Pelakon cantik dan berbakat, Izara Aishah tampil mengesahkan dirinya hamil anak kedua dan kini sedang menantikan bulan-bulan terakhir sebelum bersalin.
Akui Izara lagi, dia sendiri pada mulanya tidak mengetahui yang dirinya hamil sehinggalah usia kandungan ketika itu sudah pun empat bulan.
“Saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah empat bulan. Tiba-tiba mood rasa lain macam. Bila buat pemeriksaan hasilnya positif dan tentulah suami dan anak individu paling teruja.
“Pada fasa ini, saya akui pergerakan saya agak terbatas. Malah paling sukar untuk tidur. Cuma syukur awal trimester kehamilan saya tidak alami apa-apa alahan serius,” luahnya berkongsi.
Ads
Adib Idam Anak Perempuan
Bercerita soal jantina anak keduanya, akui Izara lagi dia tidak kisah mengenai jantina anak asalkan bayi yang dilahirkan nanti sihat sempurna.
Pun begitu kata Izara, suaminya Adib mahukan seorang lagi anak perempuan.
Ads
“Saya dan suami tak kisah sama ada anak lelaki atau perempuan. Cuma kalau dapat anak lelaki kiranya kami sudah ada sepasang cahaya mata.
“Tapi Adib kalau boleh dia idam anak perempuan. Saya pula tak kisah, memadai anak yang dilahirkan nanti sempurna apa adanya,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Izara yang menghadiri satu acara baru-baru ini menarik perhatian ramai bila mana baby bumpnya yang cukup jelas kelihatan.
Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.
Adik dan abang berkongsi tarikh lahir sama. Rezeki 29 Julai! Itu kegembiraan dan rasa syukur yang diluahkan oleh Nur Nabila Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz yang selamat melahirkan anak keempatnya hari ini.
Kebetulan pula tarikh 29 Julai adalah tarikh lahir anak ketiga Bellaz, Muhammad Aisy Ean Yusuf.
Berita gembira itu dikongsi di laman instagramnya dengan mengucapkan Allahuakbar dan alhamdulillah atas kelahiran anak perempuan kedua daripada empat beradik.
“Sedap & unik namanya..”
Dalam perkongsian itu juga, Bellaz turut berkongsi nama bayi perempuannya, Nur Aisywara Nealofa dan ramai yang memuji pemilihan nama tersebut.
Walaupun baru nampak sipi-sipi saja wajah Nur Aisywara Nealofa, tetapi ramai yang boleh agak wajahnya iras Bellaz dan kakak sulungnya. Ibu ayah elok, mesti anak pun lawa kan! Lagipun Bellaz juga ada kacukan Turki-Melayu.
“Merahnya bibir dia..”
Terdahulu, MUA Bellaz mempunyai tiga orang cahaya mata, Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhali dan Ean Yusuf.
Pedih ulu hati ketika hamil adalah normal tapi rasa tersebut membuatkan ibu tidak selesa dan resah.
Menurut Hello Doktor, Lebih separuh daripada wanita hamil merasai simptom pedih ulu hati yang teruk, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga.
Keadaan ini menyebabkan rasa panas dan tidak selesa di bahagian tengah dada. Kadangkala ia boleh naik sehingga ke tekak. Keadaan ini biasa berlaku dan ia bukan satu perkara yang serius. Namun jenis dan sesetengah gaya pemakanan boleh menyebabkan keadaan ini.
Punca Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung
Keadaan pedih ulu hati yang berlaku semasa mengandung mungkin berlaku akibat perubahan hormon, yang boleh menjejaskan otot saluran pencernaan dan penerimaan makanan.
Sebab utamanya adalah kerana perubahan hormon kerana dalam keadaan biasa, sfinkter di bahagian atas perut akan tertutup dengan kemas untuk mengelakkan makanan dan asid perut daripada naik ke esofagus.
Ketika mengandung, hormon progesteron akan menyebabkan otot sfinkter ini lebih cenderung untuk longgar dan makanan dan asid perut akan mempunyai peluang untuk naik semula ke bahagian esofagus, mengakibatkan rasa pedih ulu hati.
Di samping itu, rahim yang semakin membesar boleh menyebabkan perut menjadi penuh dan seterusnya menolak asid perut ke atas.
Walaupun ia jarang berlaku, batu hempedu juga boleh menyebabkan pedih ulu hati selama kehamilan.
Nak atasinya terutamanya ketika hamil? Ikuti beberapa perkara yang boleh dibuat ini!
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, wanita hamil berpotensi mendapat diabetes gestasi jika pemakanan hariannya tidak dikawal langsung?
Oleh sebab itu, bagi mengurangkan risiko mendapat masalah kencing manis semasa hamil ini, ibu perlulah mengamalkan beberapa kaedah pemakanan yang tepat.
Apakah jenis makanan atau cara menurunkan gula darah pada ibu hamil agar tidak mendapat diabetes gestasi?
Ada beberapa cara menurunkan gula darah pada ibu hamil yang sangat mudah untuk dipraktikkan.
Mungkin sebelum ini anda tidak tahu mengenainya justeru adalah lebih baik untuk anda melihat kepada 7 cara yang kami kongsikan di sini.
#1. Kurangkan makanan manis
Tip pertama untuk wanita hamil menurunkan paras gula darah adalah dengan mengawasi pengambilan makanan yang manis. Ini merupakan langkah paling penting dan lazim walaupun untuk pesakit diabetes biasa.
Untuk mengelakkan gula darah anda meningkat naik secara mendadak, cuba kurangkan pengambilan makanan manis seperti kuih-muih, kek, minuman manis bahkan gula-gula.
Jika anda mengidam makanan manis, gantikannya dengan sumber lain seperti buah-buahan.
Namun, anda masih perlu mengawal pengambilan harian agar tidak makan buah secara berlebih-lebihan.
Tahukah anda bahawa air kosong tidak mengandungi sebarang kalori.
Selain itu, ia juga mempunyai beberapa khasiat lain yang membantu memastikan keseimbangan dan metabolisme tubuh agar berjalan dengan lancar.
Air kosong membantu anda mengurangkan keinginan untuk mengambil minuman manis selain mengekalkan diri untuk kekal hidrat.
Pengambilan air putih setiap hari mampu menstabilkan gula darah wanita hamil supaya tidak meningkat naik.
#3. Cara menurunkan gula darah pada ibu hamil: lakukan senaman ringan
Tip yang seterusnya bagi menurunkan paras gula darah wanita yang sedang hamil adalah dengan melakukan senaman ringan.
Namun, sebelum melibatkan diri dengan sebarang senaman, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jika doktor membenarkan anda untuk melakukan senaman ringan, barulah anda boleh melakukannya.
Senaman bukan sahaja membantu mengawal paras gula darah tetapi juga memberikan manfaat kepada pernafasan dan peredaran darah.
Cukup sekadar dengan berjalan-jalan di sekitar rumah pada waktu pagi dan petang.
Senaman juga boleh mengurangkan sakit-sakit belakang yang sering terjadi dalam kalangan wanita hamil.
#4. Ambil makanan yang mengandungi probiotik
Makanan yang kaya probiotik atau bakteria baik ini sangat diketahui membantu sistem pencernaan tubuh. Selain itu, ia juga boleh membantu mengawal paras gula darah dalam tubuh manusia.
Antara jenis makanan yang kaya dengan probiotik adalah seperti yogurt, keju dan susu.
Namun, ia tidak bermakna bahawa anda boleh mengambilnya tanpa had.
Anda masih perlu mengawal pengambilan harian walaupun ia baik untuk tubuh agar tidak berlaku sebarang komplikasi lain.
#5. Ambil jenis lemak sihat
Tidak semua lemak adalah jenis lemak yang buruk. Ada jenis lemak sihat dan bermanfaat kepada tubuh yang disebut sebagai lemak tidak tepu tunggal atau mono.
Antara contoh makanan yang kaya dengan jenis lemak tidak tepu ialah minyak zaitun, minyak kanola, buah avokado, kekacang, biji-bijian dan juga ikan salmon.
Kandungan lemak sihat yang diambil ini mampu mengawal paras gula darah sehingga menjauhkan diri kita daripada risiko mendapat penyakit diabetes.
#6. Cara menurunkan gula darah pada ibu hamil adalah dengan makan oat
Bijirin oat adalah salah satu jenis makanan yang memiliki indeks glisemik atau GI yang rendah.
Apabila jenis makanan itu rendah GI, maka ia akan mengambil lebih banyak masa untuk dihadam dan membuatkan perut kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Pengambilan oat tidak sama dengan pengambilan nasi kerana oat tidak akan meningkatkan kadar gula darah anda.
Jika anda inginkan hidangan oatmeal yang lebih enak dan berkhasiat, tambahkan juga hirisan buah-buahan seperti kekacang, buah pic, pisang dan juga buah beri ke dalam mangkuk oat anda.
#7. Ambil sumber makanan berprotein
Protein juga mampu mengawal kadar gula dalam darah wanita hamil agar ia sentiasa stabil.
Selain itu, protein juga boleh membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Antara jenis makanan yang kaya dengan kandungan protein adalah seperti ikan, daging tanpa lemak, ayam, dan juga telur.
Elakkan makanan ini juga!
Selain mengambil beberapa jenis makanan seperti di atas, ada juga beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan bagi menurunkan paras gula darah.
Antaranya ialah minuman beralkohol, makanan segera, makanan bergoreng, dan juga makanan yang tinggi kandungan kanji seperti nasi putih dan kentang.
Dengan mengamalkan beberapa cara menurunkan gula darah pada ibu hamil seperti ini, anda bukan sahaja boleh mengelakkan diri daripada mengalami diabetes gestasi, malah risiko beberapa penyakit kronik lain.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)