Risaunya hati bila si kecil disahkan jaundis. Sebenar apakah punca terjadinya jaundis yang?
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis bagi bayi ialah jaundis yang berlaku dalam tempoh sebulan selepas bayi lahir. Jaundis sering berlaku pada bayi di mana 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.
JENIS JAUNDIS PADA BAYI
Jaundis mula terjadi kira-kira selepas 48 jam bayi dilahirkan dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.
- Fisiologi jaundis
- Patologi jaundis
- Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. Ia terjadi apabila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’.
- Defisiensi G6PD pada bayi di mana bayi kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini. Bayi akan diperiksa status G6PD sejurus selepas lahir.
- Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.
PUNCA JAUNDIS BERPANJANGAN
Jaundis berpanjangan ialah apabila kekuningan pada bayi berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang lahir cukup bulan dan 21 hari bagi bayi lahir pramatang. Berikut ialah punca jaundis berpanjangan kepada bayi.
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.
- Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
- Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran.
6 TANDA JAUNDIS SERIUS PADA BAYI
Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya mendapati
- Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
- Bayi kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
- Najis bayi kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.
- Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan
- Peningkatan kekuningan yang cepat
- Bayi anda mengalami kekurangan G6PD.
Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.
RISIKO KEPADA BAYI APABILA JAUNDIS SERIUS
Paras bilirubin yang tinggi boleh menyebabkan bahaya. Ia boleh mengakibatkan;
- Gangguan pendengaran di mana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
- Kerosakan otak yang teruk (kernicterus).
Justeru, bagi mengelakkan masalah ini, ibu bapa perlu mendapatkam rawatan segera bagi mengelakkan terjadinya komplikasi jaundis yang teruk.
JANGAN JEMUR BAYI!
Terdapat dua jenis rawatan akan diberikan kepada bayi iaitu bayi jaundis iaitu dengan meletakkannya di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya. Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak mendedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ia boleh membahayakan bayi.
Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI