Bayi baru lahir boleh melihat, tetapi pandangannya kabur dan tidak fokus. Ketika ini bayi belum boleh appreciate warna dan belum mengenal wajah ibu. (Tapi mereka sangat kenal bau ibu!)
Menurut Dr Aisyah Alsagoff, pada usia 6-8minggu, bayi sudah mula fokus ke satu-satu objek. Bayi boleh melihat dengan jelas pada jarak 8-12 inci, lebih kurang jarak antara muka bayi dan muka ibu ketika sedang menyusu badan.
Perlahan-lahan, mereka mula menghayati warna, dan mengikut kajian, warna awal yang merangsang bayi adalah warna-warna ‘achromatic’ (tanpa warna) seperti hitam putih dan ‘monochromatic’ (satu warna) seperti merah, biru, hijau.
Ya, hitam putih! Warna yang kita tak fikir nak beli, kan?
Bayi tidak dapat fokus pada objek warna-warni lagi. Warna kontra hitam putih, membantu merangsang penglihatan bayi dan fokus mata bayi, dan membantu perkembangan bayi.
Sekitar 3 bulan ke atas barulah penghayatan bayi kepada warna menjadi lebih baik.
Jadi, pilihlah mainan, buku, atau objek awal untuk bayi baru lahir berwarna hitam putih.
Sumber: Dr Aisyah Alsagoff
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datin Shahida Kata Ameena Pantang Nampak Kamera, Sama Macam Abah. Dah Setahun Makin Panjang Akal
Datin Sri Shahida memang ibu penyayang kepada anak-anak termasuk Ameena, anak angkatnya yang pertama. Mempunyai akaun Instagram sendiri iaitu @babyterlajaklaris, Ameena rupanya suka bergambar, pantang nampak kamera sama macam abahnya, Datuk Sri Aliff Syukri.
Menerusi posting di Instagram, ibu cantik ini memberikan ucapan hari lahir buat anak angkat perempuannya itu.
Hari ni Ameena Aliffsha genap 1 tahun …. .
5/9/2017 tahun lepas mama excited sangat tunggu kelahiran Ameena…..lahirnya kecik je 2.3 kg…..Alhamdulillah Ameena dari lahir anak yg senang jaga……x menangis cuma lately ni dah banyak akal dah dia
Suka senyum, gila glamour persis @aliffsyukriterlajaklaris pantang nampak kamera?. Mama doakan Ameena jadi anak yg solehah yg baik budi akhlak dan yang menjadi insan yg berjaya dunia dan akhirat…
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Ameena, anak angkat pertama yang diambil oleh pasangan Datin Sri Nur Shahida & Datuk Sri Aliff Syukri. Tidak lama selepas itu, Qayyum pula diambil menjadikan kedua-duanya anak angkat bertuah yang disayangi ramai.
Netizen memberikan ucapan hari lahir dan ada juga yang memuji hubungan kasih sayang mereka walau pun bukan anak kandung.
Sumber: Shahidadherbs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuantiti Susu Kiri Dan Kanan Tidak Seimbang? Cuba 6 Cara Ini Untuk Mendapatkan Hasil Terbaik
Hasil perahan sebelah kiri dan kanan tidak seimbang, saiz payudara tak sama besar. Ini antara yang sangat dirisaukan oleh kaum ibu.
Ada beberapa sebab masalah ini berlaku (perahan di kiri dan kanan tidak seimbang). Antaranya seperti:
- Aliran susu yang perlahan, terlalu laju atau susu mula berkurang.
- Bayi suka menyusu di sebelah payudara sahaja.
- Ibu suka menyusukan bayi di sebelah payudara sahaja.
- Keadaan payudara ibu secara genetik mempunyai kelenjar susu yang tidak sama banyak pada kiri dan kanan payudara.
- Pernah melakukan pembedahan atau mengalami kecederaan pada payudara.
Dalam sedar atau tidak sebenarnya ada juga tindakan kita yang mempengaruhi penghasilan susu di kiri dan kanan, menyebabkan hasil perahan tidak seimbang. Maka, sebelah payudara menjadi kurang produktif berbanding yang sebelah lagi. Akibatnya, saiz pun tak sama!
Bagaimana nak seimbangkan semula penghasilan susu di kedua-dua belah payudara:
*Penghasilan susu kurang = dirujuk sebagai kurang produktif
*Penghasilan susu banyak = dirujuk sebagai lebih produktif
- Utamakan direct feeding di sebelah yang kurang produktif
Semasa memulakan penyusuan, bagi dulu sebelah yang kurang produktif kepada bayi. Hisapan bayi di awal penyusuan yang lebih kuat (vigorous) pada permulaan ini akan memberi rangsangan kepada kelenjar susu menggiatkan penghasilan susu.
- Susukan di sebelah yang kurang produktif semasa bayi mengantuk (drowsy)
Kadang-kadang disebabkan aliran susu yang perlahan bayi tidak gemar menyusu di sebelah itu. Tawar payudara yang kurang produktif ini dulu semasa bayi mengantuk, kerana biasanya dalam situasi ini bayi akan menerimanya dengan baik.
