Kita rasa dah susah, tapi bayangkan kehidupan seorang ibu dan lima anak yang terpaksa tinggal dalam sebuah bilik kecil di sebuah kilang kayu tanpa kelengkapan asas yang cukup untuk meneruskan hidup.
Walaupun kehidupan 6 beranak ini tak selesa, namun apa yang boleh dipuji keluarga ini tetap bersyukur mempunyai tempat berlindung. Difahamkan setelah kematian ayah yang menjadi tempat bergantung ia sedikit sukar.
Menerusi perkongsian dari Ustaz Ebit Lew beliau berkesempatan menziarahi ibu tunggal ini di Batu 6, Jalan Permatang Badak, Pahang yang terpaksa memilih untuk tinggal di sebuah bilik kecil di tempat kerja arwah suaminya sebelum ini.
Lebih menyedihkan, suami wanita tersebut baru sahaja meninggal dunia dan mereka tidak mempunyai sumber pendapatan selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Zakat Pahang.
Menurut Ustaz Ebit, dia berusaha membantu keluarga tersebut dan berjaya mendapatkan rumah baru buat mereka.
Ya Allah Kasihannya!
Sebak sayu ziarah kakak ini bersama 5 orang anaknya tinggal di bilik kecil dalam kilang kayu di batu 6 jalan Permatang Badak Pahang. Arwah suaminya kerja kilang kayu ini. Belum setahun meninggal dunia. Risau saya tengok habuk kayu. Ya Allah kasihannya. Sekarang kakak ini dibantu tinggal di bilik tu bersama anaknya. Cuma satu ruang sahaja. Tiada katil. Tiada apa-apapun. Peti ais mesin basuh semua tiada. Kosong. Tapi barang semua tersusun kemas jer.
Tengok result spm anaknya 5A. Terharu tengok. Cerdik dan baik anak kakak ini. Nak masuk matrikulasi katanya. Nak jadi akauntan.
Kita kalau repair rumah jer penuh habuk kayu. Ini kilang kayu. Syukur mereka dah 3 bulan dapat bantuan duit bulanan dari jkm dan zakat Pahang. Terima kaseh JKM dan Zakat Pahang. Tahniah. Allah sayang. Doakan saya tengah cari rumah untuk mereka. Kasihan dan tak sanggup tengok orang tidur disini. Pohon doakan yer. Ya Allah permudahkanlah keluarga ini.
Menurut Ustaz Ebit, wanita tersebut tinggal bersama 5 orang anaknya di dalam sebuah bilik yang kecil di kilang kayu. Lebih menyedihkan, bilik tersebut dipenuhi habuk kayu dan tiada sebarang kelengkapan buat mereka sekeluarga. Tambahnya, salah seorang anak wanita itu merupakan pelajar yang cemerlang dan ingin melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Kisah keluarga ini turut mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat.
Alhamdulillah dapat pindah ke rumah cantik
Ya Allah. Syukur. Keluarga dari bilik Kilang Kayu di Batu 6 Permatang Badak dapat pindah ke rumah cantik. Saya dapat sewa dari rm900 ke rm700. Saya belikan peti ais, mesin basuh, 5 katil dan tilam. Saya beri duit belanja buat kakak ini dan duit raya untuk anak-anak. Syukur di Kuantan dapat selesaikan 3 kes rumah. Makcik ini dan anaknya menangis. Katanya takde dalam fikiran saya satu hari boleh tinggal di rumah ini.
Kami gotong royong. Semalam keluarga di Tanjung Lumpur. Hari ini keluarga di Batu 6 gambang. Saya doakan anak cemerlang ini terus mencapai cita-cita. Banyak lagi orang memerlukan. Syukur zakat pahang dan jkm ada memberi duit bulanan semenjak 3 bulan lepas pada kakak ini dan anak-anak. Allah sayang semua. Rasa malam ini tidur dengan linangan air mata. Syukur. Penat sangat rasa. InsyaAllah esok semoga Allah beri kekuatan lagi.
Dalam perkembangan terbaru yang dikongsikan, Ustaz Ebit memberitahu bahawa dia berjaya mencari rumah sewa buat keluarga tersebut. Malah, dia turut membeli kelangkapan seperti mesin basuh, peti ais dan tilam buat keluarga berkenaan. Kesemua mereka menangis dan seolah-olah tidak percaya yang mereka boleh tinggal di rumah baru yang cantik dan selesa.
Sumber: Ustaz Ebit Lew
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI