Dapur Kita Farmasi Terbaik Rawatan Alami Bagi Anak Tak Sihat

Share

Percaya tak, dapur kita itu farmasi terbaik yang kita ada untuk remedi alami terutama bila anak tak sihat. Bukan tak nak percaya kepada ubat hospital, tapi ia adalah salah satu ikhtiar sampingan selepas dah dapat kepastian.

Mungkin bagi ibu-ibu yang belum tahu, barang kegunaan harian untuk memasak itulah banyak manfaatnya. Nampak macam biasa kan tapi baik untuk anak-anak di samping ubat yang diberikan doktor

Antara yang ibu boleh cuba buat sendiri adalah:

Letakkan hirisan bawang merah di sudut bilik. ‘Sulfur-containing compounds’ didalamnya mampu memerangkap bakteria dan virus. Sangat sesuai diletakkan ketika waktu malam kerana bakteria/virus lebih aktif di waktu itu. (suhunya sesuai untuk pembiakan).

Asam jawa bersifat anti-radang dan anti-oksida. Ia kaya dengan mineral surih seperti manganese. Jerlum kepala dan badan anak ketika demam, bantu turunkan suhu dan stabilkan dengan persekitaran.

Minyak bawang putih. Bawang putih kaya dengan antibiotik semulajadi. Kandungan allicin dalam bawang putih membantu sistem imun untuk kuat. Sapukan di tapak kaki ketika anak demam/batuk/selsema. Perlu ‘patch test’ dahulu, bimbang anak alahan pada bawang putih.

Empulur nenas kaya bromelain. Ia penawar batuk secara semulajadi yang banyak komponen anti-radang. Jus empulur nenas mempunyai kesan 5 kali lebih baik merawat batuk berbanding ubat batuk sendiri. (Sebaiknya untuk anak setahun ke atas)

Sumber: Geng Mak Masak Sihat

Published by
Wan Amy