Pelakon cantik dan berbakat, Izara Aishah tampil mengesahkan dirinya hamil anak kedua dan kini sedang menantikan bulan-bulan terakhir sebelum bersalin.
Akui Izara lagi, dia sendiri pada mulanya tidak mengetahui yang dirinya hamil sehinggalah usia kandungan ketika itu sudah pun empat bulan.
“Saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah empat bulan. Tiba-tiba mood rasa lain macam. Bila buat pemeriksaan hasilnya positif dan tentulah suami dan anak individu paling teruja.
“Pada fasa ini, saya akui pergerakan saya agak terbatas. Malah paling sukar untuk tidur. Cuma syukur awal trimester kehamilan saya tidak alami apa-apa alahan serius,” luahnya berkongsi.
Adib Idam Anak Perempuan
Bercerita soal jantina anak keduanya, akui Izara lagi dia tidak kisah mengenai jantina anak asalkan bayi yang dilahirkan nanti sihat sempurna.
Pun begitu kata Izara, suaminya Adib mahukan seorang lagi anak perempuan.
“Saya dan suami tak kisah sama ada anak lelaki atau perempuan. Cuma kalau dapat anak lelaki kiranya kami sudah ada sepasang cahaya mata.
“Tapi Adib kalau boleh dia idam anak perempuan. Saya pula tak kisah, memadai anak yang dilahirkan nanti sempurna apa adanya,” katanya lagi.
Terdahulu, Izara yang menghadiri satu acara baru-baru ini menarik perhatian ramai bila mana baby bumpnya yang cukup jelas kelihatan.
Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!