Kehamilan

Darah Terlampau Tinggi, Netizen Mohon Abby Banyakkan Rehat Demi Kandungan!

Share

Masalah ketika hamil pastinya mengundang kebimbangan sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang melalui jarak kehamilan yang panjang. Komplikasi kehamilan yang dialami oleh Abby Abadi pada Ahad lalu ternyata agak membimbangkan.

Menerusi instagram miliknya, Abby menyatakan masalahnya yang mengalami  tekanan darah terlampau tinggi. Komplikasi yang agak berbahaya bagi ibu hamil. Namun rehat adalah jalannya.

Rata-rata para pengikutnya di instagram mendoakan agar kandungan Abby kali ini berada dalam keadaan yang baik. Perkongsian Abby di instagramnya mengundang kebimbangan netizen sambil mendoakan yang terbaik buat Abby.

Anak5
Buah hati
Pengarang jantung mama

Doakan Mama
Selalu dalam lindungan
Dan kasih sayang ALLAH SWT ye

Mama kena masuk ward malam ni.
Sebab darah terlampau tinggi. Kandungan baru 23 minggu. Tapi Mama dah tak kuat ni.

Mohon doa kalian ye. Doakan Mama & Baby
Panjang umur dan selamat dunia akhirat ye.

Begitu kongsi Abby di instagramnya. Namun pagi ini, Abby berkongsi keadaannya dan meluahkan rasa syukur.

“Assalamualaikum sahabat selamat pagi isnin, Alhamdullillah masih bernafas, syukur, ” luahnya.

Sementara itu melalui instagram suaminya, Faizal Zakaria, turut berkongsi kebimbangan terhadap isteri kesayangannya itu.

Jangan risau MyLove @abby_abadi112 Allah akan permudahkan segala-galanya. Saya ada je kat luar ni. Rehat ya, jangan fikir apa-apa. Nak sayang & baby sihat. Pemantauan 24 jam untuk tekanan darah.

Maaf Sayang @abby_abadi112 saya tak kuat. Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk sayang dan baby. ❤️❤️❤️❤️❤️ dunia akhirat.

Sayang @abby_abadi112 rehat ya. Nanti pagi kita jumpa. Saya ada kat dalam kete je ni. ❤️❤️❤️❤️❤️ sayang dunia akhirat. Moga Allah kembalikan kesihatan sayang…muahhhhhhhhh.

Para pengikut Abby turut mendoakan kesejahteraan Abby dan bayi di dalam kandungan. Semoga Abby selamat menjalani tempoh kehamilan yang indah sehingga selamat bersalin kelak.

Published by
SRM