saluran Pernafasan Anak Sempit, Takut Kena Penyakit ‘Krup’
Anak-anak memang mudah dijangkiti dengan demam, selesema dan juga batuk. Tapi kadangkala batuk atau demam yang berlarutan membuatkan mama papa rasa gundah gulana, risau penyakit yang dihidapi oleh anak-anak yang masih kecil itu memudaratkan kesihatan mereka.
Dalam satu perkongsian yang dibuat di Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel, seorang ibu menceritakan detik cemas apabila anaknya yang masih kecil batuk berterusan dan sukar bernafas. Rentetan dari kejadian tersebut anak wanita tersebut ditahan di wad kerana terkena croup (Krup) atau jangkitan saluran pernafasan yang sering berlaku kepada bayi atau kanak-kanak.
Berikut adalah perkongsian yang dibuat:
Berkejar ke kecemasan
Pukul 12.20minit malam.. Bekejar suami bawa Murrabbi ke kecemasan..
“Cepat..cepat..ambik jer pempers tu”
Arahan suami buat saya makin ketar sebenarnya.
Dengar pulak batuk Murabbi yang non-stop.
Muka Murabbi dah nampak lain sangat. Dengan batuk dan batuk..
Nampak dia gelisah dan nak menangis. Saya ambik dan dukung Murabbi.
“Jangan nangis..tak pe umi ada..” saya peluk dia sambil gosok-gosok belakang dia yang masih batuk (sempat saya selit bacaan doa pelindung boleh rujuk dekat komen)
Sebabkan tengah malam kereta kurang,Alhamdulillah rumah dekat HSNZ sekejap saja sampai. Melihat pada Murabbi yang dah nampak sukar bernafas.. Murabbi di masukkan ke zon Kritikal.
Allahuakhbar..takut dan cemas hanya Allah yang tahu..
Murrabi tak demam hanya batuk dan baru nak selsema.
.
“anak kene tahan wad ni.. Doc kata dia kene croup (krup)”
Dalam hati saya apa benda pulak tu?
“Saluran pernafasn dia makin sempit..boleh tertutup saluran pernafasan…kita ni bernasib baik sebab cepat”
Masa ni nafas saya pula rasa tersekat.. Ya lah kita ni ibu,boleh rasa anak kita tu macam mana..
Waktu Murabbi batuk tu saya tak reti nak gambarkan macam mana kesusahan dia nak bernafas..
Buat pencarian tentang jangkitan Croup@krup
Apa itu Croup @ Krup?
Ni sedikit info saya nak kongsi mengenai Croup @ krup:
Krup adalah sejenis jangkitan pernafasan yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak.
Ia boleh menyebabkan kotak suara (larinks) dan saluran pernafasan kanak-kanak itu membengkak hingga menghadapi masalah untuk bernafas.
Cara paling SENANG untuk mengenalpasti kemungkinan penyakit krup adalah dengan mendengar bunyi batuk kanak-kanak yang berbunyi seperti anjing menyalak (barking).
Batuk jenis ini selalu menyerang kanak-kanak dalam lingkungan 6 bulan – 3 tahun.
Selain itu, Persatuan Pediatrik Malaysia mendapati hampir 70% daripada mereka yang pernah dimasukkan ke dalam wad kerana penyakit krup adalah kanak-kanak lelaki.
Walaupun sangat jarang, penyakit ini juga boleh menyerang kanak-kanak yang lebih tua.
Apa penyebab penyakit Krup?
Kanak-kanak selalu terkena penyakit krup selepas menghidap flu, kerana kedua-duanya muncul dari virus yang sama.
Kebanyakkan kes-kes krup disebabkan oleh virus parainfluenza jenis 1, 2 dan 3 sementara kes-kes krup yang lain disebabkan oleh virus campak, virus respiratori sinsitial, adenovirus dan virus influenza jenis A dan B.
Selain jangkitan virus, jangkitan bakteria juga boleh menjadi punca serta keadaan-keadaan di bawah:
- Alahan
- Asid refluks
- Pencemaran seperti asap rokok dan jerebu
- Penyakit krup boleh berjangkit. Kuman yang menyebabkannya boleh berjangkit antara satu sama lain melalui batuk, bersin, mahupun sentuhan fizikal yang sangat dekat.
Apa tanda-tanda penyakit?
- Pesakit akan mengalami gejala seperti batuk dan selesema sehari dua sebelum mulanya stridor.
- Stridor adalah bunyi berdehit semasa menyedut udara disebabkan oleh halangan dalam larinks dan trakea.
- Batuk krup juga disertai dengan suara yang serak. Bunyi stridor lebih ketara pada waktu malam.
- Kepada pemerhati yang kurang pengalaman, pengurangan stridor mungkin nampak seperti kanak-kanak itu semakin pulih, tapi sebenarnya keadaan bertambah teruk.
Antara tanda-tanda ia makin teruk adalah:
- cemas, gelisah dan penat
- Bernafas pada kadar lebih cepat daripada biasa
- Sesak nafas
Menjadi biru di sekitar mulut, hidung atau kuku (sianosis, tanda oksigen rendah). - Jika saluran pernafasan bertambah sempit dan keadaan bertambah serius, penukaran gas di paru-paru akan terjejas dan mereka akan kekurangan oksigen lalu ada terlalu banyak karbon dioksida dalam badan.
- Ini akan menyebabkan mereka menjadi gelisah dan senang keliru.
- Air liur meleleh atau kesukaran menelan, terutamanya untuk kanak-kanak kecil
Bagaimana untuk mengelak penyakit krup ini?
Selalu cuci tangan untuk menjauhkan diri dari virus dan bakteria yang tidak diingini.
Di samping itu, ajar anak anda untuk mengehadkan hubungan fizikal dengan orang lain bagi mengelakkan penyebaran penyebab virus.
Kanak-kanak yang senang terdedah kepada penyakit ini mempunyai paru-paru dan tekak yang masih kecil.
Segera bawa bayi anda berjumpa pakar, kerana doktor GP biasa mungkin tidak mempunyai kepakaran untuk mengesan penyakit krup.
.
Apakah tip untuk ibu bapa bagi mengatasi penyakit ini?
Di bawah adalah beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah supaya bayi anda rasa lebih selesa:
»Cuba tenangkan anak anda dengan memberi pelukan & ciuman.
Dukung atau dudukkan anak secara tegak boleh membantu dia rasa selesa dan lebih mudah bernafas.
»Jangan biar dia menangis lama-lama kerana ini boleh menjejaskan saluran pernafasannya dan anak akan lebih sukar untuk bernafas.
»Terapi humidifikasi – Juga dikenali sebagai terapi wap, untuk membantu mengurangkan kekeringan udara di bilik.
»Jika gejala krup muncul pada tengah malam, ibu bapa harus pantau keadaan anak sehingga pagi.
»Pastikan bayi tidak dehidrasi.
Naikkan kepala bayi. Guna bantal tambahan apabila dia tidur pada waktu malam.
Tapi jangan guna bantal untuk bayi di bawah 1 tahun. Tidur bersama anak supaya ibu bapa akan tahu dengan segera kalau anak mempunyai masalah pernafasan.
»Kanak-kanak akan batuk Krup selama 3 – 7 hari. Tetapi batuk ini boleh bertahan sehingga 2 minggu.
Bolehkah krup menimbulkan komplikasi?
Krup jarang mendatangkan komplikasi dan ia sebenarnya boleh dirawat di rumah. Krup merupakan penyakit yang boleh membawa maut, kerana bakteria Difteria.
Segera hubungi ambulans atau bawa terus ke bilik kecemasan hospital jika kanak-kanak mengalami gejala seperti:
- stridor yang bertambah teruk
- sesak nafas
- kelihatan lebih gelisah dan keliru
- pucat
- sianosis dan apnea
- demam yang kuat (melebihi 39ºC dan kelihatan toksik
- kesusahan minum dan makan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yang Bakal Bersalin Jangan Berperang Sendiri! Pakar O&G Beri Tip Kepada Suami Untuk Temani Isteri Bersalin
Walaupun amat sukar bagi seorang suami melihat isterinya dalam kesakitan, namun kebanyakan mereka merasakan bahawa kelahiran bayi mereka yang ditunggu-tunggu adalah saat yang paling indah dalam hidup mereka, nak-nak lagi baby pertama kan?
Jadi, apakah cara yang terbaik untuk suami memberi sokongan kepada isteri dalam mengharungi detik yang mungkin paling mencabar dalam hidupnya?
Berikut adalah 10 tips yang saya kongsikan kepada suami – yang saya dapat dari bapa yang sudah melalui pengalaman ini. dipendekkan cerita, pengalaman dari bapa ke bapa yang lain;
1. Pastikan anda tahu apa yang isteri mahukan
Berbincang dengan isteri anda terlebih dahulu mengenai apa yang dia mahu atau tidak mahu semasa dalam proses kelahiran. Anda adalah orang yang bertanggung jawab memaklumkan perkara ini kepada doktor atau bidan terlatih. Sebelum sakit bersalin tu datang, biasanya isteri masih lagi dapat berfikir dengan baiknya, jangan ditanya isteri masa dia tgh sakit – silap hari bulan boleh kene penumbuk!
2. Bawa barang keperluan anda sendiri
Semua akan menumpukan perhatian kepada isteri anda, tetapi anda juga jangan abaikan kebajikan anda sendiri. jika mahu bermalam di hospital, atau menemani isteri dalam kamar bersalin, bawak segala keperluan anda bersama. Contohnya – bawak la baju sehelai dua, selipar jepun dan keperluan-keperluan lain.
Jangan lupa bawa sedikit snek dan minuman kerana anda mungkin terpaksa berada agak lama di hospital, ini yang paling penting!
3. Tahu apa yang harus dijangkakan
Bila sakit bersalin dah bermula, tak sempat dah nak google atau membaca buku panduan berkenan kelahiran.
Lebih adfhal jika anda dapat meluangkan masa menghadiri kelas-kelas antenatal bersama isteri anda dengan fikiran yang terbuka. Dengan cara ini, anda akan memperolehi maklumat mengenai proses kelahiran dan bersalin, serta dapat membuat sedikit-sebanyak perancangan bagaimana hendak menghadapi hari tersebut. Takde lah terpinga-pinga melopong bila doktor dok beriya-iya menerangkan keadaan isteri dalam dewan bersalin.
4. Fleksibel
Proses kelahiran ini bukan berlaku dalam masa yang singkat. Ianya mengambil masa yang cukup lama. Anda kena bersabar dan fleksible untuk menempuh apa yang berlaku.
Bukannya menggesa doktor untuk mempercepatkan proses kelahiran sebab tak sanggup menunggu, katanya penat nak tunggu.
Buat pembacaan sedikit mengenai proses bersalin sebelum marah staf dewan bersalin tak tentu pasal.
Staf dewan bersalin juga manusia seperti anda, punya hati dan perasaan. Perlu masa utk makan, ke tandas dan sebagainya. Kami takda kuasa sakti boleh mengeluarkan bayi segera, dan tahu bila bayi akan dilahirkan. Wallahualam
5. Cari sesuatu untuk mengalihkan perhatian
Melahirkan anak biasanya adalah satu tugas yang sukar dan prosesnya panjang. Pada satu ketika semasa kelahiran yang panjang, anda dan isteri akan mengenalpasti sesuatu yang dia boleh fokuskan perhatiannya semasa datangnya kontraksi.
Tugas anda ialah untuk membantu isteri anda mengalihkan perhatian isteri untuk berperang dengan kesakitan ini atau dia sudah mula nak surrender
Contohnya – urut tapak kaki isteri, urut belakang isteri. Kaedah-kaedah lain yang anda mungkin pelajari di kelas-kelas antenatal memfokus kepada mengajar bakal-bakal ibu bagaimana menghadapi sakit bersalin menggunakan teknik-teknik bertenang dan teknik pernafasan.
6. Lakukan segala-galanya sendiri
Walaupun ramai orang yang lebih berpengalaman di sekeliling anda yang boleh membantu, anda adalah tonggak utama yang paling penting bagi isteri anda. Buat apa sahaja dan dapatkan apa yang diperlukannya.
Tidak kiralah jika anda terpaksa berlari ke kafetaria untuk membeli gula-gula ataupun mengambilkannya segelas air, ataupun berbincang dengan doktor bagi pihaknya. Biasanya isteri nak dekat-dekat bersalin ni manja nye terlebih. Layankan aje!
7. Tahu batas-batas anda
Bilik bersalin adalah tempat yang sangat sibuk dan banyak pesakit-pesakit lain sedang bertarung nyawa untuk bersalin. Pastikan anda tahu apa yang anda boleh lakukan dan apa yang perlu diserahkan kepada mereka yang lebih tahu dan bertauliah.
Jangan pulak terkejut kalau orang sebelah-sebelah terpekik terlolong menahan kesakitan. Tu perkara biasa dalam dewan bersalin. Pastikan anda jenis yang tidak mabuk darah – ada kes suami yang pengsan dalam dewan bersalin sebab lihat darah yang banyak. Satu hal lagi, nak rawat isteri, kena rawat suami sekali !
8. Bersedia untuk membuat keputusan pada saat-saat genting
Hanya anda dan isteri yang tahu apa yang anda berdua mahukan, tetapi isteri anda mungkin tidak dapat membuat keputusan yang penting pada ketika itu. Bersedialah untuk melangkah ke hadapan dan membuat keputusan apabila situasi memerlukan anda berbuat demikian.
Lazimnya doktor akan menerangkan keadaan – dan pilihan rawatan yang ada dalam kecemasan. Sila bekerjasama dgn doktor, berbincang dengan isteri dan berikan keputusan mengikut nasihat doktor
Bukannya, telefon kaum kerabat di rumah, untuk meminta nasihat pada saat-saat genting. Keluarga di rumah tidak tahu menahu mengenai ape yang sedang berlaku, maka tidak perlu hiraukan mereka. Doktor hanya berbincang dengan anda dan isteri sahaja.
9. Bersedia untuk menunggu
Tidak seperti yang anda lihat dalam filem ataupun televisyen, kebanyakan wanita terpaksa menempuh sakit bersalin selama berjam-jam sebelum mereka pergi ke hospital.
Banyak pasangan yang merasakan lebih selesa berada di rumah sahaja pada peringkat awal kelahiran. Tambahan pula, banyak pusat-pusat bersalin yang lebih suka jika anda menunggu sehingga kontraksi anda lebih kerap dan jarak di antaranya lebih dekat sebelum anda mendaftar masuk.
10. Berada di sisinya
Rakan kelahiran merupakan perkara yang penting bagi seorang wanita yang dalam proses bersalin. Walaupun pada hari ini si bapa biasanya akan hadir, banyak hospital yang menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh si ibu sebagai rakan kelahiran. Ramai wanita yang meminta ibu mereka untuk membantu, jika suaminya tidak dapat menemani ketika hendak bersalin.
Bagi setiap rakan kelahiran, ini merupakan salah satu peristiwa di mana kehadiran anda adalah amat bermakna untuk wanita ini. Jangan lepas tangan nak serahkan kepada pihak hospital mentah-mentah.
Ingat, wanita yg sedang sakit bersalin, perlukan peneman di sisi. jangan abaikan mereka. Kongsi saat indah ini bersama, supaya anda lebih menghargai isteri anda. Kepada wanita nak bersalin tu, jangan ‘berperang’ sendirian, jom ‘angkut’ sekali suami teman anda.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Boleh Lakukan Ini” Dr Halina Sporting Jawab Soalan Penyusuan Pengikutnya Di Instagram
Isteri kepada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Datin Dr Halina Mohd Yunos sememangnya seorang wanita dan ibu yang penuh inspirasi.
Ibu kepada enam orang cahaya mata termasuk dua pasang anak kembar ini benar-benar wanita bertuah dalam perjalanannya mengandung, melahir, menyusu dan membesarkan anak-anak kerana mendapat sokongan dan bantuan penuh daripada suami tercinta.
Jika bercakap bab penyusuan, sememangnya Dr Halina boleh dijadikan inspirasi oleh semua ibu dan bakal ibu yang mahu memberikan susu ibu kepada bayi mereka.
Dengan kerjaya sebagai seorang doktor yang sentiasa sibuk, Dr Halina mampu menyusu dan mengepam susu untuk anak-anaknya sejak dahulu lagi.
Terkini dia masih dalam perjalanan penyusuan sepasang anak kembarnya Emilia dan Eusof yang berusia 16 bulan.
Dr Halina pernah berkongsi gambar pam payu dara yang digunakan untuk mengepam susu buat si kembar dalam laman Instagramnya berikutan keputusan yang dibuat untuk berhenti mengepam susu sebagai stok untuk si kembar yang semakin membesar.
Dalam kapsyennya, Dr Halina mengucapkan selamat tinggal kepada pam yang telah banyak berjasa kepadanya sepanjang perjalanan indah penyusuan tersebut.
Dalam mood sebak, beliau rasa berbaloi segala kegigihannya berjaga malam dan mencuri masa mengepam di antara waktu sedang melayan pesakit.
Ia adalah perjalanan penyusuan dan mengepam yang indah untuk saya. Mengucapkan selamat tinggal kepada pam saya ala Marie Kondo. Saya sebak sedikit. Semua kerja keras, berjaga lewat malam, menyelinap untuk mengepam di antara waktu melayan pesakit.
Ia tidak mudah tetapi ia berbaloi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu, anda boleh menulis di ruangan komen. Saya akan akan cuba menjawab semampu saya. Saya pasti kebanyakan anda berpengalaman sebagai ibu menyusu, boleh kongsi perjalanan anda juga…
Kepada semua mama di luar sana..kita boleh lakukan ini!
Jawab Soalan Penyusuan
Mengotakan janjinya, Dr Halina menjawab pelbagai pertanyaan berkenaan pengalamannya menyusukan anak kembar daripada para pengikut Instagramnya.
Berikut antara pelbagai soalan berkenaan pengalaman Dr Halina menyusukan anak-anak kembarnya yang ditanya oleh para pengikutnya.
Rutin Susukan Kembar
Dr if you dont mind to share your breastfeed routine for twins. You do tandem or by turn or both.
Dr Halina: I uses to tandem feed masa diorg kecik sbb ringan. At one point, I stop tandem feeding sbb diorg tak berapa cekap nak balance diri sendiri and I tak kuat nak handle both. Now back to tandem coz diorg dah pandai masuk dlm baju I and I tak sampai hati nak tolak
Macam Mana Nak Simpan Stok Susu?
Dr, saya tgh cuti, so i DF all the time.. bila try pump, memang sikit sgt keluar, buat bertambah stress.. tp saya nak simpan stok Susu, macam mana ye?
Dr Halina: stress is milk killer. Trust me. Lagi kita stress, lagi susu tanak keluar. Drink a lot of water, eat healthy food,. Pump whenever baby tak susu ie at night kalau baby tak bgn
Tip Banyakkan Susu Badan
Macam mana dr make sure susu sentiasa banyak?. Baby saya baru 3 bulan. Saya rasa macam cukup2 je untuk baby. Langsung tak pump.
Dr Halina: I don’t need to say much, all comments here is true. Must have demand to create supply. Give your body 1-2 days to adapt. Nanti Susu akan makin byk. Eat healthy food, drink lots of water.. Avoid stress (hahahaha) don’t ask me how..
Persiapan Ibu Pertama Kali
Dr pls bagi tips n preparation for 1st mom nk bf baby..
Dr Halina: read book to understand the concept of breastfeedibg. Paling penting you kena faham konsep supply and demand. And dobt be afraid, kita and baby kita sama2 belajar. Dont giveup.
Semoga penjelasan dan perkongsian pengalaman dan tip daripada Dr Halina boleh dijadikan panduan dan inspirasi kepada ibu-ibu lain di luar sana untuk memberikan yang terbaik kepada anak.
Kunci utama jika ingin berjaya dalam penyusuan adalah jangan stres!
Sumber: Instagram Dr Halina
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI