Seorang lelaki di China digelar wira selepas berjaya menyambut kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh dari tingkat lima sebuah rumah pangsa.
Kejadian berlaku ketika Shen Dong, 31, meletakkan keretanya di seberang rumah pangsa di Tongxiang, wilayah Zhejiang.
Dia mulanya tidak sedar kanak-kanak itu terjatuh, sebaliknya nampak sesuatu seperti barang dan mendengar bunyi dentuman kuat di atas bumbung keluli.
Berikutan itu Shen berlari ke arah kanak-kanak berkenaan dan bersedia menyambutnya daripada terhempas ke atas jalan.
Rakaman kamera litar tertutup mengenai tindakan pantas Shen dikeluarkan polis tempatan di Weibo, Khamis lalu.
Lapor South China Morning Post, kanak-kanak perempuan itu mengalami cedera pada paru-paru dan kakinya namun dilaporkan stabil.
Menurut Shen, dia hanya menyedari ‘benda’ yang jatuh adalah kanak-kanak selepas melihatnya terkapai-kapai ketika menghampiri tingkat satu.
Sebelum itu, dia sempat menelefon perkhidmatan kecemasan bagi memaklumkan kejadian namun mengambil tindakan segera menyambut kanak-kanak berkenaan.
“Jujurnya saya tak ingat bagaimana ia berlaku dan saya pun tak pasti sama ada tangan saya sakit atau tidak. Yang saya tahu adalah saya mahu menyambut kanak-kanak itu, mengelak dia daripada terhempas.
“Nasib baik saya sambut tepat pada masanya. Kalau tak, ia tentu lebih mengerikan,” katanya dipetik The Sun.
Kredit: Metro/ The Sun
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!