Amalkan breast compression untuk membantu aliran susu menjadi lebih laju. Breast compression juga akan membantu saluran susu mengalirkan susu dengan lebih lancar.
3. Tukar/ pelbagaikan posisi semasa menyusu
Setengah bayi lebih suka posisi tertentu sahaja semasa menyusu. Kadangkala ibu silap tafsir ingatkan bayi suka menyusu di sebelah sahaja. Sebenarnya tidak juga. Cuba tukarkan / guna posisi lain supaya bayi dapat menyusu di sebelah yang jarang diminumnya itu. Antara posisi yang membantu adalah football hold.
- Tandem pumping
Jika bayi sedang menyusu di sebelah yang lebih produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah yang kurang produktif. Dengan cara ini, stimulasi yang diberikan kepada kedua-dua belah payudara adalah setara, dan stimulasi lebih dapat diberikan kepada sebelah yang kurang produktif itu.
Sama juga, jika bayi sedang menyusu di sebelah yang kurang produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah lagi supaya aliran susu lebih lancar, dan penghasilan susu di payudara yang produktif ini tidak terganggu.
- Lebihkan sesi memerah di sebelah yang kurang produktif
Contohnya jika anda memerah kedua belah payudara selama 20 minit, tambah lagi 10 minit sesi memerah khas untuk sebelah yang kurang produktif itu sahaja. Dengan cara ini anda memberi lebih stimulasi kepada sebelah itu. Maka, kelenjar susu akan mendapat isyarat untuk meningkatkan penghasilan susu.
- Pam selepas menyusu
Utamakan penyusuan secara terus kepada sebelah yang kurang produktif dulu. Selesai penyusuan, gunakan pam susu untuk memerah di sebelah itu. Teruskan memerah selama 10-15 minit walaupun sedikit/tiada susu yang keluar. Cara ini adalah untuk memberitahu payudara itu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.
Selain menggunakan pam susu, anda juga boleh melakukan perahan tangan (marmet) ya.
Berikan masa selama 1-2 minggu kepada badan anda untuk membiasakan diri dengan rutin baru dan isyarat baru yang dilakukan ini. Tempoh masa cepat atau lambat bergantung kepada usaha dan tindak balas badan masing-masing. Ada ibu mula nampak perubahan kuantiti susu seawal 3-5 hari sahaja.
Sumber: cikgususu.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setiap Petang Buat Exercise Bagi Ainul Kuat. Dah Mula Nampak Perubahan Positif
Melepasi usia 12 bulan, perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah nampaknya semakin baik dari sehari ke sehari. Cinta hati kesayangan ramai sentiasa menunjukkan perubahan positif dan nampaknya telah berjaya melalui fasa sukar secara berperingkat.
Sejak dibenarkan pulang ke rumah awal bulan lalu, Ainul dilihat banyak belajar poerkara baru mengikut perkembangannya. Walaupun agak lewat berbanding bayi seusianya tetapi semangat dan kesungguhan kedua ibu bapanya patut dipuji.
Bermula dari belajar makan makanan yang sesuai dengan keadaan Ainul, mamanmemnya, Nurul Erwani juga sentiasa rajin melakukan exercise ringkas untuk kuatkan badan Ainul bagi membolehkannya berdiri dan berjalan atas izin-Nya.
View this post on InstagramActivity di petang hari. Sebelum susu, mama bagi Ainul exercise.
A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on
Tiada apa yang dipinta melainkan melihat si kecil ini mampu lakukan secara perlahan-lahan mengikut kemampuan.
Bukan itu sahaja, Nurul Erwani bersyukur dengan pelbagai pengalaman sukar sebelum ini, semakin hari Allah mula berikan sinar baru dalam hidup Ainul berkat doa dari orang ramai yang sejak dulu hingga sekarang tak putus kirimkan pada anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN [Badan Bersemangat, Makin Banyak Akal Ainul Dah Mula Nak Belajar Makan]
Dalam perancangan buka tiub di leher
Ramai juga yang bertanya sampai bila Ainul perlu pakai tiub di lehernya.
Meurut Nurul Erwani keputusan untuk membuka tiub tersebut masih dalam perancangan doktor. Ini kerana bukan mudah doktor nak buat keputusan kerana ia perlu bergantung kepada kesesuaian masa.
“Sekarang doktor masih monitor betul-betul keadaan Ainul sebelum buka. Jika nampak stabil insya-Allah akan dibuka. Cuma doakan agar Ainul dapa terus tunjukkan perkembangan yang baik sepanjang masa.
Kadang-kadang memang Ainul tarik juga sebab tak selesa. Jadi nak alihkan perhatiannya kena bagi mainan dekat tangannya, baru dia tak usik dan leka dengan mainan tu,” kongsinya.
Dah nampak big girl
Setiap kali mama Ainul memuat naik gambar terbaru Ainul, semestinya ramai yang teruja. Bukan apa perkembangan Ainul sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Seolah-olah menganggap Ainul dah macam anak sendiri.
Sihat, terus cantik
Rata-rata yang mengikuti perkembangan Ainul sebelum ini semuanya mengakui Ainul sebenarnya anugerah istimewa buat walid dan mamanya. Semakin besar, makin comel!
Sumber: IG Nurul Erwani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI