Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang mengandung anak kedua berkongsi bahawa dia mengalami alahan yang teruk kali ini.
Menurut Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 31, dia juga sudah lama tidak ke dapur bagi menyediakan juadah kerana dirinya tidak tahan dengan bau masakan.
“Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak muntah.
“Dua-dua kehamilan alah pada bau goreng dan bau masakan. Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap,” kongsinya di Instagram.
“SubhanaAllah, banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Betul-betul berbeza dengan kehamilan sebelumnya.
“Secara fizikal, badan memang agak lemah sedikit dan sebab itu mental kena kuat. Kena set di fikiran setiap apa yang jadi itu ada kebaikan,” luahnya.Sebelum ini, berita gembira mengenai kehamilannya dikongsikan Saharul pada bulan lalu.
Ads
Deena dan Saharul, 30, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.
Sumber: ig Deena Emir & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika mengandung dan kehamilan sudah memasuki trimester terakhir, sesetengah wanita mungkin mengalami keadaan di mana ada garisan hitam pada perut. Garisan hitam ini dipanggil sebagailinea nigra. Hormon ketika mengandung juga menjelaskan mengapa ada masanya puting payudara menjadi lebih gelap dari biasa. Ada sesetengah wanita mengalami hyperpigmentation iaitu terdapat bahagian-bahagian lain pada tubuh yang kehitaman.
Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak yang juga merupakan Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menjelaskan tentang mitos yang mengatakan garisan hitam pada perut menjadi petanda jantina bayi dalam kandungan.
LINEA NIGRA
Garisan hitam memanjang dari pusat ke bawah tu namanya linea nigra. Disebabkan perubahan hormon yg berlaku masa hamil yang juga explain kenapa puting buah dada jadi lebih hitam dari biasa. Kadang2 bahagian badan lain pun ada yang hitam-hitam (hyperpigmentation)
Apa Yang Korang Perlu Tahu?
Linea nigra adalah perubahan normal yg berlaku, sungguhpun begitu ada je ibu yang takda garisan hitam ini. Ada ke takda garisan hitam ini tidak memberitahu apa-apa mengenai kehamilan – Contohnya kalau ada garisan hitam ini kehamilan ada masalah atau seumpama dengannya. Jangan mengarut!
Menurut kepercayan orang orang tua, jika garisan itu hanya sampai pada paras pusat – most probably ibu akan lahirkan bayi girl. Tapi jika garisan hitam itu lepas pada paras pusat – ibu akan lahirkan baby boy. Ini sekali lagi mengarut. Abis tu, utk org yang takda garisan hitam tu jantina baby nye 2 alam?
Linea nigra TAKDA KAITAN dengan jantina bayi dalam kandungan!
Tak perlu beli pelbagai produk atau krim untuk disapu pada garisan hitam ini kerana ianya akan pudar dan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Izzat ini dapatlah memberi sedikit penjelasan kepada para ibu bahawa linea nigra adalah satu keadaan normal dan tidak mempengaruhi jantina bayi dalam kandungan. Usah terburu-buru membuat tekaan jantina anak. Kalau tak sabar boleh buat pergi scan, tapi kalau mahukan kejutan, tunggu saja sehingga bayi dilahirkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dengar sahaja pil perancang, pasti kita terfikir tentang mencegah kehamilan semata-mata. Sebenarnya pil perancang tak mencegah kehamilan je, banyak lagi kelebihan yang lain yang mungkin kita tak tahu.
Kelebihan pil perancang selain mencegah kehamilan
-Mengurangkan risiko dapat kandungan luar rahim.
-Kalau ada masalah period seperti period banyak, sakit masa period, PMS – pil perancang dapat membantu. -50 % menurunkan risiko dapat kanser rahim dan ovari. -Menurunkan peluang dari dapat masalah pada buah dada benign seperti fibrocystic dan fibroadenomatosis sebanyak 50-70 % -berguna utk masalah jerawat, melindungi dari masalah pelvic inflammatory disease (PID). ?Kalau dah menopos, pil perancang ni dapat mengurangkan masalah ketumpatan tulang ( tulang rapuh )
Jumpa Dr dulu untuk tentukan sama ada pil perancang kehamilan sesuai ke tak untuk anda. Jangan suka-suka telan jer. Okay sis?
Bila kandungan sudah masuk trimester ketiga, especially bila due date dah makin dekat, kebanyakan ibu mula rasa cemas dan tertanya-tanya adakah cara bagi membantu percepatkan bersalin secara natural?
Jawapannya ya tapi ingat, setiap ibu berbeza-beza. Apa yang berkesan untuk orang lain, mungkin tak sama kesannya pada kita.
Berikut antara 10 tip yang boleh bantu mudahkan pembukaan rahim dan mempercepatkan proses kelahiran, dengan penjelasan lengkap untuk bantu ibu lebih bersedia secara fizikal dan mental. Wajib cuba!
1. Kekal Aktif & Banyakkan Bergerak
Aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki, naik turun tangga secara perlahan, dan mencuci rumah boleh bantu bayi turun ke posisi bersalin. Bila kepala bayi mula tekan ke bawah, serviks akan lebih mudah terbuka. Selain bantu dari segi fizikal, ibu pun rasa lebih kuat dan positif bila bergerak berbanding berbaring sepanjang masa.
Tip: Jalan perlahan-lahan pada waktu pagi dan petang sambil hirup udara segar.
2. Senaman Squat & Pelvic Rocking
Senaman squat bantu buka kawasan pelvis secara semula jadi. Bila pelvis terbuka, ruang untuk bayi ‘masuk gear’ ke laluan bersalin pun lebih mudah. Pelvic rocking pula (goyang pinggul ke depan-belakang sambil berdiri atau atas bola senaman) bantu kurangkan tekanan di belakang dan bantu posisi bayi jadi lebih ideal.
Tip: Cuba buat squat 5-10 kali sehari dan guna bola yoga sambil menonton tv. Relaks!
3. Urutan Perineum
Urutan ni bantu lembutkan kawasan antara faraj dan dubur (perineum) supaya tak mudah koyak masa bersalin nanti. Boleh mula dari minggu ke-34 ke atas, guna minyak seperti minyak kelapa dara. Lakukan dengan gerakan ‘U’ yang perlahan dan konsisten.
Tip: Pastikan tangan bersih dan lakukan waktu relaks contohnya selepas mandi.
4. Minum Air Kelapa Muda
Air kelapa muda bukan sekadar minuman biasa tapi sebenarnya ‘super drink’ semula jadi untuk ibu hamil. Kaya dengan elektrolit semula jadi seperti kalium dan magnesium, air kelapa bantu kekalkan hidrasi badan dan sangat penting bila badan bersedia untuk kerja keras semasa bersalin.
Lebih menarik, air kelapa juga dipercayai membantu melembutkan serviks supaya lebih mudah terbuka. Bila serviks lembut, proses bukaan akan jadi lebih lancar dan kurang risiko untuk mengalami kontraksi palsu yang menyakitkan tapi tak produktif.
Tip: Mula minum air kelapa muda dari minggu ke-37 dan ke atas.
5. Menggunakan Birthing Ball
Birthing ball bukan hiasan dekat rumah sahaja. Ia adalah salah satu alat yang sangat disyorkan oleh pakar untuk bantu ibu hamil melonggarkan sendi pelvis dan mempercepatkan penurunan kepala bayi ke bawah.
Dengan cara menggoyang atau memantulkan pinggul atas birthing ball, ibu boleh:
* Redakan sakit belakang
* Tingkatkan aliran darah ke rahim
* Merangsang pembukaan serviks secara semula jadi
* Gerakan ringan tapi konsisten atas bola membantu graviti bekerja untuk ibu
Tip: Duduk atas birthing ball sambil tengok TV dan goyang perlahan kiri kanan atau buat gerakan bulat.
6. Melakukan Hubungan Seksual
Ya, ini bukan mitos. Hubungan seks boleh membantu proses bersalin sebab ia merangsang pengeluaran hormon oksitosin hormon yang juga digunakan dalam hospital (induksi) untuk cetuskan kontraksi.
Tambahan pula, air mani mengandungi prostaglandin semula jadi yang membantu melembutkan serviks. Kalau kandungan dah cukup bulan dan tiada komplikasi, hubungan seks mungkin membantu percepatkan pembukaan.
7. Makan Kurma
Kurma bukan sekadar makanan sunah tetapi ia juga ‘superfood’ menjelang bersalin. Kajian menunjukkan ibu hamil yang amalkan makan kurma dalam minggu-minggu terakhir kehamilan mengalami pembukaan serviks yang lebih cepat dan lancar, serta kurang keperluan untuk induksi.
Paling Utama kurma mengandungi gula semula jadi untuk tenaga, serat untuk sistem penghadaman, dan kompaun yang bantu kematangan rahim.
Tip: Mulakan dengan 3 hingga 6 biji kurma sehari bermula minggu ke-36.
8. Teknik Pernafasan dan Relaksasi
Salah satu kunci utama dalam proses bersalin adalah tenang dan bernafas dengan betul. Bila ibu panik, hormon stres akan keluar dan mengganggu pengeluaran oksitosin iaitu hormon yang membantu kontraksi.
Teknik pernafasan seperti ‘inhale 4 – tahan 4 – exhale 6’ boleh bantu kawal degupan jantung, tenangkan minda, dan bantu serviks terbuka secara perlahan-lahan.
Tip: Praktis teknik pernafasan setiap kali ada Braxton Hicks supaya lebih bersedia bila betul-betul ‘in labour’.
9. Banyakkan berjalan
Selain melakukan senaman squat, ibu juga dinasihatkan untuk memperbanyakkan berjalan. Bukan sahaja baik untuk bersalin bahkan untuk stamina ketika bakal bersalin kelak. Tak perlu lama, cukup hanya 10 hingga 15 minit mengikut kemampuan ibu hamil. Jangan paksa diri tapi buat berlahan-lahan.
Tip: Keliling taman kecil di rumah atau laman hadapan rumah sudah memadai bagi ibu.
10. Doa dan Zikir Khas Bersalin
Jangan lupa untuk berzikir dan berdoa untuk mempercepatkan dan memudahkan bersalin. Antara doa yang perlu diamalkan adalah doa Nabi Yunus serta Surah Maryam yang membantu kelancaran proses bersalin. Amalkan zikir seperti Ya Fattah dan Ya Latif setiap hari agar diberikan kelancaran ketika bersalin kelak.
Dengan mengamalkan tip-tip di atas, diharapkan proses bersalin dapat berjalan dengan lebih lancar dan cepat. Namun, setiap kehamilan adalah unik, dan adalah penting untuk berbincang dengan doktor atau bidan sebelum mencuba sebarang kaedah untuk mempercepatkan kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.