Bayi berjaga malam, tak cukup tidur perkara biasa apabila dah bergelar ibu. Hinggakan ada yang menyatakan ibu kena jadi burung hantu dan pergi kerja pun dalam keadaan yang tak bersemangat.
Itulah hakikat yang perlu dilalui oleh sesetengah wanita bila ada bayi. Keadaan ini boleh berlarutan hingga umur anak dah menjangkau 3 atau 4 tahun. Lagi teruk mungkin sampai ke besar jika tak disiplinkan waktu tidur anak dari awal.
Bagi Memey Suhaiza ibu kepada tiga cahaya mata dan baru melahirkan anak perempuan 4 bulan lalu, dia mengakui rutin tidur Mikayla Delisha Hakim sangat mudah.
Sejak dari awal kelahiran hinggalah sekarang, Mikayla tak pernah berjaga malam dan langsung tak meragam.
Ads
“Mikayla anak yang cukup menyenangkan saya. Kalau dah tidur waktu malam, alamaknya esoklah baru bangun kalau tak dikejutkan untuk menyusu.
“Kadang tu bila saya bagi susu pun, matanya tetap tertutup rapat sambil mengempeng dan boleh lena jika tak berhati-hati.
Ads
“Setakat ini mummy sangat senang dan boleh cukup rehat walaupun uruskan dua lagi abang,” katanya berkongsi di instagramnya.
Mikayla Anak Baik
Ads
Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat mummynya memuji Mikayla seorang anak yang baik dan tak banyak ragam.
‘Baguslah dari awal dah macam ni, insya-Allah besar nanti tak banyak ragamnya.’
‘Mummy seorang ibu yang baik hati, tu Mikayla faham, tak nak ganggu mummy tidur.’
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan warga kota berpusu-pusu memenuhi lebuhraya menuju ke destinasi kampung halaman. Balik raya membawa bayi dan kanak-kanak, ibu ayah mesti tahu caranya.
Perkongsian daripada Uswatun Hasanah, Konsultan Tangisan Bayi Malaysia ini boleh ibu bapa aplikasikan. Pengggunaan kerusi keselamatan atau car seat amat penting untuk mengurangkan risiko kecederaan seandainya berlaku kemalangan.
Namun, menurut Uswatun, ia penting kerana fitrah bayi dan kanak-kanak meniarap dan merangkak. Ibu bapa tidak boleh kedekut meluangkan sedikit masa, setiap dua jam untuk memberhentikan kenderaan dan mengeluarkan si manja sebentar bagi menikmati kelegaan tubuh.
5 INFO DAN TIP ‘TRAVEL’ JAUH DENGAN ANAK KECIL
#1: MEMASANG SUNSCREEN
Pasang ‘suncreen’ atau letak kain untuk elak silau yang buat anak tak selesa. Jika anak anda jenis yang mudah teruja dengan ransangan sekeliling dan sukar tidur akibat ini, menghalang pemandangan dengan cara begini boleh menyelesaikan hal ini. Lebih lagi, tahukah anda, bila retina mata menangkap jumlah cahaya yang kurang, pengeluaran hormon tidur iaitu Meletonin akan jadi lebih efektif.
#2: SEDIAKAN SLEEP PROP
Tiru semula cara tidur anak yang biasa seperti ketika tidur dirumah mengikut umur masing-masing. Cara tidur adalah peralatan tidur (sleep prop) sepertinya bantal, katil, selimut dan penutup mata untuk orang dewasa. Kita mendapatkan ‘sleep prop’ ini setiap kali mahu masuk tidur, bukan?
Maka, untuk anak kecil, misalnya jika anak biasa berbedung, bedunglah sebelum meletak anak didalam car seatnya. Jika anak biasa tidur ditemani ‘white noise’ , bawalah sumber bunyian tersebut contohnya patung berbunyi atau CD nya.
Sebahagian bayi merasa cukup dengan bunyi enjin kereta sedia ada. Jika anda menaiki kapal terbang, pilihlah tempat duduk berdekatan enjin untuk sumber bunyi. Jika anak mengguna buai? Biasanya hayunan dari gerakan kereta sudah memadai terutama bila anak di bedung dan dipasangkan ‘white noise’ secara serentak.
#3: MESTI TAHU PUNCA BAYI MENANGIS
Mengapa bayi resah dan menangis jika kereta berhenti di lampu merah atau bergerak amat perlahan akibat kesesakan?:
1. Kerana ‘matinya’ sensasi hayunan bila kereta berhenti bergerak. Sensasi hayunan tak kira dalam bentuk apa: dodoi, gendong, tepuk-tepuk dan buaian di gemari SEMUA kategori bayi kerana mereka telah kenal nikmat di hayun sejak di kendong rahim.
2. Cuaca yang panas (Malaysia ler tu..) menyumbang kepada kenaikan suhu kereta. Cermin tertutup memerangkap udara panas dan dalam masa yang sama bertindak sebagai konduktor haba. Pada suhu 27 darjah, 10 minit sudah cukup untuk menaikkan suhu ke paras bahaya.
Oleh kerana suhu badan anak kecil menaik 3 hingga 5 kali ganda lebih cepat dari orang dewasa, badan mereka akan berpeluh lebih banyak bila aliran darah ke kulit menambah. Berpeluh berlebihan meningkatkan dehidrasi malah memberi stress kepada jantung untuk mengepam darah lebih laju.
Ini adalah mengapa anak yang mula bahang dan kepanasan mula hilang sabar, hatta Bayi ‘easy going’, hatta bayi yang asalnya tak berbuai pun.
#4: PERHATIKAN ANAK TERTIDUR DALAM CAR SEAT
Adalah tidak selamat untuk membiar anak kecil lena di ‘car seat’ untuk tempoh begitu lama. Lebih kecil usia bayi anda, lebih besar risikonya. Beberapa kajian ulangan mendapati, kadar degupan jantung dan pernafasan bayi kecil mula meningkat selepas 30 minit berada didalam ‘car seat’ dan kadar oksigen dalam darah mula menurun.
Bayi kecil
Mengapa?. Ini kerana bayi kecil tiada kawalan otot kepala. Kedudukan kerusi yang condong 40 darjah dan posisi ‘terhimpit’ dalam car seat menyumbang kepada masalah pernafasan bebas dan lapang.
Kanak-kanak
Buat anak yang lebih besar, mereka tetap harus diperhatikan bila kepala mereka mula melentok ke dada. Berat kepala yang menekan dada boleh menyempitkan laluan udara lalu mencetus asphyxiation (lemas).
Sifir mudahnya: car seat untuk tujuan ‘traveling’ paling selamat, tetapi katil yang rata adalah tempat tidur paling selamat buat bayi, bukan ‘car seat’. Ini bukan sahaja benar untuk car seat, tetapi juga teraplikasi dengan sebarang bentuk sistem ‘traveling’ anak kecil termasuk kereta sorong. Keluarkan anak dari ‘car seat’ setiap sekurang-kurangnya 2 jam sebelum kembali meletakkan mereka di dalam ‘car seat’.
#5: SEDIAKAN MASA BERHENTI
Jangan kedekut masa untuk berhenti seketika ,beberapa kali bagi memberi ruang anak kecil ‘melonggarkan’ otot, menyedut udara segar, meredakan pemandangan dengan berlari, bergolek-golek, berbaring rata, meniarap dan sebagainya.
Adalah tidak realistik untuk memiliki misi sampai cepat ke destinasi dengan ‘memerangkap’ anak kecil berjam-jam malah mungkin berbelas jam dalam ruang tertutup yang bertentangan dengan fitrah mereka.
Bayi suka masukkan jari kaki ke dalam mulut sebagai salah satu perkembangannya yang baik. Tapi bukan sebab nak minta adik!
Memasukkan kaki ke dalam mulut adalah salah satu perkembangan bayi yang normal. Ia adalah perkembangan yang penting. Walau pun pergerakan tangannya masih belum dikoordinasi dengan baik, bayi semakin berminat dengan objek di sekelilingnya. Kaki dan tangan juga tidak terkecuali!
PERINGKAT ‘MOUTHING’
Bayi belajar menerusi apa yang ada di sekelilingnya termasuklah deria rasa. Sebab itu dia selalu memasukkan tangan dan kakinya ke dalam mulut. Nampak cute pula bila bayi berbuat begitu. Ia adalah satu perkembangan yang normal bagi bayi pada usia 4 hingga 8 bulan.
Ini kerana pada mulut bayi terdapat banyak saraf dan bayi apabila dia ingin mengetahui tentang sesuatu benda akan memasukkannya ke dalam mulut terlebih dahulu. Iadisebut sebagai mouthing dan merupakan sebahagian daripada perkembangan bayi yang normal.
Oleh sebab itu, anda perlu sentiasa memantau bayi untuk mengelakkan mereka memasukkan objek asing yang berbahaya ke dalam mulut yang boleh mengelakkan tercekik atau risiko tertelan.
KENAPA BAYI MEMASUKKAN KAKI KE DALAM MULUT?
Bayi akan mula ‘mengetahui’ tentang bahagian kakinya pada anggaran usia empat hingga lapan bulan. Kebanyakan bayi berusia empat bulan masih belum mampu merangkak, jadi sukar untuk mendapatkan mainan sendiri tanpa bantuan. Maka kakinya memang ada tubuh dan tidak seperti mainan lain. Malah kaki juga mudah dicapai dan tidak hairanlah jika dia mula memasukkan kakinya ke dalam mulut. Bila dia dah mula mengetahui tentang kakinya, maka dia akan kaki akan selalu menjadi ‘mainan’ nya.
PENTING UNTUK MEMUDAHKAN BAYI MENERIMA MAKANAN PEJAL
Mungkin mama dan papa rasa pelik kenapa bayi memasukkan jari kaki ke dalam mulut. Malah ada mitos karut mengatakan ia petanda bayi mahukan adik! Ia tidak benar sama sekali! Memasukkan jari kaki ke dalam mulut memberikan manfaat seperti berikut;
1-Mama dan papa perlu tahu yang ia adalah perkembangan normal bagi bayi yang meningkatkan kesedarannya kepada tubuh dan objek.
2-Memasukkan objek ke dalam mulut juga membantu bayi untuk mempelajari tentang tekstur dan rasa yang sangat mustahak untuk membantunya melalui fasa memakan makanan pejal apabila mencecah usia 6 bulan nanti.
3-Selain merasa dan merangsang deria, aama seperti jari tangan, menghisap jari kaki juga boleh bertindak menenangkan bayi dan memberikan keselesaan kepadanya.
APA PAPA DAN MAMA PERLU LAKUKAN?
Apabila mendapati bayi suka memasukkan jari kaki ke dalam mulut, ambil langkah proaktif dengan memastikan kedua-dua belah kakinya itu sentiasa bersih. Apabila dia sudah berjalan, perbuatan ini akan hilang dengan sendirinya. Berhati-hatilah dengan objek kecil di rumah, jauhi daripada capaian si kecil kerana mereka akan terus cuba memasukkan objek asing ke dalam mulut sebagai satu cara untuk mencuba dan merasa sehingga berusia tiga tahun.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...