Mengekalkan bentuk badan yang langsing selepas melahirkan anak bukanlah mudah. Maklum sajalah, ketika hamil semuanya ‘mengembang’. Sejurus bayi keluar, mulalah ada bahagian-bahagian tertentu yang menggelebeh.
Jangan risau kerana dengan tekad dan disiplin yang tinggi, anda mampu mengembalikan bentuk tubuh asal atau mungkin lebih baik lagi. Jangan sehingga menyeksa tubuh, buatlah mana yang mampu tetapi konsisten dan bersungguh-sungguh.
Kebanyakan selebriti di Malaysia, biasanya kembali langsing selepas bersalin. Selain berpantang mengikut cara yang betul, mereka juga bersemangat untuk kembali cantik selepas melahirkan anak. Ambil contoh pelakon dan pengacara jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa sebagai Che Ta, seawal dia melahirkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dahulu, selepas tempoh berpantang penampilannya kembali seperti sedia kala. Bagaimana caranya Che Ta buat begitu?
Pa&Ma ingin membuat throwback cara berpantang Che Ta yang boleh para ibu ikut. Selagi tidak memudaratkan dan anda pun boleh kembali cantik, tidak salah menjadikan caranya itu sebagai panduan.
Ads
Pernah berkongsi tentang caranya berpantang dahulu, Che Ta memberitahu yang dia sangat menitik beratkan soal ini termasuklah tidak akan keluar rumah sepanjang 45 hari dan menjaga pemakanan sepenuhnya. Che Ta berpantang dengan memilih makanan tertentu dalam tempoh setahun.
Ketika berpantang dahulu, Che Ta makan secara catuan kerana menurutnya ketika inilah seorang ibu bermula untuk menjaga semua proses pemakanan dan mengambil makanan berkhasiat untuk menyusukan bayi. Selain itu, ketika berpantang Che Ta akan mengelak dari memasang penghawa dingin atau kipas kerana mahu memanaskan badan dan mengeluarkan peluh.
Ads
Kita mengetahui Che Ta sememangnya seorang yang amat menitikberatkan soal kecantikan dan penjagaan bentuk badan. Oleh kerana itulah, dia memberitahu yang dia gemar menempah pakaian dengan saiz yang lebih kecil dari badannya sendiri sebagai motivasi kepadanya untuk menjaga bentuk badan.
Berkongsi tip kurusnya di laman web Hijabista, Che Ta memberitahu yang dia akan makan malam empat jam sebelum tidur. Selain itu, dia juga mengamalkan makan nasi dua kali sehari dengan kuantiti sebesar penumbuk. Untuk mencapai berat badan yang ideal, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman yang diambil.
Ads
Semoga dengan perkongsian amalan dari Che Ta ini dapat membantu para ibu yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Tidak mengapa turun lambat sedikit, asalkan konsisten. Gunakan cara yang sihat jadi tidaklah memberi kesan kepada tubuh anda. Selamat mencuba!
Saksikan pasangan Rozita Che Wan & Zain Saidin dalam Pa&Ma Musim Kelima dengan kupasan topik episod ke-12 ‘Ibu & Anak Kaki Melaram’ pada 18 September 2019 2019,Rabu jam 9 malam disaluran Astro Prima (ch 105) , Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dalam pantang mesti kita akan pakai stokin untuk elak sejuk dan badan masuk angin. Tapi sebenarnya ada jenis stokin yang boleh di pakai ketika dalam pantang. Doktor kesihatan wanita dan kehamilan berkongsi tentang stokin yang boleh dipakai oleh ibu berpantang dan bila perlu dipakai.
Pantang kan? stoking mana? Manaa?”
Biasakan dengar dialog mak-mak kita menegur ibu ibu dalam berpantang untuk memakai stoking setiap masa dan ketika sepanjang tempoh berpantang. Katanya, angin boleh masuk ke dalam badan melalui kaki yang tak berstoking.
Betul ke?
Emmm, nak berstoking tu takda masalahnya. Tapi kena jaga-jaga stoking ni kadang2 licin tak pasal-pasal jatuh tersembam, satu hal pulak lagi.
Sekadar nak pakai stoking masa tidur utk elakkan kedinginan malam, saya rasa bukan satu masalah besar.
‘Angin’ masuk melalui kaki orang berpantang tak pakai stoking tu saya rasa agak keterlaluan dan tiada kajian santifik yang menyokong kenyataan tersebut.
Ni saya bagitahu, kalau nak berstoking skalipun, guna Ted stokin atau compression stoking lagi elok dari stoking biasa. Ted stoking ni agak ketat dan betul2 mengikut bentuk kaki – cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha. Dengan stoking yg ketat ini pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukkan darah beku pada kaki.
Baca betul-betul, sy cakap pakai ted stoking ni untuk cegah darah beku pada kaki bukan cegah angin dari masuk ke dalam badan.
Stoking biasa yg dipakai kebanyakkan ibu tu tak cegah darah beku dari terbentuk pun, nak elakkan sejuk saja bole la pakai. Kalau rasa menyusahkan nak pakai stokin biasa tu toksah la pakai. Ok saja
Ted Stoking ni pun licin, maka hati-hati bila berjalan. Jangan jatuh mcm nangka busuk dah
Anak-anak kita sudah terlalu sinonim dengan mandi manda di taman tema, kolam atau pantai. Pantang sahaja ada cuti panjang di hujung minggu, pasti aktiviti mandi manda jadi pilihan. Keseronokkan lain macam bagi mereka. Tak kisah aktiviti apa, asalkan permainan air. Begitulah perihal anak-anak kecil kita.
Melihat mereka gembira memanglah melegakan tetapi sebenarnya aktiviti mandi manda tidaklah perlu terlalu kerap. Alasannya mengapa?
Dengarkan perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih , doktor telinga, hidung dan tekak mengenai hal ini. Ada lima perkara mama papa kena tahu. Lepas ni kenalah cari alasan untuk mengelakkan ke tempat-tempat macam ni. Bukan tak boleh, janganlah selalu.
BAHAYA BIARKAN ANAK MANDI KOLAM
Tentu kita selalu membawa anak-anak kita ke tempat seperti pantai, kolam renang, taman tema air dan sebagainya.
Tahukah anda beberapa risiko yang perlu diketahui. Mari kita lihat 5 bahaya ini kepada anak-anak kecil.
1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.
2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?
3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.
4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.
5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.
Rujuk gambar : pengumpulan air pada telinga boleh mengakibatkan jangkitan otitis externa berlaku pada salur telinga.
Buah-buahan sangat baik untuk kesihatan anak. Rasanya yang manis dan lembut membuatkan buah menjadi antara makanan kegemaran si kecil. Namun buah yang lembut juga boleh membahayakan si kecil jika ibu ayah tidak memotongnya dalam saiz yang kecil.
Banyak kes melibatkan anak kecil yang tercekik disebabkan buah-buahan yang tidak dipotong dalam saiz yang sesuai. Untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku, Doktor Kamarul berkongsi sedikit ilmu tentang buah-buahan dan risiko bayi tercekik.
Beri anak kecil makan buah-buahan dan sayuran adalah sesuatu yang amat digalakkan. Namun, ia boleh jadi berbahaya jika kita tidak berhati-hati.
Semasa saya bertugas di Jabatan Kecemasan, saya ada terima beberapa kes kematian kanak² kerana tercekik buah-buahan. Jom baca!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.