Bayi berjaga malam, tak cukup tidur perkara biasa apabila dah bergelar ibu. Hinggakan ada yang menyatakan ibu kena jadi burung hantu dan pergi kerja pun dalam keadaan yang tak bersemangat.

Itulah hakikat yang perlu dilalui oleh sesetengah wanita bila ada bayi. Keadaan ini boleh berlarutan hingga umur anak dah menjangkau 3 atau 4 tahun. Lagi teruk mungkin sampai ke besar jika tak disiplinkan waktu tidur anak dari awal.

Bagi Memey Suhaiza ibu kepada tiga cahaya mata dan baru melahirkan anak perempuan 4 bulan lalu, dia mengakui rutin tidur Mikayla Delisha Hakim sangat mudah.

Sejak dari awal kelahiran hinggalah sekarang, Mikayla tak pernah berjaga malam dan langsung tak meragam.

IKLAN

Dari Mikayla Lahir Tak Pernah Berjaga Malam. Memey Terpaksa Kejut Baru Bangun Menyusu

“Mikayla anak yang cukup menyenangkan saya. Kalau dah tidur waktu malam, alamaknya esoklah baru bangun kalau tak dikejutkan untuk menyusu.

“Kadang tu bila saya bagi susu pun, matanya tetap tertutup rapat sambil mengempeng dan boleh lena jika tak berhati-hati.

IKLAN

“Setakat ini mummy sangat senang dan boleh cukup rehat walaupun uruskan dua lagi abang,” katanya berkongsi di instagramnya.

Dari Mikayla Lahir Tak Pernah Berjaga Malam. Memey Terpaksa Kejut Baru Bangun Menyusu

Mikayla Anak Baik

IKLAN

Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat mummynya memuji Mikayla seorang anak yang baik dan tak banyak ragam.Dari Mikayla Lahir Tak Pernah Berjaga Malam. Memey Terpaksa Kejut Baru Bangun Menyusu

‘Baguslah dari awal dah macam ni, insya-Allah besar nanti tak banyak ragamnya.’

‘Mummy seorang ibu yang baik hati, tu Mikayla faham, tak nak ganggu mummy tidur.’

Dari Mikayla Lahir Tak Pernah Berjaga Malam. Memey Terpaksa Kejut Baru Bangun Menyusu

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI