Rezeki setiap orang tak sama. Namun ujian yang diberikan ini tandanya Allah tahu kita mampu. Di sebalik kesusahan kita, ada lagi yang lebih susah. Sebab itu, usaha yang tak putus dan tawakal kunci segalanya.

Kisah suami isteri ini dan anaknya yang menaiki motosikal dari Ipoh, Perak ke Kuala Lumpur untuk membawa anak perempuan membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur benar-benar menyentuh hati.

Dari Ipoh Naik Motor, Bawa Anak Ke HKL. Tak Sangka Lepas Hujan, Allah Bantu..

Dalam perkongsian di Facebook Nur Natasya, niatnya bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar berkongsi bahawa jika niat kita baik, apa cara sekalipun Allah tetap ada dan permudahkan semuanya.

Apa yang membuatnya terharu, sikap rakyat Malaysia yang sangat-sangat prihatin membantunya sekeluarga walaupun tak pernah kenal dianggap sebagai rezeki yang tak disangka-sangka.

Naik motosikal dari Ipoh ke KL

Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami semalam dari perak ke KL. Syukur ya Allah. Bertolak pukul 3.30pm sampai dalam pukul 9 lebih. Satu-satu pilihan yang tinggal untuk bawa Mardhiah ke HKL. Sebelum ada yang tersasar jauh dengan soalan-soalan maafkan kami jika kami terlihat seperti ibu bapa yang tak cukup baik. Ini la pilihan terakhir kami semalam selepas terjadi beberapa masalah tak dapat dielakkan.

Hujan lebat sebelum sampai RNR Ladang Bikam. Berhenti untuk berteduh dan ganti baju Mardhiah lap-lap badan dia sambil-sambil doa dekat Allah supaya Allah pelihara kesihatan Mardhiah. Selepas Ladang Bikam sehingga ke Behrang mama ganti bawa motor dengan papa supaya papa boleh berehat sekejap setelah perjalanan yang lama.

Dari Ipoh Naik Motor, Bawa Anak Ke HKL. Tak Sangka Lepas Hujan, Allah Bantu..

IKLAN

Masalah genetik hingga menyebabkan kanser mata

Menurut Natasya, anak perempuannya iaitu Mardhiah Shahadah telah disahkan menghidap penyakit genetik iaitu Chromosome 13q Deletion Syndrome. Bukan itu sahaja, penyakit genetik ini juga telah membawa kepada penyakit kanser mata seperti yang dialami oleh adik Mardhiah sehingga mata kirinya terpaksa dibuang.

Difahamkan, mereka perlu membawa anak kesayangannya itu untuk menjalani ‘checkup’ setiap 2 minggu di Hospital Kuala Lumpur. Oleh hal yang demikian, mereka perlu berulang-alik dari Ipoh, Perak ke Kuala Lumpur.

Ada yang baik hati tumpangkan 

Menurut Natasya, semasa dalam perjalanan menuju ke HKL, hujan pula turun dengan lebatnya. Jadi mereka yang menunggang motosikal terpaksa berhenti di RNR untuk berteduh.

IKLAN

Dari Ipoh Naik Motor, Bawa Anak Ke HKL. Tak Sangka Lepas Hujan, Allah Bantu..

Alhamdulillah selepas RNR Behrang ada 2 orang abang naik 4×4 tahan suruh berhenti dekat tepi highway. Tanya nak pergi mana, dari mana. Diorang terkejut dan tumpangkan kami sehingga ke HKL.

Walaupun masing-masing tak yakin boleh lepas dekat roadblock Duta atau tak. Sampai di Tol Duta sekali lagi Allah permudahkan. Thank you abang polis mudahkan urusan kami. Dan terima kasih pada yang menaja Hotel Oyo kmi untuk 3 hari dua malam. Pada yang bantu kami untuk service motor sebelum gerak petang semalam. Kepada abang Alza, terima kasih juga sedekahkan dekat Mardhiah duit belanja.

Sambil lalu dekat sebelah kami, Mardhiah duduk sebelah mama, papa pergi beli roti. Tiba-tiba dengar Mardhiah bye2 orang, toleh-toleh ade abang naik Alza bye2 dia. Tengok-tengok dekat tangan Mardhiah ade duit. Abg tu jerit tak pe abang sedekah. Allahu. Doa sungguh-sungguh ni in Shaa Allah, Allah makbulkan. Walaupun ada sekali terpaksa lalu hujan lebat sebelum sampai tempat berteduh tapi Allah ganti dengan orang yang berhati mulia. Tak kenal tapi sudi tolong kami.

Dari Ipoh Naik Motor, Bawa Anak Ke HKL. Tak Sangka Lepas Hujan, Allah Bantu..

IKLAN

Bertemu dengan insan yang baik hati

Kepada abang-abang yang bwk 4×4 yang tumpangkan kami semalam dan kepada abang Alza serta orang-orang yang bantu kami saat kami memang sangat memerlukan dengan keadaan sekarang. Terima kasih sangat-sangat dan kami sekeluarga akan sentiasa doakan supaya Allah lindungi kalian, semoga Allah permudahkan segala urusan dunia akhirat kalian, semoga Allah murahkan rezeki kalian sekeluarga. Aamin ya rabb.

Berkongsi mengenai perkara itu, tiada apa yang mampu Natasya dan suami ucapkan. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana bagi mereka ini juga rezeki buatnya sekeluarga.

Walaupun tak mengenali, tetapi mereka sanggup menumpangkan sehingga sampai ke HKL dan tidak kurang juga ada yang memberi bantuan dalam bentuk wang ringgit.

Sumber: Nur Natasya

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dari Ipoh Naik Motor, Bawa Anak Ke HKL. Tak Sangka Lepas Hujan, Allah Bantu..

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI