Pengacara dan pelakon Daphne Iking telah selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 21 Mei yang lalu. Bayi elaki yang diberi nama Ilon Daniel Iking Azmi dilahirkan melalui kaedah pembedahan di Thompson Hospital Kota Damansara.
Dalam diam Daphne tidak mengumumkan kehamilan kali ini kerana berdepan dengan situasi yang sukar sepanjang kehamilan kali ini.
“Dua minggu saya dan suami bertarung dengan konflik sama ada untuk menggugurkan bayi ini atau tidak. Ia pilihan yang sangat sukar!
“Sebenarnya kehamilan ini membahayakan kesihatan saya dan doktor sudah menasihati saya untuk tidak lagi bersalin selepas melahirkan anak ketiga pada 2016 secara pembedahan.
“Tetapi situasi berubah selepas saya melihat suami saya menangis buat pertama kalinya,” cerita Daphne.
Keadaan dinding uterusnya yang nipis boleh membahayakan nyawanya dan bayi yang dikandung sekiranya berkembang menjadi saiz yang besar.
Ekoran itu, Daphne mendapatkan pandangan daripada beberapa individu termasuk pakar perubatan bagi membantunya membuat keputusan yang tepat.
Ads
“Jadi, saya memutuskan untuk meneruskan kehamilan ini apabila melihat ramai dalam kalangan orang lain termasuk ahli keluarga saya sendiri yang sukar mendapatkan anak.
“Perjalanan ini sungguh berbeza dan saya cuba jadi kuat. Biarpun Ilon dilahirkan dalam keadaan sedikit pramatang, saya bersyukur,” tambahnya.
Pelakon filem Belukar itu juga punyai alasan sendiri untuk tidak mengumumkan kehamilannya kepada umum.
Ads
“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya tidak mahu didiskriminasi apabila ada pihak yang tahu saya hamil.
“Saya menjadi sedikit tertekan apabila tidak dapat kongsikan berita gembira itu kepada orang ramai.
“Oleh itu, kali ini saya hanya maklumkan kepada kawan-kawan rapat dan keluarga sahaja.
“Tiada majlis baby shower dan tambah pula situasi semasa kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hanya maklumkan kepada mereka melalui panggilan video, aplikasi Zoom dan Facetime,” ujarnya yang turut
Ads
memaklumkan kepada rakan rapatnya seperti Yasmin Hani, Dynas, Lisa Surihani dan Rashidi Ishak.
Malah, Daphne tidak berkesempatan untuk membuat sesi fotografi sempena kehamilannya kali ini apatah menyediakan barangan keperluan bayi.
“Kebanyakan pakaian bayi saya sudah jual sebagai barangan preloved tapi mujur ada yang bermurah hati menghadiahkan sebahagiannya kepada kami,” katanya yang turut menjalani proses berpantang bersendirian di kediamannya.
Daphne mempunyai tiga cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 12, Iman Daniella Iking, 8, dan Isidore Daniel Iking, 3 tahun.
Meskipun perlu melalui detik sukar, tapi syukur semunya dipermudahkan buat Daphne. Semoga dengan kehadiran si kecil Ilon Daniel diharap dapat menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.
Sumber: Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun berada dalam fasa pertumbuhan yang sangat penting, baik dari segi fizikal mahupun perkembangan minda. Pada usia ini juga, mereka mula lebih aktif bergaul di sekolah dan di luar rumah, menjadikan mereka lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan penyakit. Walaupun sesetengah penyakit kelihatan ringan, namun jika tidak dirawat dengan betul dan segera, ia boleh mengakibatkan komplikasi serius. Justeru itu, ibu bapa perlu sentiasa peka dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi melindungi anak-anak mereka daripada ancaman kesihatan ini.
Influenza (Selesema)
Influenza bukan sekadar selesema biasa. Ia merupakan penyakit saluran pernafasan yang sangat mudah berjangkit, terutamanya di kawasan yang sesak seperti sekolah. Tanda-tanda termasuk demam tinggi, batuk, sakit badan, dan keletihan melampau. Jika tidak dirawat, influenza boleh menyebabkan radang paru-paru (pneumonia) dan komplikasi lain yang membahayakan nyawa. Ibu bapa dinasihatkan untuk mempertimbangkan vaksin influenza tahunan bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Demam Denggi
Demam denggi merupakan penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti. Kanak-kanak yang dijangkiti akan mengalami demam tinggi secara tiba-tiba, sakit kepala, sakit otot dan sendi, serta ruam. Kesan lebih buruk boleh menyebabkan pendarahan dalaman dan sindrom kejutan denggi yang boleh membawa maut. Kawalan pembiakan nyamuk dan kebersihan persekitaran amat penting bagi mencegah penyakit ini.
Asma (Lelah)
Asma adalah penyakit kronik saluran pernafasan yang sering menyerang kanak-kanak. Gejala termasuk sesak nafas, batuk berpanjangan, dan bunyi ‘wheezing’ semasa bernafas. Pencetus asma boleh datang daripada debu, asap rokok, cuaca sejuk, atau tekanan emosi. Jika tidak dikawal dengan baik, asma boleh menjadi serangan akut yang memerlukan rawatan kecemasan. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka mengambil ubat seperti yang diarahkan doktor dan mengenalpasti pencetus asma anak mereka.
Jangkitan Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
HFMD merupakan penyakit berjangkit yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya di tadika dan sekolah rendah. Ia disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus, dan ditandai dengan ruam atau lepuh di tangan, kaki, dan dalam mulut. Kanak-kanak juga mungkin mengalami demam dan kurang selera makan. Walaupun biasanya tidak serius, HFMD sangat mudah berjangkit dan boleh menyebabkan komplikasi seperti dehidrasi jika tidak diberi perhatian segera.
Masalah Cacing (Helminthiasis)
Kanak-kanak pada usia ini mudah dijangkiti cacing melalui makanan atau tangan yang tercemar. Jangkitan cacing seperti cacing gelang atau cacing kerawit boleh menyebabkan masalah kekurangan zat makanan, keletihan melampau, dan pertumbuhan terbantut. Tanda-tanda termasuk sakit perut, gatal di bahagian dubur, dan berat badan yang tidak bertambah. Rawatan berkala menggunakan ubat cacing perlu diberikan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Info Tambahan
Vaksinasi: Pastikan anak-anak mendapat vaksinasi lengkap mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kebersihan Diri: Ajar anak mencuci tangan dengan betul selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.
Pantau Tanda Awal Penyakit: Jangan abaikan simptom ringan seperti batuk atau ruam. Segera bawa anak berjumpa doktor.
Pendidikan Kesihatan: Terangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menjaga kesihatan dan mengelakkan berkongsi barangan peribadi.
Kesihatan anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab ibu bapa. Penyakit-penyakit yang menyerang kanak-kanak bukan hanya menjejaskan pembelajaran dan kehidupan harian mereka, tetapi juga boleh memberi kesan jangka panjang jika tidak ditangani dengan segera. Ibu bapa diseru agar sentiasa berwaspada dan tidak mengambil ringan sebarang tanda penyakit. Pencegahan awal adalah kunci kepada perlindungan kesihatan anak-anak yang lebih baik. Jangan tunggu hingga terlambat – bertindak sekarang demi masa depan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ramai ibu hamil tak sedar, senaman Kegel ni walaupun simple sangat nak buat, tapi kesannya sangat powerful pada tubuh dan pengalaman bersalin nanti!
Senaman ni antara senaman pranatal terbaik sebab ia bantu persiapkan badan terutamanya kawasan pelvik untuk melalui proses kelahiran dengan lebih lancar dan tenang.
Kegel ni juga bantu letakkan bayi dalam posisi optimal (dikenali sebagai left occiput anterior atau LOA), iaitu posisi paling sesuai untuk lahir dengan mudah.
Apa Itu Senaman Kegel Sebenarnya?
Senaman Kegel ni fokus pada otot lantai pelvik iaitu kawasan yang menyokong organ penting macam faraj, rahim, pundi kencing dan usus. Bila otot ini kuat, ia bantu cegah masalah macam urine leakage (kebocoran air kencing) yang biasa berlaku semasa atau lepas bersalin.
Menurut kajian, kawalan otot lantai pelvik yang bagus akan membantu waktu proses meneran. Bila ibu tahu cara untuk relaks dan kawal otot semasa bersalin, barulah bayi boleh keluar dengan lebih mudah.
Apa Manfaatnya Untuk Ibu Hamil?
✅ Menyokong pundi kencing, rahim & usus
✅ Kurangkan risiko terkucil masa mengandung
✅ Bantu kawal otot meneran masa bersalin
✅ Pulihkan otot pelvik selepas bersalin
✅ Kurangkan risiko masalah incontinence lepas bersalin
Bonusnya, senaman ni boleh terus diamalkan walaupun selepas bersalin malah bagus untuk bantu penyembuhan kawasan perineum, dan kuatkan kembali otot-otot yang terkesan masa proses kelahiran.
Cara Buat Senaman Kegel Dengan Betul
Tak perlu ke gym pun, boleh buat sambil duduk tengok TV atau baring sahaja! Caranya mudah:
Kemut otot pelvik (macam nak tahan kencing) selama 3 saat
Lepaskan secara perlahan-lahan selama 3 saat
Ulang sebanyak 10–15 kali – ini dikira 1 set
Buat 3 set sehari – pagi, petang & malam
Lepas sudah biasa, naikkan tempoh kemutan ke 5 saat, dan seterusnya ke 10 saat. Fokusnya ialah kawal dan relaks otot tu secara teratur. Lama-lama, otot lantai pelvik akan jadi lebih kuat dan responsif!
Senaman Kegel memang bukan senaman yang nampak ‘glamour’ atau viral macam yoga atau pilates, tapi hakikatnya ia antara senaman paling penting untuk wanita hamil.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita mengandung dan baru melahirkan anak selalunya akan menitikberatkan amalan berpantang. Itu tak boleh ini tak boleh supaya dapat kembali cergas dan bertenaga. Tapi adakah kita terfikir rehat yang cukup, emosi stabil sangat penting untuk proses pemulihan bagi wanita lepas bersalin.
Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Saleh berkongsi situasi yang berlaku kini dan mungkin salah satu punca yang memberi tekanan dalam diam buat seorang wanita bergelar ibu.
Saya fikir amalan ‘berpantang’ selepas bersalin perlu dijenamakan semula agar lebih bersifat mesra syariat dan mengikut fitrah insaniah yang tepat.
Wanita bersalin bukan sekadar perlu diperingatkan agar melangkah perlahan, tidak boleh membaca, makan dan minum sekadarnya, memakai stokin sepanjang masa, mengikat tocang ketat-ketat, berpilis di dahi, mesti berurut, bertungku dan berdian dan mandi dengan dedaunan wangi. Ini untuk sihat tubuh badan (mungkin) dan supaya kembali cantik (?).
Yang wanita bersalin mahu ialah perkongsian tanggungjawab dan bantuan menguruskan diri, anak-anak serta bayi yang baru lahir. Seluruh tubuh yang sakit tidak memungkin mereka berjalan ke hulu dan ke hilir, membongkok dan mengiring melakukan rutin harian, walaupun yang mudah…apatah lagi mengejar anak yang lasak.
Badan yang masih lemah amat perlukan rehat yang panjang. Ibadah khusus pun Allah rehatkan, ada yang sehingga 60 hari. Bagaimana pula mereka dibiarkan memasak untuk makan sendiri?
Apatah lagi menjaga 2-3 anak kecil serentak sewaktu badan masih belum mampu berdiri dan memasak untuk suami pula? Kadangkala mereka jugalah yang berkejar ke jemuran bila guruh berdentum atau renyai mula merintik.
Bila melakukan semua urusan rumahtangga, mereka ditegur pula kerana tidak prihatin terhadap tubuh sendiri yang perlukan rehat. Bila minum terlebih kerana haus dan kepenatan mereka disindir pula nanti perut buncit menggelebeh. Bila bayi disuakan botol susu, mereka diperli malas menyusui bayi sendiri sedangkan si ibu jugalah yang menyempurnakan urusan rumahtangga dan kurang masa yang ada untuk proses penyusuan.
Justeru, yang wanita bersalin mahu ialah waktu rehat untuk proses penyembuhan yang lancar, bantuan ahli keluarga untuk meringankan rutin harian kerana mereka belum dapat mengurus sepenuhnya dan yang penting juga, agar mereka tidak terlalu tertekan dengan situasi SAKIT, SUSAH, KELIRU, MENGANTUK, PENAT dan LAPAR.
Al-Faatihah buat bayi-bayi syurga yang dibunuh bonda mereka. Maafkan ibu kalian. Kalau mereka dihormati, pasti mereka lebih menyayangi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.