Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang mengandung anak kedua berkongsi bahawa dia mengalami alahan yang teruk kali ini.
Menurut Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 31, dia juga sudah lama tidak ke dapur bagi menyediakan juadah kerana dirinya tidak tahan dengan bau masakan.
“Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak muntah.
“Dua-dua kehamilan alah pada bau goreng dan bau masakan. Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap,” kongsinya di Instagram.
Artikel Berkaitan [Moga Baby Girl Kali Ni! Saharul Syukur Doanya Nak Bagi Adik Pada Ali Dimakbulkan]
Jelas Deena lagi, dalam tempoh kehamilan kali ini, badannya juga berasa kurang bertenaga berbanding ketika mengandung anak sulung.
“SubhanaAllah, banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Betul-betul berbeza dengan kehamilan sebelumnya.
“Secara fizikal, badan memang agak lemah sedikit dan sebab itu mental kena kuat. Kena set di fikiran setiap apa yang jadi itu ada kebaikan,” luahnya.
Deena dan Saharul, 30, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.
Sumber: ig Deena Emir & Gempak