Penyanyi, Tajul Ariff dan isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka petang semalam.
Berita gembira tersebut disampaikan olehnya di laman Instagram, tajuk memaklumkan bayi seberat 3kg itu selamat dilahirkan secara normal di KPMC Kajang Plaza.
“Alhamdulillah, berkat doa korang semua. Tak smpai 1 jam bertarung nyawa dalam labour room wife tajul dah selamat bersalin dgn normal. Berat anak 3kg, baby boy❤️ sepasang dah dapat.”
Menceritakan kembali detik gembira tersebut, Tajul akui kepalanya terkehel ditarik oleh isteri ketika kontrasi kuat. Dia lega kerana bayi mereka selamat dilahirkan dan akan mengumumkan nama bayi tidak lama lagi.
“Walaupun kepala aku terkehel tdi, sebab bini aku tarik time contraction dia tengah kuat 🤣 Nasib baik masih selamat, tengok gambar tepi. nama baby nanti tajul akan umumkan ❤️”
Tajul turut mengucapkan terima kasih kepada pihak KPMC Kajang Plaza kerana memberikan layanan yang terbaik buat isterinya.
“Terima kasih banyak @kpmckajangplaza bagi service paling terbaikkkkkk kat kami & bilik VIP yg sangat selesa , dan doctor / nurse / staff banyak membantu 👍👍 tajul memang recommend kat korg untuk deliver anak di @kpmckajangplaza ✅ Dan tak lupa juga kepada Datuk hj Saroni hj judi, ketua pegawai eksekutif, KPMC Kajang. Terima kasih atas bantuan beliau terhadap kami. Alhamdulillah.🤝”
Tajul mendirikan rumahtangga dengan Nurul Shamieza pada tiga tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.
Kredit: Tajul
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)