Melalui tempoh sembilan bulan hamil bukanlah mudah. Bukan hanya terpaksa fikirkan kesihatan anak di dalam kandungam bahkan juga kesihatan diri sendiri sepanjang waktu itu.

Apa saja yang kita makan atau lakukan punya risiko tersendiri mengikut tubuh badan masing-masing. Tak kurang juga terdedah kepada penyakit yang nampak remeh seperti darah tinggi dan kencing manis tetapi amatlah bahaya kepada anak dan ibu.

Menurut Doktor Norintan Zainal Shah daripada Hospital Colombia Asia, dianggarkan lebih 8 peratus wanita hamil mengalami masalah penyakit darah tinggi ketika bersalin. Dan lebih bertambah buruk lagi, jika tekanan darah tidak dikawal, boleh menyebabkan masalah sawan.

Darah Tinggi Ketika Hamil, Nampak Macam Sakit  Biasa Tapi Tersangatlah Bahaya, Ikut Pesanan Doktor Ni!

Sawan inilah yang kita namakan sebagai eklampsia. Wanita yang mengandungkan anak pertama lebih berisiko untuk mengalaminya.

“Tak ramai wanita hamil terfikir untuk berbincang mengenai masalah darah tinggi ketika mereka hamil sedangkan hakikatnya mereka sangat cenderung untuk mengalami masalah ini. Lebih buruk lagi masalah yang dianggap biasa ini boleh mengundang risiko paling berbahaya, hingga menggadaikan nyawa.

“Eklampsia merupakan masalah yang sangat serius. Ia berlaku selepas usia kehamilan mencecah 20 minggu. Sawan yang dinamakan sebagai eklampsia ini merupakan kekejangan otot diluar kawalan dan tanpa disedari oleh pesakit. Sawan yang dikenali sebagai ‘kejang tonik-klonik’ ini, jika tidak dikawal dengan segera, pesakit boleh berisiko untuk mengalami koma.

Darah Tinggi Ketika Hamil, Nampak Macam Sakit  Biasa Tapi Tersangatlah Bahaya, Ikut Pesanan Doktor Ni!

IKLAN

Sebelum berlakunya eklampsia, pesakit selalunya mengalami pre eklampsia. Pre-eklampsia adalah keadaan di mana tekanan darah seseorang wanita hamil didapati meningkat dengan tinggi dan air kencingnya juga mengandungi protein.

Kedua-dua masalah ini tidak harus dipandang ringan kerana wanita hamil yang mengalami masalah ini perlu dirujuk sesegera mungkin ke hospital, bagi menstabilkan tekanan darahnya. Apabila pesakit menjadi stabil, doktor kemudiannya akan berbincang untuk melakukan proses melahirkan bayi pesakit pre – eklampsia ini walaupun bayi belum mencapai tempoh matang.”

Menurut Doktor Norintan, wanita yang menghidap penyakit darah tinggi sebelum hamil dinasihatkan untuk menstabilkan tekanan darah mereka terlebih dahulu dengan kawalan ubat dan pemakanan yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk hamil.

Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi sebelum hamil lebih berisiko untuk mengalami pre eklampsia dan eklampsia.

IKLAN

Darah Tinggi Ketika Hamil, Nampak Macam Sakit  Biasa Tapi Tersangatlah Bahaya, Ikut Pesanan Doktor Ni!

Faktor-Faktor Eklampsia
Bagi wanita yang mengalami tekanan darah tinggi sewaktu hamil ( usia kehamilan 20 miggu ke atas) tetapi ujian air kencing adalah normal ( tanpa kehadiran protin), golongan ini lebih dikenali sebagai ‘pregnancy induced hypertension’ atau ringkasnya PIH.

Pesakit PIH selalunya boleh mengawal tekanan darah tinggi dengan memakan ubat dan boleh menunggu hingga bayi matang sebelum bayi tersebut dilahirkan.

Faktor-faktor terjadinya PIH, pre-eklampsia dan juga eklampsia dilihat masih samar dan masih belum diketahui punca sepenuhnya terjadi masalah ini. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tekanan darah akan mula menurun dan kembali ke tahap normal.

IKLAN

Daripada sinilah timbulnya teori bahawa bayi dan uri di dalam pesakit PIH dan pre eklampsia menghasilkan bahan toksin yang mencetus kenaikan tekanan darah tinggi. Setelah kelahiran bayi dan uri, serta keluarnya bahan toksin, tekanan darah secara automatik akan kembali stabil.

Darah Tinggi Ketika Hamil, Nampak Macam Sakit  Biasa Tapi Tersangatlah Bahaya, Ikut Pesanan Doktor Ni!

“Tanda-tanda para ibu hamil yang mengalami pre-eklampsia ini di antaranya adalah kenaikan tekanan darah, berat badan naik mendadak, pengeluaran protein dalam air kencing, bengkak di kaki dan wajah, gangguan atau penglihatan sedikit kabur, pandangan silau dan juga masalah sakit kepala seperti pening, mual, muntah dan juga sakit ulu hati.

Kebiasaannya gejala dan tanda ini muncul pada kehamilan trimester kedua. Jika mengalami masalah ini, wanita hamil dinasihatkan untuk segera ke klinik dan mendapatkan bacaan tekanan darah atau terus merujuk masalah ini kepada hospital.”

Darah Tinggi Ketika Hamil, Nampak Macam Sakit  Biasa Tapi Tersangatlah Bahaya, Ikut Pesanan Doktor Ni!

Kesan Eklampsia

  1. Menjadi koma atau maut akibat pendarahan dalam otak.
  2. Setelah sedar dari koma, berkemungkinan buta atau lemah anggota seperti pesakit angin ahmar.
  3. Bayi dalam kandungan menjadi kecil dari segi perkembangannnya.
  4. Berlaku pendarahan dalam uri (Abruptio placenta)
  5. Bayi terpaksa dilahirkan pra-matang bagi menyelamatkan nyawa ibu.

Ibu hamil dinasihatkan sentiasa mengambil ubat-ubatan pada kadar yang disyorkan dan teratur seperti yang disyorkan oleh doktor untuk mengawal tekanan darah ini. Walaupun setelah melahirkan anak, bacaan tekanan darah juga hendaklah sentiasa dipantau kerana eklampsia masih boleh berlaku di dalam tempoh berpantang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI