![Copy of Copy of NEWBORN - 2023-05-24T123157.085](https://cdn.majalahpama.my/2023/05/Copy-of-Copy-of-NEWBORN-2023-05-24T123157.085-696x348.jpg)
Penyanyi terkenal, Alif Satar meluahkan rasa sebak apabila menerima sepucuk surat daripada dua cahaya mata perempuanya, iaitu Alisha Anugerah, 8 dan Ariana Mecca, 6.
![Dapat Surat & Hadiah Dari Anak, Alif Sebak! “Berenang 4 KM Kat Laut Aku Gagah Lagi, Tapi Ini Boleh Buat Nangis 4 Lautan”](https://cdn.majalahpama.my/2023/05/Screenshot-4534.jpg)
![Dapat Surat & Hadiah Dari Anak, Alif Sebak! “Berenang 4 KM Kat Laut Aku Gagah Lagi, Tapi Ini Boleh Buat Nangis 4 Lautan”](https://cdn.majalahpama.my/2023/05/Screenshot-4535.jpg)
![Dapat Surat & Hadiah Dari Anak, Alif Sebak! “Berenang 4 KM Kat Laut Aku Gagah Lagi, Tapi Ini Boleh Buat Nangis 4 Lautan”](https://cdn.majalahpama.my/2023/05/Screenshot-4533.jpg)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Raya Ni Rumah Mak Tak Dapat, Rumah Mertua Pun Tak Dapat.” Status Akhir Sebelum Ajal
![](https://cdn.majalahpama.my/2021/05/Untitled-design-2021-05-07T212413.492.jpg)
Berita tragis mengenai pemergian seorang anggota polis berpangkat konstabel ketika hampir waktu berbuka petang 6 Mei benar-benar membuatkan ramai bersimpati dengan isteri dan anak perempuan arwah yang baru mencecah usia setahun.
Menerusi laporan media, pemergian arwah secara mengejut itu dipercayai kerana tertembak oleh rakan sendiri di rumah sewa ketika menunggu waktu untuk berbuka puasa.
Mangsa, Norhalim Tumiran, 25, baru sebulan bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu sebelum kejadian yang meragut nyawanya itu.
ARTIKEL BERKENAAN [Tinggalkan Isteri & Anak Usia Setahun. Baru Bertugas, Konstabel Maut Di Tangan Rakan]
Seolah beri petanda awal
Bagaimanapun, status di Facebooknya pada 1 Mei lalu seolah-olah memberi petanda. Mungkin kebetulan juga arwah baru melaporkan diri di Sibu dan tak dapat pulang beraya.
Apa yang menyentuh hati pada status terakhir arwah yang berasal dari Pahang itu adalah dia memaklumkan tahun ini tidak dapat beraya bersama keluarga, baik di rumah keluarga sendiri mahupun keluarga mertua kerana tugas.
Baru sambut anniversary ke-2
Mangsa yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga juga baru sahaja menyambut hari ulang tahun perkahwinan pada pertengahan April lalu.
Seolah dapat tahu ajalnya dekat
Melihat status terakhir mangsa, ramai yang mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Nor Halim.
Walaupun tiada ikatan kekeluargaan, pemergian dihujung Ramadan benar-benar buat ramai yang bersimpati. Mereka juga sempat memanjatkan doa berharap agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Rupanya allahyarham beraya disana
Luahan arwah tak dapat nak beraya dengan kedua keluarga, akhirnya jadi kenyataan dan ‘beraya’ di sana.
Walaupun tiada ikatan persaudaraan, ramai yang mendoakan arwah di tempatkan dikalangan orang beriman. Buat isteri, anak dan seluruh ahli keluarga moga diberi kekuatan menempuhi hari-hari mendatang.
Kredit: Nor Halim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Bersedia Bagi Aafiyah Adik. Datuk Siti Harap Ada Rezekinya Tambah Anak
![](https://cdn.majalahpama.my/2020/01/untitled-design-2020-01-17t083516.441-17_40_075388.jpg)
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terbuka dan sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kedua.
Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, semuanya terserah pada ketentuan dan rezeki dari Allah SWT untuk anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, 2, mendapat adik.
“Saya ever-ready, ada rezeki daripada Allah saya terima dan saya juga berusaha,” katanya.
Tambah Datuk Siti lagi, dia bersyukur kerana Aafiyah diberikan kesihatan yang baik dan membesar dengan bijak.
Akuinya, sebagai ibu bapa, dirinya dan suami sentiasa akan berusaha memberikan yang terbaik kerana anak adalah amanah dari Allah.
Sebelum ini Datuk Siti menantikan kehadiran Aafiyah selama 11 tahun selepas dia pernah keguguran dan melakukan rawatan IVF manakala Datuk K pula menantikan selama 18 tahun untuk memiliki anak perempuan.
Sekiranya Allah izinkan, insya-Allah akan ada rezeki untuk pasangan ini menambah cahaya mata lagi.
Sumber: Gempak & ig ctdk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akhirnya Nur Dinie Pergi Jua. Selepas Disahkan Influenza A, Berakhirlah Kesakitan Adik..
![](https://cdn.majalahpama.my/2020/01/untitled-design-2020-01-14t053935.067-13_57_141445.jpg)
Akhirnya pergi jua..Murid tahun satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan disyaki dijangkiti influenza, meninggal dunia pada 10.41 malam tadi.
Berita Harian melaporkan, bapa Nur Dinie Damia, Muhammad Noor Amin, 38, yang berkongsi berita sedih itu, turut memohon orang ramai mendoakan supaya roh anak bongsunya itu ditempatkan dalam kalangan golongan beriman.
“Anak saya dah tiada. Innalillahiwainailaihirojiun,” katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita menerusi WhatsApp.
Mengalami jangkitan pada hati dan otak mati
Sebelum itu, pada siang hari, Muhammad Noor yang ditemui pemberita di luar ICU HSA berkata, anaknya mengalami jangkitan pada bahagian hati dan disahkan mengalami otak mati selepas menjalani imbasan pada tengah hari, semalam.
Beliau yang kelihatan sebak berkata, Nur Dinie dimasukkan ke ICU HSA sejak empat hari lalu selepas kesihatannya merudum ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
Muntah darah sebelum masuk ICU
Nur Dinie sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya tiba-tiba merudum selepas mengalami demam minggu lalu.
“Hari ketiga demamnya masih tidak kebah menyebabkan saya membawanya ke klinik sebelum dia disahkan dijangkiti Influenza A sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta.
“Keadaan Nur Dinie ketika dirawat di hospital swasta juga tidak menunjukkan perubahan di samping mengalami muntah darah menyebabkan dia kemudiannya dirujuk ke HSA dan dimasukkan ke ICU bagi pemantauan pakar,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Jabatan Kesihatan Johor (JKJ) mengesahkan seorang murid Tahun Satu (merujuk kepada Nur Dinie Damia) yang dirawat di ICU sebuah hospital di Johor Bahru, dijangkiti Influenza seperti yang tular di media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan berkata, selain dijangkiti Influenza terdapat juga komplikasi lain yang menyebabkan kanak-kanak terbabit perlu dirawat di ICU dan diletakkan di bawah pengawasan pakar.
“Berdasarkan laporan doktor pakar, kanak-kanak terbabit turut mengalami pelbagai komplikasi lain bukan hanya Influenza sahaja,” katanya pada sidang media di JKJ Johor Bahru, semalam.
Antivirus Influenza di Johor masih mencukupi
Sementara itu, Aminolhuda memberi jaminan keadaan wabak Influenza di Johor dalam keadaan terkawal dan boleh diuruskan.
Katanya, bekalan perubatan terutama antivirus Influenza di negeri itu masih mencukupi.
“Malah 89 murid prasekolah sehingga Tingkatan Empat yang disyaki dijangkiti Influenza dirawat sebagai pesakit luar dan diminta berehat di rumah masing-masing.
“JKJ tidak merekodkan jumlah pesakit Influenza di negeri ini (Johor) berikutan jangkitan berkenaan tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan atau notifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, seperti jangkitan denggi contohnya yang memerlukan setiap jangkitan direkodkan.
“Pemantauan terhadap kes Influenza Like Illness (ILI) mendapati berlaku peningkatan kes ILI dan severe acute respiratory infection (SARI) sejak pertengahan bulan lalu, namun peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI