Dari 6 Bulan Dia Perhati & ‘Tiru’ Kita. Tunjuk Yang Baik-Baik, Elok Untuk Perkembangan Anak

Share

Setiap ibu ayah pasti bersemangat dan teruja untuk memerhatikan perkembangan anak-anak kan? Sejak mereka dilahirkan sehingga ‘dapat kaki’, dah tentu kita seronok melihat pencapaian mereka. Sebenarnya, seawal usia bayi 6 bulan dah boleh tiru gerakan ibu ayah. Sebab itulah penting untuk kita sentiasa berikan galakan kepada anak ni

Sumber foto: www.shutterstock.com

Menurut perkongsian Pn. Wan Nurul Syakira yang merupakan penulis keibubapaan, apabila bayi mencecah usia 6 bulan mereka dah boleh mengikut pergerakan orang terdekat asalkan diajar setiap hari.

Ikuti penjelasan lanjut ini;

BAYI 7 BULAN DAH BOLEH TIRU GERAKAN IBU AYAH ?

Info penting! Bayi dah berupaya tiru gesture kita seawal 6 bulan kalau diajar setiap hari. Umur 6 bulan ke atas dah ada keupayaan untuk tiru gesture mudah dan bunyi.

Apa gesture yang boleh diajar ?
Bye bye
Flying kiss
✅ Angguk kepala
✅ Geleng kepala
✅ Tadah tangan tanda nak
✅ Salam
✅ Menoleh bila dipanggil

Sumber foto: www.shutterstock.com

Penting tau gesture ( gerak isyarat ) ini sebab ia asas untuk anak bercakap. Ini tip dari terapis perkembangan kanak-kanak tau! Nak bercakap, kena pandai meniru dan faham apa yang kita cakapkan dan isyaratkan. Yang penting, rangsangan kena diberikan pada anak. Selalu latih gesture dengan anak-anak.

Baca Juga:

Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai

Usia Baru 7 Tahun, Impian Arkan Bergelar Pilot Jadi Kenyataan. Memang Ada Bakat!

Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!

Pengalaman peribadi,
👉Biasanya saya selalu mulakan dengan bye bye. “Bye bye macam mana adik?” dan saya angkat tangannya ke atas dan ke bawah untuk bantuan fizikal dulu. Buat hari -hari.
👉 Saya juga selalu tanya, “Mana Maryam Sofiyyah?”, dan saya lanjutkan dengan sebut “Saya” sambil angkat tangan bayi 7 bulan saya.
👉 Bayi umur 6 bulan ke atas ni dah boleh kutip benda kan. Jadi, bila nak ambil sesuatu yang kurang elok dia pegang , saya selalu tadah tangan dan cakap “Ummi, nak” dan ambil perlahan. Tekankan perkataan nak tu.

Sumber foto: www.shutterstock.com

Apa gesture pertama bayi anda ?
Anak-anak saya kebanyakannya gesture bye bye. Seronok betul bila mereka dapat tiru kita buat bye bye. Rasa excited betul bila latihan setiap hari berjaya. Alhamdulillah. Biiznillah.

Inilah antara aktiviti boleh dibuat dengan bayi. Ajar mereka gesture ketika mereka bermain. Ketika mereka mandi. Jangan ingat kita tak boleh buat aktiviti dengan bayi tau. Kerja mereka bukan tidur, bangun, menyusu dan buang air saja. Nak mudahkan mereka bercakap, buat rangsangan dari awal.

Sangat rugi kalau lepaskan masa berharga anak-anak untuk bantu perkembangan mereka. Biar perkembangan mereka normal dan on track untuk mudah di kemudian hari. Sepatutnya baby seawal 16 bulan bersamaan 1 tahun 4 bulan mesti at least dah boleh buat 16 jenis gesture. Jangan berlengah untuk ajarkan gesture pada seawal usia.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

 

Published by
Emy H