Dari Bujang Sehingga Hamil, Ada Fibroid. Dah Bersalin, Susukan Anak Semuanya Kecut Sendiri!

Share

Kelebihan menyusukan anak tidak boleh dinafikan. Selain menguatkan sistem imunisasi si kecil, ia juga dapat memberi manfaat kepada ibu seperti penurunan berat badan dan sebagainya.

Siapa sangka dengan menyusukan bayinya, seorang ibu berjaya membuatkan bukan satu, tetapi tiga ketul fibroid yang terdapat pada rahimnya mengecut! Ini adalah perkongsian dari pengalaman Dr Hamid Arshat seperti yang diceritakan di laman Facebooknya.

TUMBUHAN FIBROID MENGECUT HAMPIR PUPUS
Pernah Buang Fibroid Bersaiz Lebih 8cm

Hari ni saya terkejut bila memeriksa seorang pesakit berumur 37 tahun yang pernah bedah buang fibroid besar lebih 8 cm sebelum beliau kahwin. Setelah berkahwin beberapa tahun dan gagal hamil beliau jalani rawatan IVF atau bayi tabung uji pada tahun 2013. Juga gagal.

Hamil & Bila Scan Ada 3 Ketul Fibroid

Bulan sept 2014 hamil secara spontan dan bila buat scan terdapat 3 ketul fibroid saiz 5 cm tiap2 satu. Fibroid terus ada dan terasa membonjol di perut ketika hamil.

Sebab Fibroid, Bayi Pra Matang. Kelahiran Secara Pembedahan

Fibroid menyebabkan dia premature labour 35 minggu kandungan. Bulan may 2015. Bayi dilahirkan secara bedah cesar dan bius epidural. Pesakit sedar tapi tak rasa sakit. Pakar bidan yg bedah kata ada 3 ketul fibroid besar tapi dia tak berani bedah buang sekaligus takut berlaku perdarahan. Bila bayi dilahirkan doktor jahit tutup luka.

Artikel Menarik: [Bakar Kalori Semasa Menyusu Macam Berlari Dalam Tempoh 30 Minit. Sebab Tu Ibu Menyusu Slim]

Disiplin Susukan Bayi, Bila Periksa Fibroid Mengecut!

Pesakit menyusukan bayi sepenuhnya tanpa lain2 campuran. Beliau tidak pernah jumpa saya sebelum ini. Dia hanya nak saya periksa dan mungkin suruh saya bedah buang fibroid. Terkejut bila buat ujian imbasan tiada lagi 3 tumbuhan fibroid sebesar 5cm. Hanya satu kecil saiz kurang 1cm. Bagaimana fibroid besar boleh mengecut ketika penyusuan?

Hormon Prolaktin Tewaskan Fibroid

Saya kaji dalam buku. Mungkin tahap yang tinggi hormon susu bergelar PROLACTIN telah bertindak mengurangkan hormon estrogen ketika penyusuan. Estrogen memang diketahui menyebabkan tumbuhan fibroid. Mungkin situasi begini telah berlaku.

Artikel Menarik: [Vaksin Semula Jadi Pertama Bayi Susu Ibu. Ada Rezeki Susulah Anak Sehingga 2 Tahun]

Sedutan bayi pada puting payudara juga mencetus keluar oxytocin yang juga bertindak mengecut dan menguncup otot rahim. Mungkin tindakan ini juga telah mengecutkan ketumbuhan fibroid. Saya nasihatkan pesakit untuk cuba hamil lagi dalam tempuh 6 bulan.

Kisah yang dikongsikan oleh Dr Hamid ini sesungguhnya memberi inspirasi kepada kaum ibu. Begitu besar manfaat penyusuan badan yang diamalkan oleh ibu tersebut sehingga berjaya mengecutkan fibroid yang suatu ketika dahulu memberi risiko kepada kandungannya. Dengan memberi bayinya susu badan, fibroid yang dahulu bersaiz 5cm mengecut sehingga saiznya kurang 1cm. Memang satu keajaiban!

Published by
Emy H