Setelah bergelar ibu kepada dua anak lelaki, pelakon Anzalna Nasir mengakui masanya kini lebih tertumpu kepada keluarga terutama dalam membesarkan anak-anak.
Menurut Anzalna atau nama sebenar, Nur Anzalna Md Nasir, 34, anak-anak merupakan punca utama kenapa dia mengambil keputusan untuk memperlahankan karier seninya sebagai seorang pelakon dan semakin jarang kelihatan di kaca televisyen.
“I still love being a mother. Penat yang puas! Dapat tidur tiga jam pun, bangun pagi tetap bertenaga bila tengok muka anak-anak.
“Paling best bila anak-anak dah besar nanti kita boleh cerita ragam mereka daripada baby sampai ke besar sebab kita sendiri yang menjaga mereka.
ARTIKEL MENARIK
[“Ibu, Ibu Adik Datang Ni..” Sebak Tengok Nufail Mengesot Cari Ibunya Terlantar Koma]
[MUA Bellaz Kongsi Sisi Sebenar Bila Dia Tutorial Make Up Anak Kemain ‘Merdeka’]
[“Uri Bawah, Tak Boleh Berjalan 3-6 Bulan.” Hamil Kali Ni Datin Shahida Perlu Rehat]
“Ada maid atau tidak, tugas menjaga anak 100% pada saya dan suami. Tak nak anak membesar di tangan orang lain (punca kenapa saya tidak shooting drama),” tulisnya dalam perkongsian di InstaStory.
Hasil perkongsian hidup dengan Hanif Zaki, Anzalna mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia tujuh bulan.
Walaupun baharu memiliki dua anak, namun Anzalna berkata rumahnya tetap ‘kec0h’ dengan ragam dan keletah anak-anaknya.
“Anak dah dua ni kecoh juga. Baru dua tau… hahahaha. Kadang terfikir macam mana my mum and dad jaga kami lima beradik without helper. Hebattt!” tulisnya lagi.
Sekadar info, Anzalna memulakan kerjaya seni selepas bergelar finalis Dewi Remaja 2009/2010.
Antara drama lakonannya yang menjadi perhatian ialah seperti Memori Cinta Suraya, Dendam Aurora dan Love You Mr. Arrogant.
Kredit: mediahiburan / Foto: Instagram Anzalna Nasir
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI