Selain ruang tamu, dapur menjadi nadi utama dalam sesebuah rumah. Namun dapur antara ruang paling istimewa, dekat di hati setiap insan bergelar isteri. Maka di dapur jugalah isteri meluahkan setiap karyanya, bukan hanya memasak bahkan seni hias menghias.
Dapur berwarna merah jambu mungkin tidak pernah terfikirkan oleh kita namun dapur comel B40 milik Nizz Iman ini sangatlah comel. Susun aturnya ringkas malah gabungan alatan melengkapkan lagi sentuhan tersendiri dapur comel ini.
Tanpa kabinet dapur pun, dapur tetap cantik dan terhias kemas dengan cara sendiri. Menariknya dapurnya cantik malah dihasilkan sendiri olehnya dengan hasil gabungan barangan terpakai serta tampalan DIY beberapa bahan tambahan lain untuk mencantikkan dapur pink ini. Sejuk mata memandang.
Dapur rakyat B40. Alhamdulillah.
Sape cakap takde kitchen cabinet dapur takleh nampak kemas n cantik? Table top tu meja terpakai je. Tampal vinyl, pasang skirting jadi nice la jugak.
Skirting beli kain kat Nagoya RM2 je semeter. Ayah mertua tolong jahitkan.
Rak bawah meja tu rak kasut je. Saya beli kat Lazada. Shelf tu saya buat sndri. Boleh pm tepi kalau nak.
Freezer, fridge, microwave, stove mak mertua punya. Dia bagi guna. Jimat banyak kat situ.
Barang-barang lain tu beli dekat :
1. Mr DIY
2.Eco shop
3. Miniso
4. Minigood
5. Yubiso
6. Daiso
7. Tesco
8. Shopee
9. Lazada
10. Kaison
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Didiklah Anak Rasa Syukur & Tak Berkira Bantu Orang. Ini Kunci Kejayaan Dalam Hidup!
Dalam keadaan sekarang, untuk mendidik dan membesarkan anak memang satu cabaran besar buat ibu bapa. Apatah lagi perlu berdepan perkembangan pesat teknologi canggih termasuk gajet yang banyak memberi pengaruh kepada pemikiran anak.
Perkara ini secara tidak langsung memaksa ibu bapa berfikir secara kreatif dalam memastikan didikan yang seimbang dengan pembentukan sahsiah dan jati diri anak sesuai mengikut peredaran zaman.
Bagi memastikan anak-anak seimbang akhlaknya, perlu didedahkan dengan sifat prihatin dan bersyukur dengan apa yang mereka ada dalam kehidupan seharian. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mendedahkan anak terlibat dalam program kemasyarakatan, membantu atau menderma kepada golongan yang kurang bernasib baik dan semai semangat untuk bekerjasama walau berada di mana saja.
Melalui cara ini, secara tak langsung ibu bapa boleh menanam sifat prihatin dan kasih sayang dalam diri anak-anak kepada insan lain terutamanya kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Ibu bapa juga perlu tahu, kejayaan anak bukan semata-mata dari aspek akademik, malah jiwa anak juga perlu diisi dengan didikan agama agar mereka dapat membezakan antara perbuatan baik dan buruk sekali gus mampu melahirkan generasi prihatin, berkeyakinan tinggi, cintakan Allah serta Rasul.
Sebagai permulaan ke arah penglibatan anak untuk aktiviti kemasyarakatan, ibu bapa boleh cuba membiasakan anak untuk bersedekah. Walaupun tak banyak, tapi bila amalan ini selalu dilihat dengan sendirinya mereka faham.
Antara salah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membantu menyalurkan bantuan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.
Peduli Insan diwujudkan pada tahun 2011, bermula dengan nama Syria Di Hatiku, dan didaftarkan semula pada tahun 2018 menggunakan nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, merupakan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mesasarkan bantuan melangkaui sempadan.
Kini mempunyai cawangan di Shah Alam dan Pulau Pinang di dalam Malaysia serta pejabat di Turki dan utara Syria, Peduli Insan mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia sekiranya ada kes-kes kecemasan yang memerlukan bantuan segera. Antara bantuan yang disalurkan di dalam negara Malaysia adalah bantuan keperluan bagi kes-kes kecemasan kesihatan, bantuan makanan serta keperluan seperti bantuan pasca banjir dan juga ketika pandemik Covid-19 yang telah membuat ramai rakyat Malaysia terjejas. Selain itu, Peduli Insan juga konsisten menjadi badan penggerak bantuan kepada negara-negara bergolak akibat peperangan seperti Syria, Palestin, Yaman dan Pakistan hasil sumbangan dan sikap dermawan rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut kempen-kempen yang sedang digerakkan oleh Peduli Insan atau ingin menghulurkan sumbangan boleh layari
Website: www.peduliinsan.org
Facebook: https://www.facebook.com/peduliinsan.my
Instagram: https://www.instagram.com/peduliinsan.my
Buat pengetahuan semua, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia juga terpilih dalam kategori Pertubuhan Amal Pilihan Pa&Ma untuk Jenama Pilihan 2022.
Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, sedikit sebanyak ia boleh mendidik ahli keluarga dengan semangat melakukan kebaikan serta belas kasihan kepada pihak yang kurang bernasib baik. Paling penting mendidik jiwa anak-anak untuk lebih bersyukur dengan kehidupan yang dilalui. Sifat belas kasihan boleh dipupuk dengan mengajar anak untuk bersatu dan saling menyokong melalui semangat perpaduan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyusuan Jadi Lebih Mudah Dengan New Philips Avent Natural Response Bottle & Teat. Anak Kenyang, Mama Bahagia!
Tengah malam bila dah lena diulit mimpi, tiba-tiba kita terdengar rengekan anak yang mahukan susu. Salah satu rutin yang paling mencabar adalah bangun tengah malam untuk menyediakan susu untuk anak-anak yang memerlukannya. Walaupun ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab yang dilakukan dengan kasih sayang, tidak dapat dinafikan bahawa ia boleh menyebabkan keletihan yang sangat besar.
Sebenarnya nak berikan susu pada anak tidaklah susah tapi bila tiba-tiba dia tersedak susu kerana aliran susu yang terlalu laju memang merisaukan! Dalam hati ingatkan dah selesai masalah, anak kenyang boleh tidur semula tapi bila dah tersedak macam tu buat dia meragam lebih teruk. Habislah waktu tidur mama! Sudahnya kita habiskan masa berjam-jam untuk tenangkan dia.
Siapa je yang tak penat bila berdepan situasi macam ni. Kita jadi stres dan rasa seperti ibu yang tak berguna. Asyik salahkan diri sendiri dan buat kita rasa macam bersendirian, tiada siapa yang faham semua kesukaran ini.
Jenama Philips Avent diwujudkan supaya kita semua dapat berkongsi perhatian dan kasih sayang sebagai mama papa sejak tahun 1984 lagi dan tempoh ini bukan sekejap! Philips Avent memahami bahawa kita hanya boleh memberikan penjagaan terbaik kepada anak kita apabila kita menjaga diri sendiri juga.
Semuanya Bermula Dengan Sebuah Botol Susu & Puting..
Macam ni mama, perkara pertama yang perlu anda buat adalah tukar botol susu yang digunakan. Itulah perkara yang mencetus kepada masalah anak merengek tadi kan? Sebab dia tersedak bila minum susu, terus tak mahu tidur. Jadi, tiba masanya mama cari botol susu yang lebih sesuai untuk si manja tersayang.
Untuk menyokong pengorbanan seorang mama, jenama ini menghasilkan rangkaian produk yang dapat membantu memudahkan kerja harian ibu. Jom, kenali salah satu hero Philips Avent!
Pengalaman Menyusu Lebih Semulajadi, Umpama Menyusu Badan!
Kalau mama mahukan botol susu yang berkualiti tinggi serta dapat memudahkan proses anak minum susu, dapatkan New Philips Avent Natural Response Bottle & Teat. Tahukah mama, botol susu ini serta putingnya direka khas untuk ‘meniru’ pengalaman seperti menyusu badan dan diuji sebaiknya secara klinikal, Philips Avent mahu memastikan sokongan holistik kepada mama yang mencari botol susu terbaik untuk anak.
Lagi best, dapatlah papa pun bantu berikan susu pada anak kalau mama dah letih! Memandangkan botol susu dan puting Philips Avent ni memberi sensasi seperti menyusu badan, jadi tak perlu risau anak mengalami keliru puting.
The Natural Response Teat pula direka untuk memberi pengalaman menyusu organik dan tak sama seperti puting tradisional lain, ia hanya ‘melepaskan’ susu apabila bayi menghisap. Sama seperti menyusu dari payudara.
Putingnya lembut dan sangat fleksibel untuk meniru seperti puting payudara supaya anak dapat menghisap susu secara semulajadi dan lebih selesa. Jadi, anak tidak akan mempunyai pengalaman berbeza apabila minum susu dari payudara atau ketika menggunakan The Philips Avent Natural Response Bottle & Teat. Best kan?
Bebas Tumpah
Lebih bagus lagi botol susu dan puting Philips Avent ini sangat memudahkan dan direka supaya bebas tumpah. Sesetengah puting mungkin akan mengalami masalah susu menitis keluar tetapi tidak Philips Avent kerana putingnya dibuat dapat mengelak masalah tumpah bagi memastikan anak tidak comot semasa menyusu serta mengatasi masalah pembaziran.
The Philips Avent Natural Response Bottle & Teat ini juga didatangkan dengan empat komponen yang sangat mudah dikendalikan serta dibersihkan.
Sesuai untuk mama yang sibuk dan mengejar masa! Dengan puting lembut dan lebih ‘real’, takkan membuatkan si manja keliru ketika menikmati susu dari payudara mahupun botol susu!
Dapat Bantu Elak Kembang Perut
Botol susu serta puting jenama ini juga telah diuji secara klinikal untuk mengelak masalah kembung perut atau kolik. Dah tentu Philips Avent mahu memastikan ibu yang menyusukan anak merasa lebih mudah ketika menguruskan pelbagai hal dalam satu masa. Penutup J-slit dapat membantu anak tidak merasa keliru apabila menyusu badan mahupun menggunakan botol susu.
Philips Avent Natural Response Teat memerlukan anak untuk menghidap secara aktif, barulah susu akan keluar. Sama seperti ketika mereka minum terus dari payudara mama. Bila anak tak keliru, mereka takkan meragam dan memudahkan orang lain untuk memberi susu kepada anak.
Puting ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dan diperbuat daripada material BPA-free yang menjadikan ia selamat untuk anak serta memberi mereka masa menyusu yang lebih tenang dan selamat.
Jadi Pilihan Fifa Rasol!
Bagi ibu muda, Fifa Rasol botol susu ini sangat membantunya sebagai seorang mama. Sebelum ini, Fifa mengalami kesukaran dan stres apabila dia memilih botol susu yang salah untuk anaknya.
Susu asyik mengalir sehingga menyebabkan anaknya mudah tersedak dan membuatkan anaknya tidak mahu minum dari botol dan hanya menyusu terus dari payudara sahaja. Sudah tentu ia merisaukan kerana Fifa merupakan seorang ibu yang berkerjaya.
Kini tidak lagi kerana Fifa telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih New Philips Avent Natural Response Bottle! Ibu muda ini gemarkan reka bentuknya yang cantik serta kualiti material yang terbaik dari Philips Avent. Lebih baik lagi, kerana botol ini memberi sensasi yang sama seperti payudara mama!
Jom, tonton video Fifa ni;
Bagi mama papa yang berminat untuk mendapatkan produk Philips Avent terutamanya New Philips Avent Natural Response Bottle, boleh beli di AEON, Sogo, Parkson, Shopee, Lazada, VIB World, Manjaku dan butik barangan bayi yang lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susukan Anak Separuh Jalan, Bukan Tanda Putus Asa, Ada Sebab Lain Ibu Perlu Tahu!
Bukan semua dari kita diberikan rezeki untuk menyusukan anak sehingga usia dua tahun. Ada yang berpeluang menyusu anak sehingga usia enam bulan sahaja namun ada pula yang langsung tidak punya rezeki untuk menyusukan anak.
Banyak faktor kegagalan penyusuan ini. Kurang pengetahuan menjadi penyebab terbesar kegagalan penyusuan dapat dijayakan sebaiknya. Namun terdapat beberapa lagi faktor penyebab penyusuan jadi kurang lancar.
Antara faktornya termasuklah:
Stress atau tekanan persekitaran
Penat dan tertekan dengan persekitaran ketika beberapa minggu pertama selepas bersalin menjadi punca utama ibu tidak dapat menjayakan penyusuan dengan baik. Ditambah pula dengan masalah kecil lain seperti rekahan, melecet, gagal melekap dengan baik yang menjadi punca ibu makin stress.
Kekurangan waktu tidur yang mencukupi juga menambah rasa stress dikalangan ibu yang akhirnya membuatkan terkesan pada masalah lain terutamanya penyusuan.
Apabila badan stress, badan akan kekurangan hormon oksitoksin dan seterusnya membuatkan produksi susu ibu merudum.
Tiada atau bekalan susu ibu rendah
Walaupun mencuba pelbagai cara, namun produksi pengeluaran susu tidaklah sebanyak orang lain. Salah satu punca tiada susu ini disebabkan oleh kemerosotan kesihatan ibu itu sendiri.
Tidak mendapat tidur yang mencukupi, kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan jadual bayi serta peningkatan kadar hormon tertentu seperti kortisol boleh mengurangkan bekalan susu badan secara dramatik.
Antara masalah lain yang boleh menyebabkan ketiadaan susu adalah disebabkan oleh masalah hipoplasia payudara, sindrom ovari polisistik (PCOS), hipotiroidisme di mana kelenjar tiroid kurang aktif lalu fungsi badan menjadi perlahan serta pernah menjalani pembedahan payudara.
Kurangnya Ilmu
Tanpa panduan menyusukan bayi dengan tunjuk ajar yang tepat, penyusuan anak boleh jadi hilang arah. Malah bebanan penyusuan di awal kelahiran dek kerana kurangnya ilmu dalam bidang laktasi membuatkan ada ibu-ibu muda gagal meneruskan penyusuan hingga akhirnya.
Ramai yang mudah berputus asa. Disebabkan itulah bakal ibu perlu mempunyai ilmu penyusuan dan memperbanyakkan informasi agar lebih bersedia menghadapinya.
Atas dasar itulah, My Motherhood mewujudkan sebuah lawan web khusus untuk memberi panduan kepada ibu-ibu untuk meneruskan penyusuan dengan baik dan lancar.
My Motherhood yang diasaskan oleh tiga individu hebat terdiri dari Daria Li, Dr. Tengku Putri Zainab dan Nurun Nadia Masrom berusaha memberi ilmu penyusuan secara eksklusif, khusus untuk membantu ibu-ibu menyusukan anak dengan baik.
Bagi anda yang tercari-cari ilmu penyusuan, My Motherhood pastinya laman web terbaik yang menyalurkan maklumat penyusuan tepat dan bukan mitos yang mematikan semangat ibu menyusu.
Tidak hairanlah laman web ini dipilih sebagai Konsultasi Penyusuan Terbaik Pilihan Pa&Ma di Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.
Laman web My Motherhood umpama ‘life saver’ buat ibu-ibu menyusukan secara eksklusif. Dengan kepakaran dari pengasas laman web ini yang juga merupakan kaunselor laktasi dan pakar perunding pediatrik, sememangnya amat diyakini!
Bukan itu saja, sokongan dari kaunselor laktasi diberikan dari awal journey penyusuan supaya para ibu dapat melaluinya dengan rasa yakin dan berjaya.
Dapatkan maklumat lanjut di mymotherhood.com.my, atau melalui Facebook, My Motherhood serta Instagram @mymotherhood.hq untuk mengikuti pelbagai informasi dan aktiviti.
Juga boleh hubungi di talian 019-679 8575 untuk konsultasi berkaitan penyusuan atau sebarang pertanyaan.
Pengambilan ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang kita ambil saban hari tanpa kita sedari turut memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Walaupun kebanyakan ubat sesuai diambil oleh ibu yang ingin menyusu badan, namun setiap ubat tetap mempunyai risikonya.
Ubat-ubatan terutama kepada rawatan penyakit tertentu kebanyakkannya memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI