Zuriat adalah idaman setiap pasangan. Tiada yang menggembirakan bagi setiap pasangan yang menginginkan cahaya mata apabila melihat insan-insan kecil ini membesar dengan sihat dan gembira.
Tiada apa yang boleh menggantikan seronoknya menikmati momen indah menyaksikan anak membesar. Apabila anak lahir, aktiviti di luar secara automatik akan berkurangan.
Masa yang berharga bersama anak-anak menjadi prioriti utama. Pelakon, Datin Seri Zizie Izette kini menjadi ibu kepada lima cahaya mata. Anak kembar Zizie, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzete yang dilahirkan pada 29 Disember 2017.
Ibu penyayang ini juga memiliki dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, 1 tahun.
Dia yang baru melahirkan cahaya mata ketiga, Aalisa Belle Izette 1 Mac lalu berkongsikan perasaannya sebagai ibu. Zizie melahirkan cetusan hati yang amat menghargai persahabatan yang terjalin dengan rakan-rakan.
Namun dengan posisinya terkini sebagai ibu dan isteri, Zizie lebih memilih meluangkan masa dengan anak-anak dan keluarga.
Menyambut kelahiran cahaya mata pada usia yang tidak terlalu muda juga adalah sebab ibu jelita ini mahu menumpukan terus masanya buat anak-anak. Dia hanya mahu diingat anak-anaknya sebagai sebagai ibu yang sentiasa ada bersama.
Kenyataan Zizie ini turut disokong para follower. Kebanyakannya bersetuju dengan apa yang diutarakan Zizie. Menjadi ibu adalah keadaan di mana anak dan keluarga menjadi keutamaan dan sentiasa diletakkan sebagai prioriti.
Tidak kurang juga yang memuji kecomelan Aalisa yang kini berusia 4 bulan.
Sumber: Instagram Datin Seri Zizie Izette
Artikel berkaitan:[ Syukur Kelahiran Kali Ini Lebih Mudah, Zizie Izette Selamat Bersalin Bayi Perempuan] [Comelnya Aalisa Belle Izette! Genap 44 Hari, Zizie Izette Kongsi Gambar Anak Perempuannya]